30 December 2014

Ardul Fuqaha'


"Errr.. Fizi, aku rindu lah."

"Kau rindu apa lagi ni Mail, melamun je manjang."

"Rindu pondok." 

*Fizi tersedak*

"Aku pun." jawab Fizi pendek.



Ada apa dengan tempat ni? Apa best sangat tentang Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' sampai senior-senior ajak pergi macam nak ajak orang pergi berperang?

Sebab ia memang best lagi mem-best-kan.

dan tak bosan lagi membosankan, malah jauh sungguh dari sifat itu.

Jadi apa sebenarnya menarik kat sini?

Ana yang tak ikut daurah sepenuhnya (yakni dua minggu) pun dapat rasa best-nya.
Malah, rasa menyesal pula. Kenapa? sebab tak ikut daurah seminggu awal.

Ana ni orang biasa-biasa je, menuntut ilmu baru di level rumput, dan ketahuilah level rumput itu sangat dekat dengan tanah (level 0) dan sangat jauh dengan awan (level 100) apatah lagi dengan langit (level 10000). paham tak analogi yang ana bawa ni?

Nak katakan yang orang macam ana ni yang biasa-biasa, yang tak selalu ikut pergi daurah, tak pernah merasa pondok, bila keluar dari daurah, rasa macam terikat dengan majlis ilmu.

Dulu rasa seolah buta, sekarang, baru sedar macam wujud lebih daripada 100 pengajian & daurah kat luar sana, cuma kita tak ambil peluang. sebab kita rasa ilmu dah cukup, dah padat, dah mantap. sedangkan ilmu kita itu sekadar di kertas, bukan di dada. cuma poyo lebih je.

Kisah seminggu di sana, didik kami jadi seorang mujahid.

Kata Al-Fadhil Ustaz Syauqi (seorang muallim di sana), "apa yang antum buat di sini, sama macam apa yang ulama'-ulama' buat, sama macam apa yang para habaib buat, pagi belajau, siang belajau, tengahari belajau, malam belajau."

Belajar dan belajar, tapi ajaibnya, tak pernah rasa letih. Orang yang tak pernah nak mampu duduk dalam majlis berjam-jam tiba-tiba boleh constant duduk bersila 4 jam. Berkat yang Allah nak beri, berkat orang yang berjuang menuntut ilmu.

Kalau nak cerita rutin makan di sini, mungkin anda akan rasa "peghh biar betul" atau "deh selamat aku tak pergi" tapi ini yang mendidik nafsu kami dalam menuntut ilmu, dalam tak rasa mengantuk dalam majlis.

Walaupun makan 3 kali sehari, berlauk ayam mungkin satu atau dua bahagian dan kongsi seramai 5 orang, tapi kenyang itu terasa, sebab apa? sebab dasarnya kesedaran itu ada, dan ingat sentiasa bahawa Allah yang memberi kekenyangan.

Tapi yang paling best, ialah nikmat dalam rasa tak puas menuntut ilmu. Setelah 'graduate' dari Daurah Kubra, ana rasa macam sentiasa dahagakan majlis ilmu. Rasa nak cari dan terus mencari majlis ilmu. Kalau ada kawan ajak tu sangat berlapang dada nak pergi berbanding sebelum-sebelum ni.

Kadang-kadang tersentap dalam hati, "mungkin ini nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang alim." malah lagi teringin rasa nak menjadi alim, tiba-tiba terpasang cita-cita nak jadi macam Imam Ghazali, Imam Nawawi dan sebagainya, cita-cita yang nak jadi pensyarah dan sebagainya seolah terpadam sebentar, dek seronok sangat menuntut ilmu.

Sedikit sebanyak perkongsian, wallahua'lam.

19 December 2014

aku tak mahu riya'!


Takutkan diri kita ini daripada tertimpa penyakit riya’ dengan kita meninggalkan segala amalan kita. Segala amal kebajikan kita, kita tinggalkan. 




Kalau dulu,

kita seorang yang rajin pergi ke majlis ilmu,
membaca Al-Quran, 
bangun malam untuk tahajud,
mengamalkan sunnah dalam kehidupan
dan sedeqah kepada fakir miskin

semua ini sekarang kita tinggalkan; mengapa? 

Kita rasa dengan kita tinggalkan segala amalan kita ini, kita dah menghilangkan penyakit riya’ dalam jiwa kita ini. 

Persoalannya, adakah ini solusi yang betul? 

Adakah ini penyelesaian yang benar mengikut agama kita? Demi Allah ini bukan cara yang betul mengikut agama kita.

Seseorang yang meninggalkan sesuatu amalan kerana dirinya takut ditimpa penyakit riya’ adalah riya’. Manakala seseorang yang melakukan amalan kerana manusia adalah syirik kecil. 

Sesungguhnya seseorang yang melakukan amalan kerana takut orang panggil dia riya’ dan takut penyakit riya’ berada dalam dirinya, maka perkara ini adalah sebenar-benarnya riya’.

Oleh itu, jalan tengah antara keduanya adalah ikhlas kerana Allah.

Seseorang yang meninggalkan amalan kerana takut perasaan riya’ ataupun penyakit riya’ dalam hatinya sebenarnya dia telah memudahkan kerja syaitan kerana syaitan itu tujuannya adalah supaya manusia meninggalkan amal kebajikannya. 

Tujuan dan maksud daripada was-was dan pujukan syaitan ini adalah supaya manusia meninggalkan amal kebajikan dan amal ibadat. Tetapi apabila seorang manusia itu pada awalnya meninggalkan amal ibadatnya kerana takutkan riya’,

Maka dia telah memudahkan kerja syaitan.

Maka ulama’ menyatakan cara terbaik dan benar bagi mengatasi penyakit riya’ adalah dengan meneruskan amalannya dan istiqomah. Setiap kali dia melakukan amalan hendaklah dia berdoa, 

“Ya Allah aku belajar untuk mendapatkan ikhlas keranamu ya Allah. Aku belajar untuk mendapat ikhlas daripada amalan ini ya Allah”. 

Dia belajar untuk melawan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan akar umbi riya’ dan cintakan sanjungan dan pujian daripada manusia dalam hatinya dan melakukan amalan dengan istiqomah. 

Maka lama-kelamaan dia telah meresap ke darah dagingnya akan keikhlasan itu. Natijahnya, dia sudah tidak melakukan amalan kerana manusia. Maka, fokusnya hanyalah kepada Allah.

"Fokusnya semata-mata hanya pada Allah."

* kalam tarbawi excoceramah 1314

16 December 2014

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W


Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Surah Al-Ahzab, 33: 56)



ASAL PENGERTIAN SELAWAT

Asal perkataan ‘selawat’ di dalam bahasa Arab adalah صلاة (solat)

Selawat = صلاة

Seperti mana solat (sembahyang), begitulah yang diertikan dengan selawat. Di dalam Bahasa Arab, selawat dan solat berasal dari perkataan yang sama.

Adapun pengertian solat dari segi bahasa adalah doa. Apa pula ertinya doa? Doa berasal dari perkataan دعى ataupun دعوة yang bererti menyeru ataupun meminta.

Doa ( دعوة = دعى = ( دعاء (menyeru / meminta)

Itulah maksud solat yang seerti dengan doa. Apabila dikatakan kita berdoa kepada Allah, bererti kita sedang menyeru dan meminta kepada Allah.

BAGAIMANA ALLAH & MALAIKAT BERSELAWAT KE ATAS NABI?

Firman Allah, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi.”

Bagaimana Allah berselawat ke atas Nabi? Apakah ertinya Allah berselawat ke atas Nabi? Dalam ayat itu jelas mengatakan Allah berselawat ke atas Nabi. Ini adalah asas selawat, iaitu selawat itu kembali kepada selawat Allah ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.

Selawat Allah ke atas Nabi:

Ertinya adalah pujian Allah serta disebut-sebut nama Rasulullah di sisi malaikat-malaikat langit tujuh.

Itu adalah asalnya. Apabila disebut Allah berselawat ke atas Nabi, ertinya Allah memuji-muji Muhammad Rasulullah, tidak ada Nabi yang lain. Disebut-sebut namanya di sisi para malaikat yang bukan sebarang malaikat, tetapi malaikat langit 7 yang paling hampir kedudukannya dengan Arasy Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Selawat para Malaikat ke atas Nabi:

Selawat para malaikat dan selainnya (termasuk kita) adalah permohonan atau doa kita kepada Allah agar Allah berselawat ke atas Nabi.

Asalnya selawat sudah ada, iaitu bukan kita meminta supaya Allah baru hendak selawat, sebaliknya adalah supaya Allah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini kerana selawat Allah ke atas Nabi sudah berlaku seperti mana di dalam ayat Al-Quran yang disebutkan tadi. Jadi apabila kita berdoa kepada Allah agar Allah berselawat maknanya adalah untuk Allah memperbanyakkan selawat (puji-pujian) ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.

Jadi apabila kita berselawat ke atas Nabi maknanya kita meminta daripada Allah untuk berselawat ke atas Nabi. Apabila Allah berselawat, bererti Allah memuji-muji Rasulullah serta disebut-sebut namanya di sisi para malaikat langit ketujuh.

Ketika kita berselawat ke atas Nabi, kita sebenarnya sedang berdoa kepada Allah. Selawat adalah satu doa. Kita berdoa dan memohon daripada Allah dan kita menyeru Allah untuk Allah berselawat ke atas Nabi. Seperti mana lafaz kita,

اَللهُمّ صَلّ عَلى مُحَمّدٍ

“Ya Allah, selawatlah ke atas Muhammad”

Di situ jelas bentuk permohonannya. Tetapi mungkin kita keliru sedikit dengan ucapan صلى الله عليه وسلم (Allah berselawat dan salam ke atasnya) atau صلى الله على محمد (Allah berselawat ke atas Muhammad) , mungkin tidak nampak secara jelas permohonan di situ kerana bentuk lafaznya seperti ayat penyata (khabar) tetapi di situlah permohonan. Itu adalah ayat permohonan tetapi dalam bentuk ayat penyata.

Di antara ulama tafsir yang mentafsirkan ayat ini adalah Imam Ibnu Katsir rahimahullah. Beliau mentafsirkan ayat “Allah serta para malaikatNya berselawat ke atas Nabi” dengan mengatakan bahawa Allah menyebutkan tentang kedudukan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam yang tinggi, kerana di sini jelas Allah menyatakan bahawa Allah memuji-muji Rasulullah serta disebut-sebut namanya di sisi para malaikatNya.

Seterusnya Allah memerintahkan “Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi, dan ucapkanlah salam”. Ibnu Katsir mengatakan, tujuannya adalah supaya menghimpunkan kedua-dua selawat, iaitu selawat penduduk langit serta selawat penduduk bumi agar selawat itu lebih lengkap dan sempurna, supaya dimuliakan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam dengan semulia-mulianya.

Imam Al-Qurthubi rahimahullah ketika mentafsirkan ayat ini menyebutkan bahawa di dalam ayat ini secara tidak langsung mengatakan bahawa Allah telah memuliakan Rasulullah semasa hidupnya (ayat ini turun ketika Rasulullah hidup) dan juga setelah kewafatannya.

Ayat ini secara jelas menyuruh kita berselawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dan hanya Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Di situ jelas bahawa kita telah mengkhaskan Nabi Muhammadsallallahu ‘alaihi wasallam dengan satu doa. Maka di situ sahaja telah menunjukkan kedudukan Bagindasallallahu ‘alaihi wasallam yang tinggi dan lebih tinggi berbanding para Nabi-Nabi dan para Rasul yang lain.

Di antara faedah yang dapat kita ambil dari ayat ini:

Kemuliaan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta kedudukan Baginda yang tinggi di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala

Perintah wajib untuk mengamalkan satu ibadah khusus iaitu berselawat ke atas Nabi di samping ibadah-ibadah lain yang disyariatkan

Para Ulama menjelaskan bahawa interaksi antara kita dengan Nabi Muhammad (setelah kewafatannya) adalah sekadar kita berdoa kepada Allah untuk berselawat ke atas Baginda. Maka jangan sama sekali kita menyeru, meminta, atau berdoa kepada Baginda. Walaupun ayat ini menjelaskan kedudukan Baginda yang tinggi, tetapi tidak sampai sehingga kita melebihkan kedudukan Baginda sehingga kita menujukan doa dan seruan kepada Baginda. Itu adalah perbuatan yang melampau dan telah melebihi dari apa yang dituntut ke atas kita. Kita menghormati dan memuliakan Baginda, serta meletakkan Baginda pada kedudukan yang paling tinggi, kita meminta supaya Allah berselawat ke atas Baginda, tetapi tidak sampai kita meminta hajat kepada Baginda. Adapun di dalam meminta hajat, kita hanya meminta daripada Allah dan kepada Allah semata-mata.

Ayat ini secara tidak langsung menjelaskan tentang penyimpangan golongan yang berinteraksi dengan Rasulullah antaranya dengan cara mensedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah. Ini adalah penyimpangan dan amalan baru yang diada-adakan. Kita tidak diperintahkan untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah.

UCAPAN SALAM KE ATAS NABI

Firman Allah dalam ayat yang sama: “Berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.”

Ada dua ibadah yang kita diwajibkan dalam interaksi kita dengan Nabi;

Berselawat ke atas Nabi

Mengucapkan salam ke atas Baginda.

Allah memaklumkan bahawa Allah telah berselawat ke atas Nabi dan Allah telah memberi salam ke atas Nabi. Maka kita juga dituntut melakukan yang sama.

Apakah yang dimaksudkan dengan salam?

سلام = سلامة = Selamat / Keselamatan

Bagaimanakah Allah memberi keselamatan ke atas Baginda? Jelas bahawa semasa hidup Baginda, Rasulullah telah dipelihara dan diberi keselamatan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini sebagaimana di dalam Surah Al-Maa-idah ayat ke-67 di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

يَاأَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَآأُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ

“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu lakukan maka kamu tidak menyampaikan risalahNya. Allah akan memaksumkan (memelihara) kamu daripada manusia.” (Surah Al-Ma-idah, 5: 67)

Ayat ini jelas menunjukkan jaminan kepada Rasulullah. Allah memerintahkan kepada Rasulullah supaya menyampaikan apa yang telah diturunkan. Dalam erti kata lain, ini adalah amanah dan tanggungjawab, jangan takut dengan manusia kerana Allah akan memelihara dan menjaga keselamatan Rasulullah. Itu ketika hidup Baginda.

Adapun selepas kewafatan Baginda pun, percayalah bahawa Allah terus memelihara Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Walaupun Baginda sudah wafat, dan Baginda berada di perkuburannya, tetapi keselamatan dan jagaan Allah berterusan ke atasnya. Namun dalam masa yang sama kita disuruh meminta dan berdoa ke atas keselamatan Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam agar Baginda terus dipelihara di kubur Baginda.

KISAH USAHA MENCURI JASAD RASULULLAH

Tercatat di dalam sejarah satu kisah yang berlaku di masa yang lampau, tentang dua orang yang telah datang ke Madinah. Seorang pemerintah pada satu malam telah bermimpi tiga kali berturut-turut berjumpa dengan Rasulullah, dan Rasulullah berkata, “Selamatkan aku daripada dua orang ini”. Di dalam mimpi itu Rasulullah menunjukkan dua orang tersebut dengan rupa parasnya.

Pemerintah itu terjaga dari mimpi dengan keadaan cemas. Di dalam mimpi itu Rasulullah memerintahkannya supaya menyelamatkan Baginda. Maka dia mengumpulkan hulubalang-hulubalangnya dan dia pun bergegas berangkat ke Madinah bersama hulubalang-hulubalangnya dan membawa bersama harta-harta daripada dinar dan dirham.

Apabila sampai di Madinah, untuk mengetahui apa maksud mimpinya itu, dia pun memanggil semua penduduk Madinah atas alasan hendak memberi hadiah ataupun derma. Maka setiap seorang yang datang dia memberikan wang derma. Selesai dia berjumpa dengan semua penduduk Madinah, dia bertanya kepada Gabenor Madinah, ada sesiapa yang tinggal? Gabenor menjawab, tidak ada kecuali dua orang yang tinggal berhampiran Masjid Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, mereka ini perantau yang baru datang ke Madinah, dan kelihatannya mereka ini adalah orang-orang yang saleh. Mereka kuat ibadah dan kuat bersedekah membantu orang-orang fakir dan miskin.

Pemerintah ini meminta agar dibawa berjumpa dengan dua orang ini. Lalu Gabenor Madinah membawanya ke rumah dua orang ini, dan apabila sampai, pemerintah itu terkejut melihat dua orang inilah yang dia nampak di dalam mimpinya. Pemerintah ini pun menyiasat, diselongkarnya rumah orang ini, dan apabila dia membuka alas lantai, dia mendapati di situ ada satu lubang. Dan apabila diselidik, rupanya dua orang itu telah menggali satu terowong menuju ke kubur Rasulullah.

Setelah disoal siasat dan dipukul maka akhirnya dua orang ini mengaku bahawa mereka adalah dua orang Nasrani yang telah diutuskan oleh Raja Nasrani untuk satu misi rahsia bertujuan untuk mencuri jasad Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam untuk dibawa ke negara mereka. Maka pemerintah ini memerintahkan supaya mereka dibunuh, dan kemudian beliau memerintahkan supaya di sekeliling kubur Bagindasallallahu ‘alaihi wasallam dibina pagar dan dinding logam yang tebal supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.

Maka begitulah sehingga ke hari ini kita dapat lihat di sekeliling kubur Nabi dari lantai sampailah ke atap ditutup semuanya. Itu di luar, di bawahnya lebih lagi dinding dan besinya supaya tidak berulang kisah seperti ini.

Ternyata bahawa Allah terus memelihara Baginda semasa Baginda hidup dan setelah kewafatan Baginda. Bukan sahaja dari apa juga gangguan luar, bahkan seperti mana di dalam hadis, bumi juga diharamkan (memakan/menghancurkan) jasad para Nabi, seperti mana sabda Rasulullah,

إِنَّ الله عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَى الأَرْضِ أَجْسَادَ الأَنْبِيَاءِ

“Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla mengharamkan atas bumi jasad-jasad para Nabi.” (Sahih. Riwayat Abu Dawud)

Ini menunjukkan bahawa jasad Baginda terus terpelihara. Tidak seperti Fir’aun. Fir’aun dipelihara, tetapi yang ada pada hari ini bukan Fir’aun. Fir’aun telah lama hancur, cuma dia dipelihara pada zamannya supaya kaum Nabi Musa dapat melihat Fir’aun dalam keadaan telah mati.


kalam tarbawi exco ceramah 1314.

6 December 2014

Malaikat Seribu Tangan


Pengisian pendek untuk kali ni,


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسـلم   


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda:


Ketika aku diperjalankan pada malam hari untuk mikraj ke langit, aku melihat ada Malaikat yang mempunyai seribu tangan dan setiap tangannya terdapat seribu jari jemari. Ketika dia sedang menghitung setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, aku bertanya kepadanya;


"Adakah kamu mengetahui jumlah titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah SWT menciptakan dunia ini?


Malaikat berkata;
"Ya Rasulullah, demi Allah SWT yang telah mengutuskanmu dengan membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku bukan sahaja mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi tetapi aku juga mengetahui secara terperinci berapa jumlah titisan hujan di lautan, di daratan, di bangunan, di perkebunan, di daratan yang bergaram, dan di perkuburan."


Rasulullah SAW bersabda kembali;
"Aku sangat kagum akan kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam perhitungan."


Malaikat berkata kembali;
"Ya Rasulullah, ketahuilah bahawa ada yang tidak sanggup aku hafal dan mengingatnya melalui perhitungan tangan dan jari jemariku ini."


Rasulullah SAW bertanya lagi;
"Perhitungan apakah itu?"


Malaikat menjawab;
"Aku tidak sanggup menghitung jumlah pahala selawat yang disampaikan oleh sekelompok umat-mu ketika nama-mu disebut di dalam suatu majlis."

au kama qal. (atau seperti yang diperkatakan)


Dalam menempuh mehnah dan tribulasi dunia akhir zaman, terbuka peluang luas untuk kita ummat Nabi Muhammad SAW untuk terus-menerus mencari pahala, untungnya kita.

Tapi sayang kan? Peluang terbuka luas tapi kita selalu tolak mentah-mentah peluang-peluang macam ni. Barangkali tengok drama KPOP atau pergi ke konsert lagi seronok; memang seronok.

seronok dunia,
tapi akhirat?

Sambil-menyambil dengar lagu Maher Zain atau One Direction atau Kattavandi atau Sungha Jung atau Big Bang atau UNIC atau apa-apa je la yang antum dengar, ambil seminit setiap kali dah rasa lama dengar tuh, dan berselawat sebentar, jangan sebarang selawat, hadirkan ruh sekali.

Moga jadi majlis ilmu kecil sebentar gitu,
wallahua'lam.

4 December 2014

Kopi atau Teh?


Jumaat 28/11/2017,

Alkisah, Kamal sedang on-board flightnya pulang ke Malaysia setelah bertahun-tahun menimba ilmu di United States, negara orang puteh tersohor tuh.

Maka dalam kapal terbang, seorang pramugara mendekatinya ketika waktu minum ringan tiba,

"Uhh sir, tea or coffee?"




Kamal termangu sebentar.
Kamal pun membuka mulut,

"Umm, tea or coffee?"
"Tea?"
"Coffee?"
"Coffeeee?"

Pramugara pun berkata,

"It's okay, you can make up your mind later, i'll come back after okay."

Kamal, "okay, thank you."

Dalam hati kecil Kamal, terucap rasa syukur kepada Allah, dan berterima kasih kepada pramugara tadi kerana telah mengingatkan dia akan sesuatu.

Bertahun dia dah meninggalkan Kolej Islam,
masih teringat suasana setiap
malam jumaat di sana.

Berbulan dia meninggalkan Usrah Illinois
dek menghadapi final exam hari tu,
masih teringat biah dalam usrah bagaimana.

Kamal flashback sebentar.

"Allahu sungguhku rindu akan biah tarbiyyah solehah itu."

Dari dalam poketnya dia mengeluarkan iPhone 6-nya, terus membuka apps Quran.com

Lalu terus pergi ke surah 'coffee' ataupun Kahfi tadi.

Coffee = Kahfi

Maka lihatlah dalam sekecil-kecil perkara pun Allah boleh mengingatkan hambanya untuk taqarrub akan diri mereka kepadanya.

Sesungguhnya Allah tak akan biar hamba yang sentiasa ingin dekat kepadanya, sesat begitu sahaja, malahan jalan sirotul mustaqim itu diperluaskan bagi hambanya itu.



"Akh, saya nak tanya sikit lah deh, apa lah sebenarnya function baca surah Al-Kahfi ni? dah buat differentiation banyak kali pun tak nampak gak jawapannya."

Banyak, sungguh kalau boleh, kau akan mengharapkan setiap hari itu adalah hari Jumaat semata nak meraih manfaatnya.

Antaranya?


Dipancarkan cahaya dari diri kau nanti waktu hari kiamat, pancaran tu dari kaki hingga ke langit.

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

Dosa kau akan diampun antara dua jumaat.

“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

"lagi?"

Diselamatkan dikau dari fitnah dajjal itu.

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

Imam Nawawi pernah berkata, 

“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu terdapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal.”

dan pada akhir surah al-Kahfi juga ada menyatakan,

“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)

dalam riwayat lain menyatakan,

Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda, 
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
(Hadis Riwayat Ahmad)



Maka untuk permudahkan amalan, baca je surah al-Kahfi secara menyeluruh, semua, kalau sempat tadabbur sekali.

"Akh, panjang boh nak baca ni, 110 ayat deh. macam mana nak habiskan?"

Baca sikit sikit tak apa, tak perlu nak straight walaupun itu lagi bagus. Kalau nak baca separuh malam ni separuh lagi esoknya boleh, nak baca separuh pagi esok, separuh lagi selepas solat Jumaat pun boleh, no hal lah.

FAQOLKONBK.
"Frequently Asked Questions Orang Lain Kepada Orang Nak Baca Kahfi."

1. "Kau ni hari lain baca satu hari 3 qul je, apahal malam Jumaat tiba-tiba nak semangat baca sampai satu surah 110 ayat pulak tuh?"

haa yang nih kes minta penampor, saja nak tarik balik mood kita yang tengah up tuh, maka jawabnya, kita sedang dalam proses tarbiyyah diri kita, maka kita buat amal slow slow, kalau buat drastik sangat, takut badan terkejut jasad terkejut ruh terkejut hati terkejut, last kali apa tak dapat.

Apa-apa pun baca je, manfaat tu konfem ada, insyaAllah!

Nak cerita pasal Dajjal, preparation Yahudi akan dajjal, insyaAllah coming nanti, hari kemudian deh.

Buat masa ni, hadam yang ni dulu,
Moga Allah Redha, moga dalam peliharaan Dia.

1 December 2014

tak tenang.


sedangkan dah buat amal,

masih tak tenang, sedangkan dah berzikir,
masih tak tenang, sedangkan dah baca quran,
masih tak tenang, sebab buat maksiat.

ohh, itu rupanya masalah aku.




masih tak tenang, sebab jarak hati dengan majlis ilmu berkilo-kilometer,
masih tak tenang, sebab jarak otak dengan tanah (sujud) jauh sangat,
masih tak tenang, sebab jarak tangan dengan bersedekah jauh sangat,
masih tak tenang, sebab jarak kaki ke surau wal masjid jauh sangat,
masih tak tenang, sebab jarak lidah dengan mengumpat dekat sangat,
masih tak tenang, sebab jarak telinga dengan lagu lagho kosong meter,

makanya begitu juga dengan anggota lain,
sama je,

baru berapa minggu dekat rumah,
baru berapa minggu hadam nikmat cuti,
tapi kau ingat cuti sekian lama ni musim qada' hiburan ke?

tak salah pun berhibur, nyatanya bahawa ia satu fitrah manusia,
sedangkan Rasulullah pun berhibur, takkan kita nak nafikan fitrah pula kan?

ana tak nak sentuh jauh, apa yang dekat dengan kita yang perlu kita baiki,
perkara kecil yang membawa kepada perkara besar,
hari ini main balas-balas surat, esok kapel, lusa zina, begitu perumpaannya.

"rileks akh, tak rasa macam over sangat ke sampai zina lusa?"

cuma hiperbola nak menggambarkan betapa dekatnya suatu perkara kecil itu boleh membawa kepada perkara besar yang boleh membawa fasad, yang menimbulkan fitan, bahaya.

Ini merupakan taktik iblis dalam merosakkan umat Islam, iblis ni dia tidak dan tidak akan berputus asa untuk merosakkan kita umat Islam, kenapa? sebab dia dah berjanji secara face to face dengan Allah yang dia akan usaha sehabis-habisan, dia akan cuba dengan segala apa cara yang halal atau haram baginya semata-mata untuk menyesatkan kita.

lain hari kita kupas pasal iblis dan konco-konconya.

ceritanya, kita dah terlalu leka.

arakian cuti ini seolah jadi wasilah nak qada' segala masa yang kita bernafas dalam bumi tarbiyyah.

kenapa eh?

"tarbiyyah tak function."

atau tarbiyyah tak difunction-kan? oleh siapa?
kau sendiri.
tak perlu nak tuding jauh, diri sendiri ni kan ada.

barangkali kau pandang serong dekat pembawaan yang dianggap tradisi, namun ia bukan.
ia adalah fitrah, manusia yang berakal memang dan sememangnya juga sepatutnya inginkan tarbiyyah,

kenapa kau tidak mahu pula?

aduhai kau cuma leka,
ada tangan berapi yang sedang sumbat telinga kau dengan tutup mata kau,
syaitan nama dia, moga depa ni kena rejam seazabnya hari akhirat nanti,



hati-hati, ana tahu memang sukar,
obviously susah.

misal kata, abang kita belajar overseas sampai 5 tahun,
kemudian dia balik maybe dalam sebulan sekejap,
of course dan semestinya kita akan qada' rasa rindu kat dia dengan sepenuhnya, full-time
kalau cuti hujung minggu memang apply untuk balik rumah dari hostel semata nak jumpa abang,
kan?

tapi kadang kadang kan,
kita perlu berkorban tau teman,

tak nampak motif kalau hirup nafas biah solehah,
tapi bila bernafas dalam dunia sebenar,

sikit sikit chatting dengan kaum tak sejenis,
sikit sikit stalking kat instagram, facebook segala,
sikit sikit mention berjela-jela sampai puluh puluh replies kat twitter,

yang ni ana nak sentuh sikit,

memang perlu, sangat perlu untuk merendahkan diri,
tapi bila qasad dah lari, motif pun jadi lari,
dan pahala boleh bertukar dosa lambat laun,

jika orang puji, cukup dengan kata,

 "Hadza min fadli rabbi" 

atau maknanya "ini adalah kurniaan dari Tuhanku"

tak perlu nak "eh mana ada, kau lagi pandai."

kemudian, "eh aku ni bodoh (maap) je"

kemudian lagi, "biasa je lah, kau pandai lagi"

sedar-sedar berjela dah 20 replies, sedar sedar dah berpuluh comments sampai kena 'view more comments' dah la dengan kaum yang tak sejenis (gender berbeza), boleh timbulkan fitnah satu,

kedua, tak mustahil salah satu akan diketuk dengan perasaan suka,

"eh, tawaddhu' nya dia ni, ini rupanya tulang rusuk kiri aku." kata joyah yang baru berumur 16 tahun.



minta sangat, ana cuma wakil,
bukan mewakili Badan Dakwah dan Rohani KISAS je,
tapi ana merupakan wakil dari perjuangan Rasulullah yang semestinya menekankan konsep batasan pergaulan dalam Islam tu.

minta banyak banyak, betulkan apa yang dah biasa sangat lakukan tu,
ubah paradigma ke arah siratul mustaqim,
maka hasilnya insyaAllah siratul mustaqim juga,

ana tak kata diri ana maksum, barangkali mesti ada dari pihak kami juga yang kadang tersasar dari medan tarbiyyah, dari hadaf dakwah sebenar, tapi itu tugas antum pula untuk ketuk kami,

kita sama-sama menggamel (mengetuk) hati sama-sama agar sama-sama mengorak langkah, membuka ruang untuk menerjah syurga.

sama-sama kita menjadi harapan bangsa.
sebab kita adalah bukti tinggi rendahnya Islam di bumi watan ini.

moga Allah redha.
wallahua'lam

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung