Saturday, 14 November 2009

SEPETANG BERSAMA RAIHAN



Pada 12 November 2009 yang lalu,kumpulan nasyid popular Raihan telah hadir ke Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk mengadakan persembahan.Bertempat di dewan Besar KISAS, kehadiran Raihan ini telah diusahakan oleh Biro Kesenian Badan Dakwah Dan Rohani KISAS.
Turut hadir adalah para guru dan seluruh warga Kolej Islam Sultan Alam Shah....(selanjutnya)

Sebelum persembahan daripada kumpulan Raihan,para pelajar telah di sajikan dengan ceramah motivasi yang penuh bersemangat oleh penceramah jemputan.Majlis tersebut bermula lebih kurang jam 3 petang.

Setelah selesai ceramah motivasi,kumpulan Raihan pula mengambilalih pentas.Walaupun hujan lebat ketika itu,namun mereka tetap mempersembahkan persembahan dengan cukup mantap dan menghiburkan.Mereka menyanyikan antara lagu-lagu popular mereka seperti Chin Ai,Allahu dan Thank You Allah.Para pelajar KISAS cukup terhibur dengan persembahan mereka itu.

Raihan juga turut sempat mempromosikan beberapa produk terbaru keluaran syarikat mereka seperti komik dan cd Raihan Rangers kepada para pelajar KISAS.Majlis persembahan itu selesai lebih kurang jam 4.40 petang. Walaupun hanya sebentar kehadiran mereka, namun kehadiran mereka ke Kolej Islam Sultan Alam Shah tidak akan dilupakan dan akan terus terpahat menjadi sebuah lagi nostalgia di kolej ini.Insyaallah....

Ceramah motivasi

Sebahagian para pelajar KISAS yang hadir

Persembahan dari Raihan

Bergambar bersama Raihan
Raihan berinteraksi bersama penonton


Reactions:

2 kesannya:

  1. Salam..
    masa tahun 2002 dulu pun raihan pernah dtg kisas!
    sungguh best..rinduu kisas..

    p/s:goodluck utk adik2 semua!

    ReplyDelete
  2. aah , saya siap bergmabr lagi ngn raihanian.tahun 2002. huuu

    ReplyDelete

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung