Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

31 May 2011

Risalah Untuk Penggerak Dakwah


Assalamualaikum w.b.

Kali ini penulis ingin membawa satu kisah yang sememangnya sudah biasa didengari kerana bagi sesiapa yang membaca mana-mana buku sirah Rasulullah S.A.W. maka dia akan dapati kisah ini di dalamnya. Namun begitu, tidak ramai dalam kalangan kita, terutamanya para dai'e mengambil iktibar dari kisah dan nasihat ikon teladan Rasulullah SAW dalam kisah ini, apatah lagi bagi orang yang tidak pernah tahu pun tentang peristiwa ini.

Suatu ketika sebelum hijrah, seperti kebiasaan, Rasulullah akan berehat sebentar setelah selesai solat di kaabah, Masjidil Haram. Tiba-tiba, baginda didatangi oleh seorang sahabat, Khabab bin A'rat. Khabab merupakan salah seorang daripada kalangan sahabat baginda yang teruk menerima seksaan daripada puak musyrikin Quraisy selain Bilal bin Rabah dan keluarga Amar bin Yaser. Beliau sebelum ini bekerja sebagai tukang besi yang membuat senjata di Mekah. Tapi, setelah memeluk Islam, senjatanya sendiri digunakan Musyrikin Quraisy untuk menyeksanya. Dipukul dengan besi panas atau dililit dengan rantai besi yang masih merah membara adalah seksaan biasa selagi mana beliau tidak meninggalkan agama Islam. Pernah suatu ketika beliau "dipanggang" oleh Musyrikin Quraisy sehingga diriwayatkan bara api yang membakarnya terpadam akibat lemak-lemaknya yang cair. Subhanallah..

Ketika Khabab menemui Rasulullah SAW, beliau bertanya kepada baginda mengapa baginda tidak mendoakan kemenangan kepada umat Islam? Mengapa mereka harus menerima seksaan yang begitu pedih daripada musyrikin Quraisy? Sedangkan baginda adalah kekasih Allah Taala, amat mudah bagi Allah Taala untuk memakbulkannya. Kemudian, baginda Rasulullah SAW menjawab, "Kaum sebelum kita ada yang kena tanam dalam tanah hingga ke pinggang, kemudian dia digergaji dari kepala sehingga terbelah dua. Namun mereka masih tetap mentauhidkan Allah Taala. Tetapi kita, hanyalah kaum yang tergesa-gesa".

Nasihat dan motivasi ini secara khususnya memang ditujukan kepada Khabab bin A'rat, tetapi secara umumnya ditujukan kepada seluruh umat Islam sepanjang zaman. Kita sebagai penggerak dakwah seharusnya memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi kerenah dan cabaran dakwah sama ada daripada mad'u, musuh yang membenci dakwah mahupun kerenah sahabat yang sama-sama berjuang di pihak kita. Apa yang penulis boleh highlightkan di sini mengenai perkataan "tergesa-gesa" yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW ialah:

1. Bersabar dengan apa jua cabaran dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah. Cabaran yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis cabaran sama ada kerenah mad'u, musuh yang membenci dakwah dan tarbiyah, kerenah sahabat sendiri yang mana sama-sama berjuang di pihak kita ataupun masalah yang timbul dari dalam diri kita sendiri.

2. Berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Dai'e perlu tenang dan berfikir dengan matang untuk melakukan apa-apa tindakan dalam proses dakwah dan tarbiyah. Dai'e tidak boleh cepat melatah dan membuta tuli membuat tindakan tanpa memikirkan pro kontra yang akan timbul selepas itu. To do something big we have to think big. Dakwah dan tarbiyah ialah satu perkara yang besear dan memerlukan jangka masa panjang. Sebab itu perjalanan dakwah dan tarbiyah wajib memiliki perancangan yang rapi, strategi yang mantap, dan matlamat yang jelas.

Penulis juga masih mentah dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah dan masih lagi memerlukan banyak bimbingan dan bantuan daripada dai'e-dai'e yang mursyid dan lebih senior dalam perkara ini. Penulis hanya nasihatkan agar sahabat-sahabat yang berada di atas jalan yang sama agar matang dalam dakwah dan tarbiyah dan jangan cepat melatah dalam bertindak.

Wallahua'lam.

26 February 2011

Tarbiyah: Antara Kepelbagaian dan Kesatuan


Assalamualaikum w.b.
Salam Tarbiyah 1432.

Setelah sekian lama penulis tidak "berceloteh" dalam laman ini, terasa amat banyak perkara dan pengalaman yang ingin dikongsi. Berkenaan kemasukan adik-adik Tingkatan 4 baru-baru ini, penulis selaku salah seorang warga Kolej Islam amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan adik-adik. Moga-moga Generasi 57 kali ini dapat meneruskan tradisi kejayaan Kolej Islam dalam melahirkan "ikon-ikon" hebat Mukmin Profesional yang mampu membimbing masyarakat masa kini.

Teringat penulis kepada Firman Allah SWT:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujurat, 13)

Bersempena keunikan Kolej Islam yang pelajar malah gurunya yang berasal dari pelbagai jenis negeri. Maka tidak hairanlah masing-masing memiliki loghat dan sikap yang tersendiri. Namun, kehebatan tarbiyah dan biah (suasana) Kolej Islam serta bantuan dan keberkatan Allah Taala, maka masyarakat Kolej Islam mampu bersatu dan bekejasama atas dasar Iman dan Taqwa kepada Allah Taala. Syaratnya, setiap individu haruslah kembali kepada seruan Allah Taala supaya merendahkan ego dan melapangkan dada dalam berkenal-kenalan dan bekerjasama dengan mengenepikan perbezaan fizikal dan material, tetapi bersatu atas dasar Iman dan Islam.

Inilah kekuatan sebenar umat Islam seperti mana pada zaman Rasulullah SAW, ketika mana baginda berusaha menyatukan puak A'us dan Khazraj yang berperang dan bergaduh selama ratusan tahun. Baginda melihat bahawa tiada kekuatan lain melainkan perpaduan walaupun mereka terdiri daripada puak, bangsa dan keturunan yang berbeza. Pernah suatu ketika seorang Yahudi mencetuskan huru-hara ketika mana dia hasad dengki melihat A'us dan Khazraj yang sudah akrab setelah kedatangan Rasulullah SAW. Beliau telah mengingatkan kembali peristiwa Bu'ats yakni peperangan antara A'us dan Khazraj yang pernah berlaku semasa jahiliyah dahulu. Kemudian mereka mula kembali bertengkar dan ada riwayat menceritakan bahawa terdapat salah seorang dari mereka mula lompat ke atas meja dan meninggikan suara dalam mempetahankan puak mereka. Setelah baginda mendapat tahu, baginda terus menegur mereka dan mereka mula tunduk malu dan menyesal. Turunlah firman Allah Taala:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(Ali Imran, 103)

Tradisi Kolej Islam yang sentiasa berpegang teguh dan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam apa jua aktiviti harian, menjadikan Kolej Islam terus diberkati malah sentiasa mendapat campur tangan Allah (bantuan Allah) dalam menghadapi apa jua bencana. Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) amat menitik beratkan kesatuan dalam masyarakat Kolej Islam terutamanya dalam kalangan pelajar supaya kekuatan dan keberkatan Bumi Waqafan terus berkekalan. BADAR juga menyedari bahawa tiada kesatuan yang lebih hebat melainkan kesatuan dalam menegakkan Iman. Antara pendekatan yang diambil adalah dengan meneruskan tradisi ilmu melalui institusi usrah, tazkirah, kuliah maghrib, risalah dan sebagainya. Selain itu, setiap individu haruslah menyedari bahawa kita kita sebagai hamba Allah Taala wajib merasai persamaan antara kita dan tiada mana-mana pihak yang darjatnya lebih tinggi menyebabkan meraka merasakan diri mereka lebih hebat dari yang lain. Ingatan dari Allah SWT:
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisa, 1)

Ingatlah bahawa walau apa pun diri kita sekarang kita hanya bermula dari satu dan sememangnya tiada perbezaan antara kita selagi mana kita terikat dengan kalimah Taqwa. Selari dengan Allah Taala Tuhan yang mana langit dan bumi di tanganNya, warga Kolej Islam perlu berganding bahu membina kesatuan antara kita bagi menjayakan gagasan yang dibawa sendiri oleh Allah Taala dan Rasulnya.

Penulis amat mengharapkan agar kita mampu meleburkan keegoan dan semangat kenegerian antara kita bagi melaksanakan gagasan ini. Semoga keberkatan dan bantuan Allah sentiasa bersama Kolej Islam dalam apa jua keadaan dan berterusan dari generasi ke generasi, insyaAllah.. Sekali penulis ingin mengucapkan Selamat Datang, Ahlan Wa Sahlan kepada adik-adik baru Kolej Islam yang kini sudah hampir 3 minggu berada di Kolej Islam. Untuk makluman semua, kita juga sedang menanti kedatangan pelajar Ambilan Kedua yang akan berdaftar Isnin ini, 28 Feb 2011. "Kedatanganmu Dirai, Kehebatanmu Dinanti".

Wallahua'lam..
Khairul Azry bin Khir Kamalian
Presiden
Badan Dakwah dan Rohani 2010/2011
Kolej Islam Sultan Alam Shah SBT

13 February 2010

VALENTINE, PROPAGANDA BARAT

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang kita sedia maklum, tahun ini hari raya tahun baru cina disambut serentak dengan hari valentine. Namun, penulis tidak ingin menghuraikan sebarang persoalan tentang tahun baru cina, sebaliknya tentang hari valentine. Di Malaysia, kebanyakan para remaja muslim mahupun bukan muslim, turut mengambil kesempatan ini untuk meluahkan pelbagai bentuk ekspresi cinta dan kasih terhadap orang yang disayangi.



Persoalannya, adakah benar tingkah laku tersebut? Adakah ianya salah satu sambutan yang harus turut disambut oleh islam?
Sudah tentulah jawapan bagi persoalan ini adalah TIDAK .
Mari kita ikuti serba sedikit sejarah perkembangannya dan faktor-faktor bagi umat islam HARAM menyambutnya.

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulu kala. Menurut tarikh kalendar Athens kuno, masa antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.(selanjutnya.....)

28 January 2010

LAWATAN DARI BADAR SASER 2010


Tanggal hari Khamis, 21 Januari 2010 yang lalu barisan Exco Badan Dakwah Dan Rohani Sekolah Menengah Sains Seremban seramai 26 orang telah datang ke Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk melakukan perkongsian pintar bersama bersama Badan Dakwah Dan Rohani Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Tujuan utama BADAR SASER hadir ke KISAS adalah untuk bertukar-tukar pendapat dan melakukan kajian bagaimana pembaharuan yang mereka ingin bawa ke Sekolah Menengah Sains Seremban agar misi mereka untuk mencapai Biah Solehah di sekolah mereka dapat tercapai.(selanjutnya)

4 January 2010

Iklan Buku Terbaru PTS Hasil Tulisan Ex-KISAS



Kepada mahasiswa dan pelajar sekolah yang tercari-cari tokoh pemimpin muda yang popularitinya mengatasi seluruh benua Asia, Eropah dan Afrika. Kepada para pengurus korporat yang tidak mahu lagi berkiblatkan para penulis dan motivator Barat, bahkan mahukan “model hidup” yang berjaya menseimbangkan IQ, EQ, dan SQ dalam sebuah gerakerja berpasukan.


Kepada para pendakwah, penceramah, motivator, naqib yang tercari-cari teks untuk membakar semangat anak-anak m
uda remaja dan belia yang kian songsang hidupnya. Kepada ahli-ahli politik yang tercari-cari model menjadi negarawan dan formula ampuh untuk dihormati kawan dan lawan. Kepada para ibubapa dan guru yang tercari-cari formula dan sistem didikan terbaik pada anak-anak.

Maka, jika anda salah seorang dari di atas, maka buku ini seharusnya menjadi MILIK anda!

Telah banyak buku-buku sejarah menulis mengenai Sultan Muhammad al-Fateh dengan pendekatan kronologikal dan tersurat.

Namun, buku ini akan memaparkan 15 kuasa kepemimpinan yang wujud serentak dan tersirat dalam diri Sultan Muhammad bin Murad al-Fateh. Pengiktirafan Rasulullah kepada beliau dan bala tenteranya sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera telah membawa penulis untuk mendekati lebih dekat segenap sudut karakter kepemimpinan yang ada pada anak muda berusia 22 tahun ketika melakukan misi menawan Konstantinopel yang dianggap misi paling mencabar dalam sejarah dunia sekitar 1453 Masihi tersebut.

Berasaskan kajian kepada sumber-sumber utama Usmaniah seperti karangan Syekh Dr Muhammad Ali As-Shollabi, Prof Mehmed Maksudoglu dan Halil Inalchik, penulis dilihat mampu memperjelas dan membumikan pelbagai penemuan baru dari khazanah yang ditinggalkan pemimpin agung Islam, Sultan Muhammad al-Fateh.

Pendekatan mengkaji cara berfikir, kuasa sistem pendidikan dan karakter kepimpinan serta perkongsian pengalaman penulis sendiri yang pernah bergelumang dalam sektor kepimpinan korporat, NGO, gerakan mahasiswa dan persatuan pelajar membuatkan buku ini sangat unik, sesuai untuk tatapan semua tahapan usia.

Buku ini akhirnya akan mendedahkan mukjizat 'sebenar' di sebalik pengiktirafan Rasulullah kepada beliau dan pasukan tenteranya.Dapatkan di pasaran pada 29 Mac 2010 (tarikhkelahiranMuhammad Al-Fateh)

14 November 2009

SEPETANG BERSAMA RAIHAN



Pada 12 November 2009 yang lalu,kumpulan nasyid popular Raihan telah hadir ke Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk mengadakan persembahan.Bertempat di dewan Besar KISAS, kehadiran Raihan ini telah diusahakan oleh Biro Kesenian Badan Dakwah Dan Rohani KISAS.
Turut hadir adalah para guru dan seluruh warga Kolej Islam Sultan Alam Shah....(selanjutnya)

2 October 2009

7 September 2009

Kem Penyelarasan Usrah (4 - 6 September 2009)

16 August 2009

Pergi tak Kembali


Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Adik ipar allahyarham Adha Buyong dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahzan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).

6 August 2009

Panduan Mengisi Borang Tempahan Online Majalah POW & PH

Adalah dimaklumkan bahawa BADAR KISAS telah membuka tempahan kepada mana-mana pelajar (luar KISAS sahaja) ataupun institusi pengajian yang ingin memiliki majalah POW dan PH edisi 2009. Cover depan majalah akan dipaparkan tidak lama lagi. Klik gambar untuk lihat panduan mengisi borang online dengan lebih jelas.

12 July 2009

Kolokium Penghayatan Islam (17-19 Julai 2009)

6 July 2009

Majlis Settle Taaruf


"Wahai Manusia, sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu daripada kaum lelaki dan perempuan, dan telah Aku jadikan kamu berpuak-puak dan pelbagai kaum supaya kamu berkenal-kenalan..."
Al-Hujurat, 13

Biro Khas Badan Dakwah dan Rohani dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa Majlis Settle Taaruf bagi Tingkatan 4 2009 akan diadakan tidak lama lagi. Butiran majlis ini adalah seperti berikut:

Tarikh:
11 Julai 2009 (Sabtu)

Masa:
10 malam

Tempat:
Musolla Saidina Ali

Sasaran:
Pelajar Tingkatan 4 muslimin 2009

Untuk makluman pembaca, setelah beberapa saringan telah dilakukan bagi menguji tahap ukhuwwah pelajar tingkatan 4, Biro Khas BADAR telah bersetuju untuk mengambil tarikh seperti mana yang telah dinyatakan sebagai tarikh keramat tarbiyah di Tingkatan 4. Para pelajar Tingkatan 4 juga merupakan pengganti bagi meneruskan kepimpinan dan perjalanan dakwah di Bumi Waqafan. Tanggungjawab menjaga tarbiyah dan biah solehah di Bumi Waqafan merupakan kewajipan kepada semua warga Kolej Islam.

"Bersama Mengemudi Bahtera Tajdid"


Arif Amin Bin Rushihi
Exco Khas 1
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah


Muhamad Amir bin Abd Halim
Exco Khas 2
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah


Muhammad Afif Zauqi bin Abd Malik
Exco Khas 3
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah



5 July 2009

Kelas Seni Khat


Biro Kesenian Badan Dakwah dan Rohani telah mengadakan kelas seni khat kepada pelajar KISAS. Butiran kelas ini adalah seperti berikut:

Masa:
Selepas Zohor pada setiap hari Ahad
bermula pada 5 Julai 2009

Tempat:
Musolla Saiyidina Ali

Sasaran:
Terbuka kepada semua warga aspura KISAS

Guru:
Mohd Aizat Naim bin Mustafa AlBakri
(Johan pertandingan Khat Terbuka UKM 2009)

Silibus:
Khat Thuluth



Pen khat dijual pada harga RM5 seunit manakala buku khat pula masih tidak ditetapkan harga. Buku dan pen khat dijual kepada semua pelajar sama ada yang mengikuti kelas ataupun tidak. Buat masa yang terdekat ini, kelas hanya dibuka kepada pelajar muslimin KISAS. Tetapi jualan buku dan pen khat dibuka kepada semua pelajar dan para pelajar boleh rujuk buku yang disediakan sebagai panduan ketika belajar sama ada ketika mengikuti kelas ataupun belajar sendiri.
Sama-samalah kita mempelajari dan merungkai rahsia keunikan kesenian Islam yang menjadi tarikan seluruh masyarakat dunia sepanjang zaman...

Muhammad Syafiq Syahmi bin Md Yusuf
Exco Kesenian
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah

1 July 2009

KISAS Johan Debat Bahasa Arab


Pasukan KISAS muncul johan debat bahasa Arab antara sekolah menengah peringkat kebangsaan di USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor (KISAS) muncul juara Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah peringkat kebangsaan kali ke-2, baru-baru ini.

KISAS menewaskan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), Shah Alam pada peringkat akhir pertandingan yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pada pertandingan akhir kedua-dua sekolah berdebat mengenai tajuk Kelalaian Ibu Bapa Punca Utama Keruntuhan Akhlak Remaja dan KISAS selaku pihak pencadang telah mendapat kiraan markah juri sebanyak 5:2.

KISAS membawa pulang RM2,500, piala pusingan Naib Canselor, piala iringan dan sijil penyertaan manakala SAMTAJ berjaya membawa pulang RM2,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pendebat Terbaik disandang oleh Siti Aisyah Mohd Ramli dari KISAS dengan membawa pulang RM800, piala iringan dan sijil penghargaan.

Semasa pertandingan berkenaan, KISAS sebagai pihak pencadang bersetuju bahawa kelalaian ibu bapa punca utama keruntuhan akhlak remaja.

Mereka menegaskan pendidikan awal anak-anak adalah bermula dari rumah, justeru perlakuan anak-anak sama ada positif atau negatif ditentukan melalui pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa.

Menurut mereka, sesetengah ibu bapa pada masa kini kurang memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak disebabkan kesuntukan masa.

Justeru anak-anak hanya dilimpahi wang ringgit tanpa mengetahui tujuan wang itu disalurkan.

Manakala SAMTAJ selaku pihak pembangkang menegaskan bahawa kelalaian ibu bapa bukan punca utama keruntuhan akhlak remaja.

Sebaliknya keruntuhan akhlak remaja berpunca daripada persekitaran, media massa dan kawan-kawan.

Sebanyak 52 sekolah dari seluruh negara menyertai pertandingan selama lima hari bermula pada 12 Jun lalu yang turut disertai oleh sekolah-sekolah menengah dari Sabah dan Sarawak.

Menurut USIM, pertandingan itu bertujuan untuk menyemarakkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah di samping mewujudkan perkongsian pintar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pertandingan akhir itu telah dirasmikan Pemangku Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Abdullah Salleh.



p/s : Pihak Badan Dakwah dan Rohani KISAS mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Debat Bahasa Arab KISAS kerana berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua..Takbir!!!

28 June 2009

WikiIslam-Ensiklopedia Memusuhi Islam


Islam terus menjadi sasaran media kuffar untuk di permainkan dengan harapan pandangan umum terhadap Islam dan Ummat terus buruk dengan pelbagai sterotype yang telah di pamerkan oleh mereka. Di kalangan kaum Muslimin mungkin ramai yang tidak pernah mendengar tentang laman ini www.WikiIslam.com yang mengandungi content penuh dengan penipuan dan pemalsuan terhadap ajaran dan sejarah Islam yang menjadi salah satu sumber rujukan umum terutamanya mereka yang selesa berbahasa Inggeris.

WikiIslam mempunyai sejarah penubuhan yang tersendiri. Ia berasal daripada seorang yang murtad daripada Islam berasal dari Iran yang tidak taat kepada Allah dan Rasul dan menetap di Kanada. Pendiri laman ini berakar umbi daripada Faith Freedom International pada September 2006 yang mengklaim diri mereka sebagai pergerakan ex-Muslim yang kuatir terhadap peningkatan ancaman Islam terhadap dunia.

Ternyata laman ini di dalangi oleh kaum kuffar yang bencikan Islam kerana nyata tertulis dalam laman FAQ WikiIslam ini laman in bertujuan untuk membantu Muslim meninggalkan Islam dengan menyediakan maklumat yang tidak benar terhadap Islam.

Jika di lihat dengan lebih detail terhadap puluhan artikel yang tersedia di sana, sesungguhnya ia mengumpulkan bahan-bahan yang negatif atau secara mudah, Islamophobia. Kesannya para pembaca yang tidak kritis dan memiliki sumber maklumat yang cetek, akan nampak gambaran bahwa umat Islam adalah umat yang bebal, ganas, terkebelakang dan bodoh. Tambahan lagi, hadir info-info dari laman seperti MEMRI yang merupakan alat propaganda Yahudi untuk menipu mata masyarakat nampak perancangan dan kesan kezaliman yang telah mereka lakukan.

Tidak jarang terdapat artikel ataupun definisi dari satu istilah Islami yang mengejutkan terdapat dalam situs tersebut. Yang sangat mengejutkan adalah pada halaman utama dari WikiIslam ditunjukkan sebuah kartun nabi Muhammad dari harian Denmark. Tidak hanya itu, cobalah masukkan satu kata kunci dalam mesin pencari (search engine) WikiIslam tentang Allah, maka muncullah definisi mengejutkan yang akan membuat telinga kebanyakan Muslim geram atas kontroversi yang disebutkan dalam definisi tersebut. Disebutkan bahwa “Menurut Muslim, Allah merupakan Pencipta dari jagad Raya. Allah tidak berarti ‘Tuhan tetapi lebih kepada ‘Pencipta Jagad Raya’ dan hal ini merupakan tanda dari asal muasal musyrik Islam. Pada era sebelum Islam, Allah merupakan pencipta tertinggi, dewa dari orang-orang Arab. Kata Allah pada awalnya merupakan nama dari sebuah dewa bulan yang tinggal dalam sebuah batu yang terletak di Ka’bah. Allah juga merupakan Tuhan Bulan diantara tuhan-tuhan yang mereka percaya.”
Menurut sebuah penelitian pada 2002 oleh profesor jonathan Zittrain dan Benjamin Edelman dari Universitas Harvard, Saudi Arabia telah melarang situs tersebut. The Public Interest Registry (layanan Pendaftaran Kepentingan Publik) yang digunakan oleh semua domain.org, dan Alexa.com menyatakan bahwa laman FFI bertempat di Bellevue, Washington USA. Rangking lalu lintas untuk organisasi tersebut mengalami naik turun sejak didirikan pada Juni 2001. menurut Site Meter, FFI telah memiliki lebih dari 25 juta pengunjung sejak didirikan, menerima kira-kira 10.000 pengunjung setiap hari sekitar satu juta halaman ditonton setiap bulan.
Justru ini merupakan antara ancaman terhadap kaum Muslimin. Sememangnya Allah telah berfirman di dalam Al-Quran menyebut tentang angkara Yahudi dan Nasara yang sering merencanakan makar jahat terhadap Islam dan Ummatnya.

"Tidak akan redho si Yahudi dan Nasara hinggakan kita mengikut millah mereka" Al-Baqarah 2:120.

Kini tinggal usaha daripada kaum Muslimin pula untuk menggunakan segala sarana yang ada untuk berdakwah dan cuba untuk menarik seramai mungkin manusia ke arah Islam. Jika kaum kuffar bersungguh, apatah lagi kita kaum Muslimin, ummat yang di muliakan Allah, wajib kita lipatkali gandakan usaha kita untuk memerangai makar-makar jahat mereka.
Wallahua'lam

26 May 2009

KISAS @ Berita Harian

Sekolah Terbilang: Gedung ilmu

Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my


KISAS menyediakan bahan rujukan lengkap bagi memberi peluang pelajar menimba sebanyak mungkin ilmu.

KISAS himpun cerdik pandai, pemimpin di kalangan lepasan sekolah agama

KOLEJ Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang dikenali sebagai gedung ilmu yang menghimpunkan cerdik pandai dan bakat kepimpinan di kalangan lepasan sekolah agama.

Antaranya, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.


Walaupun namanya sudah tiga kali ditukar sejak penubuhan pada 1955, kecemerlangan Kisas menghasilkan modal insan kelas pertama tetap berkekalan hingga kini dengan berpegang motto Bersama Rangkul Keunggulan.


Pengetuanya, Abdullah Jusoh, berkata budaya Islam dan suasana pembelajaran sempurna menjadi resipi kejayaan sekolah berteras agama itu melahirkan pelajar berilmu, berakhlak, bertakwa serta mampu memberi sumbangan kepada agama, ummah dan negara.

Beliau berkata, berbekalkan pengetahuan, kemampuan dan jati diri unggul yang dipupuk, lepasan sekolah itu mampu bersaing di peringkat global dan menyumbang kepakaran mereka dalam pelbagai bidang serta kerjaya merentasi sempadan negara.

LITERASI komputer antara pendekatan dilakukan KISAS bagi membentuk pelajarnya celik teknologi maklumat.

Katanya, penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) 'Tiada Muflis 3A' antara faktor yang merangsang pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik khususnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Malah, katanya sekolah berkenaan mencapai lonjakan saujana dalam peperiksaan itu tahun lepas dengan catatan gred purata sekolah 1.68, manakala 32 pelajar mendapat 1A semua 11 mata pelajaran serta dua lagi mendapat 121A.

Beliau berkata, sejajar penekanan pembangunan holistik, pembabitan pelajar dalam pelbagai kegiatan kokurikulum turut digalakkan termasuk pertandingan Formula One In School Technology Challenge, Inovasi Sains dan Reka Cipta, debat, pidato, taekwondo, ragbi, tenis dan menembak.

"Sejak penubuhannya hingga kini, Kisas sentiasa menjadi tumpuan pelajar terbaik dari sekolah agama, selain melahirkan tokoh nasional dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

"Satu lagi perbezaan KISAS berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) lain adalah mengadakan peperiksaannya sendiri dikenali Sijil Khas Kolej yang memberi merit khas kepada lepasan Kisas dalam bidang agama atau permohonan biasiswa.

"Kejayaan itu membuktikan sekolah berkenaan tidak menumpukan kepada aspek agama saja malah pembangunan holistik pelajar supaya mereka dapat membina masa depan keluarga dan negara menerusi pelbagai bidang," katanya.

Mengulas status sekolah kluster yang diterima sejak 2007, Abdullah berkata, lima faktor dijadikan keutamaan KISAS bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok sekolah cemerlang berkenaan.

Ia termasuk menghasilkan pelajar berintelektual tinggi, pemantapan sahsiah, membangunkan kemahiran insaniah, ketrampilan dan kecergasan fizikal, pengenalan persekitaran kondusif dan berkualiti menerusi program Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia serta menjalin hubungan komuniti.

Kejayaan itu mendapat pengiktirafan termasuk Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan (Akademik/Kokurikulum) dan Anugerah Kokurikulum Terbaik SBP 2008 kerana muncul antara sekolah paling cemerlang di kalangan 54 SBP seluruh negara.

Pada awal penubuhannya, sekolah itu dikenali Kolej Islam Malaya (KIM) dan ditempatkan di bangunan bekas istana (Istana Anjung) di Klang yang dihadiahkan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor ketika itu.

Pada 1966 KIM ditukar nama kepada Kolej Islam Klang (KIK).

Pada 1972, kolej berkenaan diambil sepenuhnya Kementerian Pendidikan dan dinaikkan taraf sebagai SBP dan pada 1989, Sultan Selangor berkenan menukarkan nama KIK kepada Kisas.

Info

Pencapaian terbaik KISAS 2008

Antarabangsa


  • Johan - Kem Tutti Fratelli International

  • Medal of Peter O Halloran - Australian Mathematics Competition

  • Finalis - Mondialogo School Contest

    Kebangsaan

  • Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBP

  • Johan Kem Penulis Muda

  • Johan Pertandingan Folio Pengguna

  • Johan Debat Bahasa Arab
  • 10 May 2009

    Tahniah Ex-KISAS Batch 53

    Senarai ex-KISAS batch 53 yg berjaya dapat Scholarship Petronas
    Arif Aizuddin - Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTP)
    Rasyidi Rosli - Sarjana Muda Petroleum Geoscience (UTP)
    Zulaiha - Sarjana Muda Petroleum Geoscience (UTP)
    Ahmad Hishamuddin - Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (UTP)
    Athiyatul Syakirah- Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (UTP)
    Ahmad Kamil Azeddin - Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (UTP)
    Zulazam - Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (UTP)
    Ahmad Saifullah - Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil (UTP)
    Mauizah Hasanah - Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan (UTP)
    Aniza - Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan (UTP)
    Ahmad Afandi - Geofizik (Amerika)
    Azarulzaman - Ekonomi (New Zealand)

    Senarai ex-KISAS batch 53 yg berjaya dapat Scholarship TNB

    Amir Rahimi - Foundation in Electrical Power Engineering (UNITEN)
    Athiyatul Syakirah - ?

    Senarai ex-KISAS batch 53 yang berjaya dapat scholarship JPA
    Keseluruhan ada 75 Pelajar :
    FROM 75 KISASIANS:
    MALAYSIA - 16;
    EGYPT - 12;J
    ORDAN - 11;
    JAPAN - 1;
    OTHERS - 35
    MALAYSIA;
    IPTS:SCIENCE (3) -
    Rifhannisa,Hazirah Nordin,Nurul Huda al-Ameen
    ENGINEERING (3) - Asyraf Ashaari,Rasyid,Zaimfauzan
    BUSINESS ADMINISTRATION (1) - Fatihah Zakaria
    MEDICINE (1) - Zharif Syafiq
    ACCOUNTING (2) - Amirul Aliff,Nurul Ain Jasni
    IPTA:
    SOCIAL SCIENCE (4) -
    Shaheer,Izzati Adenan,Wan Nur Sabiha,Tengku Abdul Hadi
    ELSEWHERE (IPTA/S):
    SOCIAL SCIENCE (1) -
    Syamil Nazmi
    MEDICINE (1) -
    Hanisah
    EGYPT;MEDICINE (12) -
    Hamizah Zainal,Naufal,Harsyafiq Razazwan,Siti Nurbani,Adilah Zulkifly,Atiqah Sufian,Afif Fahim,Siti Nurliyana Azizan,Nur Muhammad Ammar,Fatin Faeznur,Nur Shaymak,Farahin Mat Tarmizi
    JORDAN;
    ECONOMY/FINANCE & ISLAMIC BANKING (6) -
    Ainun Sailah,Solehuddin Suhaimi,Yaqzan Yazed,Fadhilah Husin,Syuhada Subri,Fadhil Hamdi
    MEDICINE (3) - Khairunnabilah,Rif'ah Rahim,Farah Md. Nizar
    DENTISTRY (2) - Siti Norhakimah,Furqon
    JAPAN;
    JAPANESE ACADEMIC ENGINEERING (1) -
    Fashan Farizi
    OTHERS;
    ENGINEERING (6) -
    Saifullah,Firdaus Izaraee,Zulhilmi,Syazwani Zakwan,Nabilah Mahfuz,Wan Nuha
    SCIENCE (3) -
    Syazwani Razali,Farahin Hamid,Aidil Asyraf
    MEDICINE (6) -
    Khadijah Haron,Wahdaty Najihah,Baihaqi,Siti Amirah Shukri,Nursyazani,Amin Ramli
    ACCOUNTING (7) -
    Izzati Rashidi,Badrul Hisyam,Syazwan Shafie,Azarul Zaman,Atikah Sobri,Syuhada Syuroa,Hidayah Rahman
    BIOTECHNOLOGY (2) -
    Aniza Jonin,Nabihah Mahfuz
    LAW (1) -
    Nur Ainina
    KOREAN TECHNICAL ENGINEERING (1) -
    Siti Zulaihah
    FRENCH ENGINEERING (2) -
    Hafiz Arselan Hakim,Hakimin
    VETERINARY MEDICAL SCIENCE (1) -
    Syazwana Sharim
    PHARMACY (3) -
    Siti Hawa,Fatin Fasihah,Aisyah Nazirah
    AGRICULTURAL SCIENCE (1) -
    Firdaus Md. Zain
    GERMAN ENGINEERING (2) -
    Annas,Kamil Azeddin
    Tahniah daripada pihak BADAR. Sematkan "Fastaqim Kama Umirta" di dalam jiwa anda walau di mana anda berada...
    *diambil dari http://ruhhuldaie.blogspot.com/

    Selamat Hari Guru


    8 May 2009

    Kursus Pengurusan Jenazah 2009

    Pada 10 Mei 2009, Badan Dakwah dan Rohani KISAS akan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah. Butir-butir adalah seperti berikut :

    Tempat : Masjid Diraja Sultan Sulaiman
    Tarikh : 10 Mei 2009 (Ahad)
    Sasaran : Pelajar Tingkatan 5 dan 6 (Muslimin dan Muslimat)
    Pakaian : Baju Melayu Prep/Baju Kurung Prep

    Tentatif

    7.30 pagi : Bertolak dari KISAS
    7.45 pagi : Pendaftaran
    Taklimat oleh Imam Shakir (Imam Masjid Diraja Sultan Sulaiman)
    8.30 pagi : Teori Pengurusan Jenazah
    Penceramah : Imam Shakir (Imam Masjid Diraja Sultan Sulaiman)
    10.30 pagi : Rehat
    11.00 pagi : Praktikal Pengurusan Jenazah
    12.30 t/hari : Resolusi
    1.00 t/hari : Bertolak pulang

    26 April 2009

    Blog Ustaz Lah Hassan...

    Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...



    Untuk blog entry kali ini, pihak BADAR ingin mempromosikan blog PK HEM kesayangan KISAS, Ustaz Abdullah Hassan. Harapnya, para pelajar dapat manfaat dari blog ini. Klik di gambar untuk ke blog

    Ustaz Abdullah dan isterinya, Ustazah Nik Mahizan

     

    Subscribe to Badar KISAS

    Contact us

    Email us: badarkisas@gmail.com

    Penaung