Tanggal hari Khamis, 21 Januari 2010 yang lalu barisan Exco Badan Dakwah Dan Rohani Sekolah Menengah Sains Seremban seramai 26 orang telah datang ke Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk melakukan perkongsian pintar bersama bersama Badan Dakwah Dan Rohani Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Tujuan utama BADAR SASER hadir ke KISAS adalah untuk bertukar-tukar pendapat dan melakukan kajian bagaimana pembaharuan yang mereka ingin bawa ke Sekolah Menengah Sains Seremban agar misi mereka untuk mencapai Biah Solehah di sekolah mereka dapat tercapai.(selanjutnya)
Kedatangan mereka pada hari Khamis,21 Januari 2010 disambut meriah oleh barisan Exco BADAR pada kira-kira jam 5.30 petang.Kemudian mereka dibawa ke Dewan Kuliah KISAS@Dewan Ulul Albab untuk taklimat ringkas mengenai penempatan mereka di asrama.
Kemudian setelah selesai makan malam dan solat fardhu Maghrib secara berjemaah,wakil BADAR SASER telah dijemput oleh wakil BADAR KISAS untuk menyampaikan tazkirah kepada seluruh pelajar KISAS.Majlis tazkirah pada malam itu telah dimulakan dengan ucapan dari Presiden BADAR KISAS,Wan Mohd Murshid b. Wan Mohd Yusof.Kemudian, YDP BADAR SASER pula menyampaikan tazkirah berkaitan dengan Hijrah.Kemudian majlis tazkirah pada malam itu diteruskan sedikit tazkirah dari Timbalan YDP BADAR SASER sehinggalah azan Isya' berkumandang.
Selepas selesai Solat Isya', barisan Exco BADAR KISAS telah menjalankan aktiviti Ice Breaking bersama BADAR SASER.Ini adalah bertujuan bagi mereka saling berkenal-kenalan sebelum aktiviti dimulakan.Aktiviti pada malam itu cukup menarik dengan bebrapa modul telah dilakukan oleh wakil dari BADAR KISAS.Kemudian,pada jam kira-kira 4.30 pagi,barisan exco BADAR SASER pula menjalankan aktiviti Qiamullail bersama wakil dari BADAR KISAS.
Keesokan harinya,Jumaat, 22 Januari 2010,semua Exco BADAR SASER bergerak ke kawasan sekolah Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk menjalankan aktiviti seterusnya.Pagi itu dimulakan dengan lawatan ke seluruh kawasan sekolah KISAS.Exco BADAR KISAS telah membawa dan memimpin kesemua Exco BADAR SASER untuk melawat ke tenpat-tempat menarik di seluruh KISAS.Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi memperkenalkan mereka dengan binaan-binaan bersejarah dan kawasan-kawasan menarik yang terdapat di KISAS.Setelah habis lawatan, BADAR SASER melakukan pembentangan mengenai BADAR di SASER kemudian diikuti dengan dengan pembentangan dari Presiden BADAR KISAS mengenai BADAR di KISAS.
Selesai pembentangan tersebut, rehat di kantin sebelum di mulakan perkongsian pintar.Selepas mereka selesai menjamu selera di kantin,perkongsian pintar pun di mulakan.Kesemua exco dipecahkan mengikut biro masing-masing dan perbincangan dilakukan.Sesungguhnya perkongsian pintar inilah merupakan aktiviti yang paling bermakna kerana pelbagai input dari SASER dan KISAS dapat diperolehi daripada kedua-dua pihak.Setelah jam 11.15,perkongsian pintar ditamatkan.
Kemudian,kesemua barisan Exco BADAR SASER dijemput pula ke Masjid Sultan Suleiman,Klang untuk mendirikan Solat Jumaat bersama para pelajar KISAS.Setelah selesai solat Jumaat mereka bergerak ke Dewan Makan KISAS untuk makan tengahari.
Aktiviti terakhir pada hari itu adalah majlis penutup.Majlis bermula pada jam 3.00 petang kemudian berakhir pada kira-kira jam 4.30 petang.Sesungghnya majlis tersebut merupakan saat paling menyedihkan bagi kedua-dua pihak kerana setelah dua hari bersama akhirnya terpaksa berpisah.
Setelah selesai aktiviti BADAR SASER pun berangkat ke sekolah mereka.Lawatan dan perkongsian ini merupakan aktiviti lawatan pertama bagi tahun 2010.Harapannya moga perkongsian pintar ini membawa banyak faedah dan kebaikan bagi kedua-dua pihak.Insyaallah.Wallahu A'lam.
disambut ceria
0 kesannya:
Post a Comment