29 April 2009

ELAKKAN HARAPAN MEMILIKI HIDUP SEHEBAT HARRY POTTER, CONTOHI PRINSIP KETEKUNAN HERMIONE

“ Mud-blood!! ” Herdik seorang rakan kepada Hermione.

Kecik hati Hermione sambil menangis teresak-esak ketika salah seorang rakan sekolahnya di Hogwarts mempertikaikan keturunannya yang bergelar mud-blood kerana ibu bapanya bukan keturunan ahli sihir dan langsung tidak terkenal jika dibandingkan dengan Harry atau Draco yang memiliki ibu bapa yang hebat dalam dunia sihir.

Jika dilihat secara overall, Harry Potter amat terkenal kerana peristiwa ayahnya yang dibunuh bersama ibunya oleh Lord Voldermort, ahli sihir jahat yang paling ditakuti di dunia sihir semasa beliau masih kecil. Sebelum peristiwa pembunuhan itu, ibunya sempat mengenakan sihir pelindung kepada Harry yang akhirnya memusnahkan Lord Voldermort. Kejadian itu amat dikagumi masyarakat dunia sihir walaupun ia telah berlaku belasan tahun yang lalu. Harry diangkat dan dihormati kerana kehebatan keturunannya. Masyarakat setempat juga menyanjungi Harry dan menganggap beliau juga akan menjadi ahli sihir yang hebat semata-mata kerana kehebatan ibu bapanya.


Hernione dan Ron pula dipandang hina oleh rakan-rakan di sekolah disebabkan oleh keturunan mereka. Walaupun Ron berasal dari keluarga ahli sihir, tapi keluarganya miskin dan hidup serba sederhana. Sementara Hermione pula berasal dari keturunan mud-blood iaitu bukan dari keluarga ahli sihir dan golongan mud-blood ini dipandang rendah oleh masyarakat dunia sihir.

Namun begitu, Hermione langsung tidak membiarkan gelaran keturunannya menjadi penghalang kejayaan yang diburu beliau. Beliau sentiasa berusaha dengan tekun untuk mempelajari pelbagai jenis sihir dan menjadi ahli sihir yang hebat walau apa jua cabaran yang mendatang. Akhirnya, ketekunan beliau yang berterusan dan tidak berputus asa membuahkan hasil apabila beliau sendiri banyak membantu Harry yang disanjung-sanjung dalam liku-liku hidup melawan musuh dan nyata sekali Harry juga amat memerlukan beliau ketika menghadapi kesusahan.

Teringat penulis kepada kata-kata Aristotle yang berbunyi:

“Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya”

Di sini penulis dapat simpulkan bahawa keturunan bukan faktor utama ketinggian darjat atau penentu kejayaan seseorang, tetapi usaha dan tawakal yang berterusan dan bersungguh-sungguh sahaja yang mampu mendorong kejayaan masa depan individu tersebut dengan keizinan Allah S.W.T. InsyaAllah. Ketekunan Hermione menafikan segala tohmahan masyarakat yang menganggapnya hina apabila beliau akhirnya menjadi ahli sihir yang hebat dan menjadi kunci utama kejayaan Harry.

Apa yang ingin penulis nyatakan di sini bukan untuk menentang mereka yang berketurunaan baik, tetapi untuk memberi amaran supaya berjaga-jaga dan memberi semangat kepada mereka yang sebaliknya. Tidak dapat dinafikan, Rasulullah S.A.W. juga berasal dari keluarga yang mulia dan dihormati, tetapi itu tidak menyebabkan baginda sombong dan lupa diri, malah baginda lebih berjaga-jaga dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.

Sebagai pelajar juga, kita seharusnya sentiasa bersungguh-sungguh menuntut ilmu mencapai kejayaan dan janganlah kita leka dengan kejayaan ibu bapa kita yang mungkin lepasan universiti di peringkat master atau phD. Berasal dari keturunan bangsawan tidak menjamin kejayaan seseorang, malah dia juga perlu berusaha keras seperti mana keturunannya dulu. Sebagai peringatan, ingin penulis menegaskan bahawa janganlah terlalu berharap dengan kehebatan keturunan, tetapi “mind set”kan dalam minda untuk mencipta nama sendiri dan biarkan orang yang berbangga dengan nama kita, bukan kita yang berbangga dengan nama orang lain.

Terkenang sedutan syair Arab yang berbunyi:

“Bukan dikatakan seorang pemuda yang mengatakan ini adalah kejayaan ayahku, ini adalah kejayaan datukku. Tetapi seorang pemuda ialah orang yang mengatakan ini adalah aku.”

KHAIRUL AZRY BIN KHIR KAMALIAN
EXCO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

26 April 2009

Blog Ustaz Lah Hassan...

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...



Untuk blog entry kali ini, pihak BADAR ingin mempromosikan blog PK HEM kesayangan KISAS, Ustaz Abdullah Hassan. Harapnya, para pelajar dapat manfaat dari blog ini. Klik di gambar untuk ke blog

Ustaz Abdullah dan isterinya, Ustazah Nik Mahizan

5 April 2009

Kembali ke KISAS : Talk On Bi'ah Solehah (KPTI Badar 2009)-credit to Ust. Syaari

Adik-adikku,

Kalian memikul 3 harapan serentak, satu dari ibu bapa, kedua dari guru dan satu dari pelopor penubuhan Kolej Islam.

Dari ibu ayah, pastinya setiap mereka punyai expectation tinggi kepada adik-adik kerana memilih Kolej Islam selepas PMR buat adik-adik adalah kerana mereka merasakan 15 tahun membesarkan adik-adik sehingga cemerlang dalam PMR, maka di tempat inilah medan terbaik adik-adik menerima latihan seterusnya untuk terus berjasa dengan ibu ayah. Betapa ramai cemerlang di PMR namun tewas dan tumpas di SPM lantaran tersilap membuat pilihan sekolah dan lantas pengaruh kawan menghancurkan masa depan.



Di Kolej ini juga kalian memikul harapan dan kasih sayang guru-gurunya. Guru-guru di KI bukan sekadar 1st class degree, namun mereka berjiwa murabbi dan sangat kasihkan kalian. Lihatlah Ustazah Nik Hazifah sendiri, cukup hebat "dream" beliau mahu melihat kembali kukuhnya pengaruh tarbiyah Badar di KISAS dan bersatunya Badar dan LKP dalam misi melahirkan world-class leader dari KISAS sebagaimana Visi Sekolah Cluster KISAS itu sendiri. Beliau sanggup berkorban wang dan tenaga demi melihat kejayaan kem-kem kepimpinan dan kem-kem tarbiyah seperti KPTI. Cuba sebut kepada saya ada tidak di sekolah lain guru-guru yang sekental Ustazah Nik Hazifah ini, yang juga punyai suami dan anak-anak, namun kalian menjadi keutamaannya.


Dan di kolej ini kalian memikul harapan besar dari pelopor penubuhannya, seorang negarawan Islam terkemuka yang pidatonya di Parlimen menggerunkan kawan dan lawan dari Parti Perikatan pada masa itu, inilah politikus muda yang membicarakan soal Kolej Islam mestilah melahirkan "pemimpin", bukan pengikut, pemimpin yang mantap penguasaan syariatik dan saintifiknya, kerana itulah keperluan masa depan perjuangan Islam di Malaysia, dan Almarhum sememangnya seorang yang dikenali pemikir Islam 10 tahun ke hadapan berbanding zamannya.


Kolej ini akan menjadi sebagai satu benih yang akan menghasilkan buah di masa hadapan untuk bangsa Islam negeri ini, dan seterusnya untuk keamanan dunia seluruhnya. Di Kolej inilah terletaknya tinggi rendah, baik buruknya dan mundur majunya agama Islam kita yang maha suci ini.” (Prof Zulkifli Muhammad, Utusan Melayu, 25 Feb 1955)


Kalian bertuah kerana terpilih ke Kolej Islam. Siapa tahu adik-adik, mungkin inilah benteng terakhir tarbiyah sekolah yang masih bertahan dan kukuh di Malaysia ini, dan sistem pendidikan informal bernama "tarbiyah" yang berpusat di asrama inilah mungkin rahsia KISAS dahulu sangat luarbiasa kecemerlangannya. Wujud bi'ah solehah (ranting dan buah kepada pohon Islam di KISAS) adalah datang selepas wujud terlebih dahulu benih yang sihat dan akar tunjang yang kukuh di kolej ini yang bernama tarbiyah.





Terima kasih buat isteriku, untuk kali ke seterusnya bukan sekadar teman perjalanan, bahkan an effective brainstormer, ice-breaker dan orator on this topic.




Kepada adik-adik Tingkatan Empat KISAS yang ada sebarang persoalan sekitar Bi'ah Solehah yang telah dikupaskan secara syariatik dan saintifik oleh saya, boleh utarakan dalam komen kepada posting ini.



Semoga pertemuan kita baru-baru ini adalah satu permulaan.

Gambar Ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul


Timbalan Presiden BADAR, Al-Akh Mohamad Razif dan Exco Biro Penerbitan & Multimedia, Al-Akh Khairul Azry bersama Ustaz Farid Ravi


Ketika menyampaikan ceramah beliau


Guru-guru dan pelajar Muslimat KISAS



Pelajar Muslimin KISAS




 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung