Showing posts with label Daripada Kami Untuk Semua. Show all posts
Showing posts with label Daripada Kami Untuk Semua. Show all posts

12 December 2011

Islam Itu Akan Kembali Asing ; Antara Syadid dan Ketegasan~

BismillahirRahmanirRahim~

Terkenang suatu ketika,seorang sahabat mengadu tentang masalahnya,

"Ana tak larat la nak dengar komen orang...Diorang kata ana syadiid"


"Apa yang enta buat??"


"Ana cuma tegur jangan la selalu sangat nyanyi lagu lagha dan jangan la ketawa kuat-kuat sangat, hati mati nanti..Diorang cebik muka lepas tu bila ana keluar dari bilik dengar diorang macam ejek-ejek ana"


"Enta rasa enta syadiid?"

"Ana pun tak tahu la..Kekadang ana rasa jugak yang ana ni tak open minded orangnya..dan ramai orang tak suka ana dengan cara ana macam ni"

"Hmm...Enta rasa enta perlu ubah perangai enta??"

"(mengeluh) huu..Entahlah (--') "

Perbualan kami terhenti di situ sahaja...Penulis pun tidak tahu hendak memberi jawapan.. Terkadang terfikir juga adakah matlamat kita berdakwah sudah betul cuma caranya salah... Atau memang si mad'u jenis keras kepala...Atau ego kedua-duanya menyebabkan timbul prasangka antara da'ie dan mad'u??Penulis membiarkan persoalan itu tergantung antara kami berdua...Sekarang penulis ingin kongsikan jawapan terhadap soalan itu bersama anda :)


APA ITU SYADID?

Secara umumnya kalimah syadid merupakan salah satu daripada kalimah-kalimah arab yang dimelayukan,ianya dapat diertikan sebagai BERSANGATAN..Atau dalam bahasa REMAJA sekarang ni maksudnya 'OVERLAH'...


Apa tindakan yang orang sering tafsirkan anda ni 'SYADIID LA' ??


-Bila anda mula tegur kesalahan yang orang anggap remeh..Contohnya apa??

"Jangan bising,jangan nyanyi lagu lagha,jangan baca KREKO dll.(sebab tak bermanfaat), Jangan tengok bola (sebab pemain pakai seluar pendek,aurat kan tu) dll."

-Bila semasa bersembang anda tegur kawan 'kalau nak sembang lagha kita stop jer la,lebih baek zikir'

-Bila anda tak bercakap dengan yang berlainan jantina (muslimin-muslimat,muslimat-muslimin) dengan anda..Disuruh pun tak mahu kecuali kalau memang betul-betul perlu..

-Bila anda marah sahabat anda yang mencarut/berbahasa kesat di hadapan anda

-Bila anda jalan asyik tunduk aje takut terpandang sahabat yang berlainan jantina

-Bila anda bercakap dengan yang berlainan jantina anda tak tengok langsung muka dia..Tengok depan,tunduk atau pusing ke tepi =='

-Bila anda tak layan langsung sahabat anda yang berlainan jantina yang nak chat/sms dengan anda perkara-perkara yang anda rasa tak penting untuk dia berhubung dengan anda

Itu antara contoh-contoh syadiid mengikut kajian yang dilakukan di sekolah..Di luar sekolah tak senari lagi :)

Jadi apa yang nak buat kalau anda termasuk dalam golongan tu??Atau anda menghukum golongan seperti ini adalah SYADiiD??

SYADIID,MENOLAK PENGHARMONIAN USLUB DAKWAH??


Suatu ketika Imam Hassan Al-Banna di usia remaja,beliau pernah melakukan kesilapan dalam metodologi dakwahnya.Diringkaskan semasa mengaji di Madrasah Darul Ulum,beliau pernah dipanggil oleh Jabatan Pelajaran di mana ketika itu sedang melakukan lawatan di madrasahnya.

Imam Hassan Al-Banna dimarahi kerana berpakaian jubah dan juga serban.Sedang ketika itu, pelajarnya memakai tarbus dan juga berseluar.Beliau tetap bertegas dengan pendiriannya kerana mengamalkan sunnah nabi.Sampai dilihat ketika itu,hampir berkelagi antara mereka keduanya.Kemudian berlaku juga perkara yang sama sewaktu majlis konvokesyen.Akhirnya, beliau akur dengan nasihat pengetua yang merupakan guru yang sangat dihormati pada ketika itu.

SYADIID DALAM IKHTILAT ;


Sabda Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadith : "...Hendaklah engkau berhati-hati dengan dunia dan wanita,maka sesungguhnya fitnah yang pertama datang dari wanita Bani Israel"(Al-Hadith)

Pabila berbicara bab ikhtilat,pasti ramai yang memberi pendapat kita tidak perlu terlalu syadiid mengikut tafsiran masing-masing...Tidak mengapa,lain orang lain persepsinya.. Namun jika dilihat dari sirah nabawiyah,

Ketikamana Rasulullah S.A.W. keluar dengan isterinya Safiyyah di padang pasir yang gelap gelita apabila ada sahabat yang perasan bila Rasulullah berjalan dengan seorang wanita di padang pasir (walaupun mustahil untuk seorang nabi melakukan maksiat),Nabi tetap membuat penjelasan untuk elakkan fitnah itu. Sabda bagina kemudian ;


"Wahai sahabat-sahabatku,boleh jadi pada waktu ini kamu sudah mengagak aku berjalan bersama isteriku walaupun kamu tidak nampak.Boleh jadi juga syaitan membolak-balikkan hati kamu agar kamu buruk sangka ke atas aku..Maka ketahuilah bahawa bersama aku adalah isteriku Safiyyah"


KONKLUSINYA


Dalam berdakwah,uslub perlu digunakan secara bijaksana...Keindahan Islam itu lebih terkesan apabila ditunjukkan dengan akhlak dan tindakan,berbanding dengan pakaian...Kerna Islam bukan hanya pada serban dan jubah sahaja..Tetapi lebih mementingkan nilai murni dan budi bahasa sesama manusia..


Jangan kerna sikap kita yang mempertahankan pakaian sunnah menyebabkan sunnah yang lebih besar iaitu BERBUDI BAHASA DAN BERTOLERANSI sesama manusia kita tinggalkan..Impaknya orang akan menjauhi Islam dan menganggap Islam adalah agama yang susah dan menyeksa penganutnya...


'Ibrah daripada kisah Imam Hassan Al-Banna membuatkan beliau memahami bahawa Islam bukan hanya terzahir pada perbuatan tetapi lebih kepada perlakuan..Dan al-hasil beliau menjadi tokoh dakwah yang hebat apabila beliau sendiri pergi ke warung-warung makan untuk berdakwah..


Dalam bab ikhtilat pula perlulah fleksibel dan bijak menggunakan 'kesyadiidan' anda..Kerna memang tidak dapat dinafikan dalam dunia sekarang fitnah lelaki dan perempuan terbuka luas.. Contohnya [boleh saja anda difitnah anda bercouple dengan anak pengetua sekolah anda, sedangkan anda cuma chat dengan dia di facebook]..Maka perlulah kita bijak mengaplikasikan komunikasi kita dengan yang bukan mahram ...


Apabila perlu melakukan tugasan dengan yang bukan mahram maka bertindak secara profesional...Jangan sampai anda tak mahu berjumpa dengannya atau tidak mahu bercakap atau semasa bercakap anda tidak hiraukan responnya (contohnya anda buat macam dia 'tak wujud').. Tidak perlu begitu...Cukuplah anda bertindak seperti dia rakan sekerja anda...Buat tugasan biar bersama-sama...Tetapi jangan pula anda mengambil kesempatan itu untuk selalu bersama dengannya sehingga timbul fitnah pula...


Dalam bab pergaulan harian pula cukuplah anda berjumpa dengan yang bukan mahram atas dasar perkara-perkara yang perlu dan penting sahaja..Cuba sedaya-upaya elakkan fitnah terhadap diri anda dan dia...Suka ke kalau difitnah anda couple???Padahal niat suci murni anda cuma nak sampaikan sedikit maklumat kepadanya,tapi tindakan anda yang tergedik-gedik membuatkan orang lain berpersepsi begitu...Matlamat menjaga pergaulan supaya tidak terjadilah fitnah seperti couple,berdua-duaan,khalwat,buat maksiat dan sebagainya...

Yang penting,biarlah apa yang orang kata,anda perlu yakin yang setiap orang tidak terlepas daripada kejahatan lidah manusia...Tegas menyatakan pendirian anda melalui tindakan,namun jangan pula cara dakwah anda menyebabkan fitnah terhadap diri anda dan agama pula...


Syadiid biar bertempat,bezakan situasi anda antara realiti dan fantasi,jangan kerana syadiid menyebabkan ia menyusahkan anda melakukan gerak kerja... Dan ingat, setiap yang berada di jalan dakwah itu penuh cabaran dan tribulasinya,maka jangan sesekali beputus asa...


"بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء"



"Islam itu bermula secara asing,dan akan kembali dalam keadaan yang asing (dipandang pelik dan tidak lagi diamalkan sepenuhnya) .maka beruntunglah orang-orang yang asing"




Wallahu'alam~


RUJUKAN : Blog FullTimeMuslim




27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

~Motivasi Maal Hijrah 1433~

Letih. ...
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa. ....

Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk. ......

Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih. ......

Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa. .....
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?


Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

"Kita sudah ada orang yang nak angguk,kita sudah ada orang yang nak geleng,kita cuma perlukan orang yang nak melakukan apa yang diangguk,mencegah apa yang digeleng"-Prof.Dr.Zulkifli Mohammad

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
(At-Taubah:111)

31 May 2011

Risalah Untuk Penggerak Dakwah


Assalamualaikum w.b.

Kali ini penulis ingin membawa satu kisah yang sememangnya sudah biasa didengari kerana bagi sesiapa yang membaca mana-mana buku sirah Rasulullah S.A.W. maka dia akan dapati kisah ini di dalamnya. Namun begitu, tidak ramai dalam kalangan kita, terutamanya para dai'e mengambil iktibar dari kisah dan nasihat ikon teladan Rasulullah SAW dalam kisah ini, apatah lagi bagi orang yang tidak pernah tahu pun tentang peristiwa ini.

Suatu ketika sebelum hijrah, seperti kebiasaan, Rasulullah akan berehat sebentar setelah selesai solat di kaabah, Masjidil Haram. Tiba-tiba, baginda didatangi oleh seorang sahabat, Khabab bin A'rat. Khabab merupakan salah seorang daripada kalangan sahabat baginda yang teruk menerima seksaan daripada puak musyrikin Quraisy selain Bilal bin Rabah dan keluarga Amar bin Yaser. Beliau sebelum ini bekerja sebagai tukang besi yang membuat senjata di Mekah. Tapi, setelah memeluk Islam, senjatanya sendiri digunakan Musyrikin Quraisy untuk menyeksanya. Dipukul dengan besi panas atau dililit dengan rantai besi yang masih merah membara adalah seksaan biasa selagi mana beliau tidak meninggalkan agama Islam. Pernah suatu ketika beliau "dipanggang" oleh Musyrikin Quraisy sehingga diriwayatkan bara api yang membakarnya terpadam akibat lemak-lemaknya yang cair. Subhanallah..

Ketika Khabab menemui Rasulullah SAW, beliau bertanya kepada baginda mengapa baginda tidak mendoakan kemenangan kepada umat Islam? Mengapa mereka harus menerima seksaan yang begitu pedih daripada musyrikin Quraisy? Sedangkan baginda adalah kekasih Allah Taala, amat mudah bagi Allah Taala untuk memakbulkannya. Kemudian, baginda Rasulullah SAW menjawab, "Kaum sebelum kita ada yang kena tanam dalam tanah hingga ke pinggang, kemudian dia digergaji dari kepala sehingga terbelah dua. Namun mereka masih tetap mentauhidkan Allah Taala. Tetapi kita, hanyalah kaum yang tergesa-gesa".

Nasihat dan motivasi ini secara khususnya memang ditujukan kepada Khabab bin A'rat, tetapi secara umumnya ditujukan kepada seluruh umat Islam sepanjang zaman. Kita sebagai penggerak dakwah seharusnya memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi kerenah dan cabaran dakwah sama ada daripada mad'u, musuh yang membenci dakwah mahupun kerenah sahabat yang sama-sama berjuang di pihak kita. Apa yang penulis boleh highlightkan di sini mengenai perkataan "tergesa-gesa" yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW ialah:

1. Bersabar dengan apa jua cabaran dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah. Cabaran yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis cabaran sama ada kerenah mad'u, musuh yang membenci dakwah dan tarbiyah, kerenah sahabat sendiri yang mana sama-sama berjuang di pihak kita ataupun masalah yang timbul dari dalam diri kita sendiri.

2. Berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Dai'e perlu tenang dan berfikir dengan matang untuk melakukan apa-apa tindakan dalam proses dakwah dan tarbiyah. Dai'e tidak boleh cepat melatah dan membuta tuli membuat tindakan tanpa memikirkan pro kontra yang akan timbul selepas itu. To do something big we have to think big. Dakwah dan tarbiyah ialah satu perkara yang besear dan memerlukan jangka masa panjang. Sebab itu perjalanan dakwah dan tarbiyah wajib memiliki perancangan yang rapi, strategi yang mantap, dan matlamat yang jelas.

Penulis juga masih mentah dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah dan masih lagi memerlukan banyak bimbingan dan bantuan daripada dai'e-dai'e yang mursyid dan lebih senior dalam perkara ini. Penulis hanya nasihatkan agar sahabat-sahabat yang berada di atas jalan yang sama agar matang dalam dakwah dan tarbiyah dan jangan cepat melatah dalam bertindak.

Wallahua'lam.

26 February 2011

Tarbiyah: Antara Kepelbagaian dan Kesatuan


Assalamualaikum w.b.
Salam Tarbiyah 1432.

Setelah sekian lama penulis tidak "berceloteh" dalam laman ini, terasa amat banyak perkara dan pengalaman yang ingin dikongsi. Berkenaan kemasukan adik-adik Tingkatan 4 baru-baru ini, penulis selaku salah seorang warga Kolej Islam amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan adik-adik. Moga-moga Generasi 57 kali ini dapat meneruskan tradisi kejayaan Kolej Islam dalam melahirkan "ikon-ikon" hebat Mukmin Profesional yang mampu membimbing masyarakat masa kini.

Teringat penulis kepada Firman Allah SWT:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujurat, 13)

Bersempena keunikan Kolej Islam yang pelajar malah gurunya yang berasal dari pelbagai jenis negeri. Maka tidak hairanlah masing-masing memiliki loghat dan sikap yang tersendiri. Namun, kehebatan tarbiyah dan biah (suasana) Kolej Islam serta bantuan dan keberkatan Allah Taala, maka masyarakat Kolej Islam mampu bersatu dan bekejasama atas dasar Iman dan Taqwa kepada Allah Taala. Syaratnya, setiap individu haruslah kembali kepada seruan Allah Taala supaya merendahkan ego dan melapangkan dada dalam berkenal-kenalan dan bekerjasama dengan mengenepikan perbezaan fizikal dan material, tetapi bersatu atas dasar Iman dan Islam.

Inilah kekuatan sebenar umat Islam seperti mana pada zaman Rasulullah SAW, ketika mana baginda berusaha menyatukan puak A'us dan Khazraj yang berperang dan bergaduh selama ratusan tahun. Baginda melihat bahawa tiada kekuatan lain melainkan perpaduan walaupun mereka terdiri daripada puak, bangsa dan keturunan yang berbeza. Pernah suatu ketika seorang Yahudi mencetuskan huru-hara ketika mana dia hasad dengki melihat A'us dan Khazraj yang sudah akrab setelah kedatangan Rasulullah SAW. Beliau telah mengingatkan kembali peristiwa Bu'ats yakni peperangan antara A'us dan Khazraj yang pernah berlaku semasa jahiliyah dahulu. Kemudian mereka mula kembali bertengkar dan ada riwayat menceritakan bahawa terdapat salah seorang dari mereka mula lompat ke atas meja dan meninggikan suara dalam mempetahankan puak mereka. Setelah baginda mendapat tahu, baginda terus menegur mereka dan mereka mula tunduk malu dan menyesal. Turunlah firman Allah Taala:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(Ali Imran, 103)

Tradisi Kolej Islam yang sentiasa berpegang teguh dan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam apa jua aktiviti harian, menjadikan Kolej Islam terus diberkati malah sentiasa mendapat campur tangan Allah (bantuan Allah) dalam menghadapi apa jua bencana. Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) amat menitik beratkan kesatuan dalam masyarakat Kolej Islam terutamanya dalam kalangan pelajar supaya kekuatan dan keberkatan Bumi Waqafan terus berkekalan. BADAR juga menyedari bahawa tiada kesatuan yang lebih hebat melainkan kesatuan dalam menegakkan Iman. Antara pendekatan yang diambil adalah dengan meneruskan tradisi ilmu melalui institusi usrah, tazkirah, kuliah maghrib, risalah dan sebagainya. Selain itu, setiap individu haruslah menyedari bahawa kita kita sebagai hamba Allah Taala wajib merasai persamaan antara kita dan tiada mana-mana pihak yang darjatnya lebih tinggi menyebabkan meraka merasakan diri mereka lebih hebat dari yang lain. Ingatan dari Allah SWT:
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisa, 1)

Ingatlah bahawa walau apa pun diri kita sekarang kita hanya bermula dari satu dan sememangnya tiada perbezaan antara kita selagi mana kita terikat dengan kalimah Taqwa. Selari dengan Allah Taala Tuhan yang mana langit dan bumi di tanganNya, warga Kolej Islam perlu berganding bahu membina kesatuan antara kita bagi menjayakan gagasan yang dibawa sendiri oleh Allah Taala dan Rasulnya.

Penulis amat mengharapkan agar kita mampu meleburkan keegoan dan semangat kenegerian antara kita bagi melaksanakan gagasan ini. Semoga keberkatan dan bantuan Allah sentiasa bersama Kolej Islam dalam apa jua keadaan dan berterusan dari generasi ke generasi, insyaAllah.. Sekali penulis ingin mengucapkan Selamat Datang, Ahlan Wa Sahlan kepada adik-adik baru Kolej Islam yang kini sudah hampir 3 minggu berada di Kolej Islam. Untuk makluman semua, kita juga sedang menanti kedatangan pelajar Ambilan Kedua yang akan berdaftar Isnin ini, 28 Feb 2011. "Kedatanganmu Dirai, Kehebatanmu Dinanti".

Wallahua'lam..
Khairul Azry bin Khir Kamalian
Presiden
Badan Dakwah dan Rohani 2010/2011
Kolej Islam Sultan Alam Shah SBT

2 October 2009

7 September 2009

Program Solat Sunat sempena Ramadhan






Pada 5 September lalu, pihak pentadbiran KISAS Kluster dengan kerjasama BADAR telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah program solat sunat. Program ini dijalankan di Musolla Puteri. Program ini dimulakan dengan tadarus al-Quran diikuti tazkirah ringkas yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Hj. Abdullah Jusoh, Pengetua KISAS Kluster. Beliau kemudiannya mengimamkan solat Taubat, Dhuha, Tasbih dan Hajat. Diharapkan program ini dapat memupuk semangat seluruh warga KISAS untuk melipatkaligandakan amalan di bulan Ramadhan.

Candid Ramadhan #2



Nama pengirim : Muhamad Najmeen bin Mohd Nasir
Tingkatan 406
Thariqian

Candid Ramadhan #1



Pengirim : ???
Tingkatan 405
Omarian

Bersempena Ramadhan kali ini, BADAR akan menganjurkan pertandingan "Candid Ramadhan". Ia terbuka kepada semua pelajar KISAS. Gambar-gambar yang terpilih akan dimuatkan dalam blog BADAR berserta nama pengirim. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita. Ramadhan Kareem!!!

Sekitar Kem Penyelarasan Usrah




























































































Alhamdulillah, pada 4-6 September yang lalu, sahabat-sahabat Tingkatan 6 Rendah dibawah kelolaan BADAR telah menganjurkan Kem Penyelarasan Usrah untuk adik-adik Tingkatan 4. Objektif kem ini adalah untuk menyelaraskan pemahaman usrah Tingkatan 4 berdasarkan buku silibus usrah KISAS, Bingkisan Daie Waqafan. Gambar-gambar yang diupload ini adalah sekadar untuk tatapan umum. Untuk mendapatkan koleksi penuh gambar KPU, boleh berjumpa dengan Pengarah Program (Muslimin) dan Timbalan Pengarah Program (Muslimat)

25 August 2009

KPI the Comic



p/s : Harap maaf, semua gambar ceramah (Ust Syaari dan lain2) x dapat dicari, mungkin dah terdelete. Klik utk besarkan gambar.

8 June 2009

Rintihan Kalbu-Soutul Mujahideen

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abid
Kepada Allah, Allahurabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang diangkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indah, indahnya, Oh…indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu

Mungkin abang-abang Soutul Mujahideen 90-an ingat lagi lagu ini. Kepada sahabat-sahabat KI, Sama-sama hayati liriknya. Moga-moga tercuit rasa dalam hati kita untuk terus menjaga tarbiyyah dan biah solehah di Bumi Waqafan dan terus istiqamah mengamalkan Islam secara kaffah walaupun telah meninggalkan KISAS. Di sini ana telah muatnaik lagu Rintihan Kalbu dan juga zikir Al-Akh Hakimi Mat Salim (Zouq : Satu Terapi) yang dirakamkan sebelum beliau ke Mesir (maafla abg Kimi! X de bayaran royalty n_n). Klik di tajuk lagu untuk muatturun

1.Rintihan Kalbu
2.Zouq : Satu Terapi

Muhamad Syafiq Shahmi bin Md. Yusof
Biro Kesenian
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah

10 May 2009

Selamat Hari Guru


Gambar Kursus Pengurusan Jenazah 2009









* Terima kasih kepada Al-Akh Fariz Syinon (slot mandi jenazah) dan Al-Akh Amirul Rizwan (slot kafan) kerana sudi menjadi "model jenazah". Terima kasih juga diucapkan kepada Imam Shakir (Imam Masjid Diraja Sultan Sulaiman), Pihak Pentadbiran KISAS Kluster, Ustazah Nek Hazifah binti Nek Hassan (Ketua Guru Penasihat BADAR), Ustaz Md. Noor (Guru Penasihat Biro Musolla dan Pembangunan Insan,BADAR), Ustazah Rodziah (Warden KISAS) dan sahabat-sahabat Muslimin dan Muslimat Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 kerana sudi memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung