27 April 2017
26 April 2017
HALAQAH ILMU MUSLIMIN - IBADAH
Lajnah Usrah telah mengadakan Halaqah Ilmu pada 14 April 2017. Halaqah kali ini membincangkan bab Ibadah dengan menggunakan kitab Apa Erti Saya Menganut Islam (karangan Dr. Fathi Yakan) sebagai rujukan.
Saudara Luqman Hakim,salah seorang Naqib sedang mengetuai halaqah.
Para pelajar muslimin duduk di dalam satu bulatan besar. lemons.
KULIAH TAFSIR – SURAH AL MASAD OLEH USTAZAH AINA SABARIAH
Sementara menunggu waktu untuk solat zohor, para pelajar muslimat KISAS menghadiri Kuliah Jumaat di Dewan Ulul Albab (DUA). Pada minggu ini (21 April 2017),kuliah disampaikan oleh Ustazah Aina Sabariah binti Md Isa. Kuliah kali ini bertajuk "Tafsir Surah Al-Masad".
TAZKIRAH RINGKAS SEBELUM SOLAT JUMAAT DI SURAU SITI KHADIJAH
Pada 14 April 2017, BADAR KISAS telah mengadakan Tazkirah Ringkas sebelum solat Jumaat di Surau Saidatina Khadijah. Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Jamahari bin Abdul Manaf yang bertajuk "Jalan Dakwah".
Ustaz Jamahari sedang memberikan tazkirah
Para pelajar KISAS dan jemaah sedang tekun mendengar tazkirah.
24 April 2017
HIJRAH
Dengan nama dan izin Allah SWT,
aku menaip .
Mungkin tak seberapa .
Tapi , semoga apa yang anda baca ada
faedahnya yang boleh masuk dalam hati kita yang terlalu
kenyal .
Tak banyak , sikit . Tak sikit , banyak.

Aku manusia biasa , yang buat dosa yang
berusaha kumpul pahala . Dan yang cuba untuk berubah .
Ya , aku tahu manusia masuk syurga sebab rahmat , bukan pahala . Dan aku masih berusaha serta perlukan bimbingan .
Aku bangun malam . Tapi kenapa mereka masih tidur ? Penat , mungkin .
Sebab tiada sokongan , aku tidur semula .
Aku cuba puasa sunat . Tapi mereka tidak . Aku batalkan .
Semua aku buat jarang ada sokongan .
Mereka yang baik dengan yang baik . Mereka yang kurang baik dengan yang kurang baik .
Aku ? Masih terpenyek di tengah .
Aku duduk dengar ceramah , “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri “ . Dushh , kena muka sendiri . Ehh tak , sempat elak haha . Okayy okayy serius .
Ya ! Itulah cara yang aku lupa . Kenapa aku tak berubah sendiri ?
Mungkin lepas ni aku boleh bangun qiam dan kejut mereka yang lain .
Mungkin aku boleh puasa sunat dan ajak mereka yang lain .
Mungkin aku boleh jadi penggerak daripada duduk menanti hidayah datang ketuk pintu hati yang hampir kosong tiada isi .
Ya , memang susah untuk berubah . Satu hari , aku jatuh . Bukan tergolek . Jatuh yang buat aku betul betul lemah . Aku tak mampu .
Aku ambil wudhu’ , buka quran .
Surah al-muddathir , ayat 7-9 . “ Dan kerana Tuhanmu , bersabarlah . Maka apabila sangkakala ditiup maka hari itulah yang serba sulit “ . Basah . Tempat aku duduk ada air aircond . Aku pindah tempat . Menangis . Sebab ? Sebab aku lupa janji Allah , “ Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan “ .
Ya , sebab syurga Allah itu mahal . Dan untuk mereka yang sangat istimewa .
Serta mereka yang sado dalam merangkak melalui dunia yang penuh mehnah . Onak . Duri . Kaca . Petir . Kilat . Paku . Skru .
Dan aku harap orang itu aku .
Baiklah , berhenti mengharap dan cuba menjadi .
Aku ulang , berhenti mengharap dan cuba menjadi .
Dan sekarang aku tahu , kekuatan itu datang saat aku cuba menghampiri Tuhan pada dua per enam malam .
Dan aku minta agar Tuhan izinkan aku untuk terus mampu melakukannya.

Semoga kita sama sama mampu lakukannya . AllahummaAmiin …
-FARAH AIMI YASMIN BT ARSHAD-
Subscribe to:
Posts (Atom)