Sebelum itu ana mohon maaf kalau cerita ini ada menyentuh hati mana-mana pihak. Niat ana hanya untuk mengingatkan antum semua agar jangan tinggalkan agama, amalan antum semua hanya di sekolah, tapi bawa semua itu kemana sahaja antum pergi.
..................................................................................................................................................................
Aku dulu budak sekolah agama. Aku dapat macam2 tarbiyyah daripada senior2, cikgu2. Aku hidup dalam biah yang baik...Aku suka, aku seronok dengan suasana tu... Bila tengok orang lain buat baik, aku pun nak buat baik... Itu aku yang dulu...
Bila rizak SPM keluar, aku dapat 11A+. Aku menangis kegembiraan. Aku dapat tawaran untuk sambung belajar kat Manchester.
Kawan2, family, cikgu2 semua pesan jaga diri...ingat semua yang kita belajar dulu.
Aku menangis. Masa yang dinantikan dah tiba... Family aku hantar aku ke KLIA.
Sekarang aku dah sampai kat bumi Manchester. Aku tersenyum tak percaya aku dah sampai kat sana.
Hari pertama kat sana terasa seperti sebulan. Tapi bila dah lama kat sana, aku jadi semakin seronok. Aku belajar banyak benda kat sana. Aku belajar banyak perkara2 yang 'seronok' kat sana. Aku pergi clubbing, aku bercouple dengan perempuan kat sana. Aku mula jauhkan diri daripada group usrah. Aku minum arak, aku berfoya-foya. Seronok. Tak ada perkataan lain yang dapat mengungkap perasaan aku waktu ini. Dulu aku dilarang untuk buat semua benda ni, aku pun tak faham kenapa dilarang padahal seronok kot.
Kehidupan aku berputar 360˚... Sekarang penampilan aku pun sudah berbeza. Aku suka pakai seluar skinny. Tiba2 aku terjumpa dengan seorang muslim yang sangat baik. Dia sapa aku. Aku mula tertarik dengan akhlak muslim tersebut. Walaupun aku ini kotor, keji, tapi lelaki itu tetap bersungguh-sungguh nak jadi kawan aku. Nama dia, Fathi.
Sejak berkawan dengan Fathi, aku dapat rasakan kehidupan aku yang dulu lebih gembira. Fathi cakap kat aku, semua orang ada peluang kedua untuk berubah menjadi lebih baik, termasuk kamu. Aku terdiam. Air mata mula menitis, lama2 aku menangis sekuatk uatnya. Menangis keinsafan. Fathi cakap lagi kat aku, uhibbuka fillah. Aku terharu ada kawan seperti dia. Aku nak jadi baik juga. Aku nak berubah!
Kawan2 jangan jadi seperti aku.
#maaf. Hanya kisah yang ringkas
31 July 2014
26 July 2014
Di mana kasihku?
Badar KISAS
Saturday, July 26, 2014
Di mana kasihku terhadap Islam?
Di mana kasihku terhadap Allah?
Di mana kasihku terhadap Rasulullah?
Aku sering termenung,
Aku sering menangis,
kenapa aku tidak mempunyai perasaan
untuk berjihad, untuk belajar
agar suatu hari nanti aku dapat tolong Islam?
Kadang-kadang aku cemburu,
Aku cemburu melihat rakyat Palestin
berani menegakkan Islam.
Aku cemburu melihat tentera Bridget Al-Qassam
syahid untuk mempertahankan bumi Palestin.
Aku tidak mampu untuk berjihad di medan perang
Sedangkan aku di sini
hanya hidup aman damai,
Sedangkan aku disini
dapat belajar dengan tenang.
Kenapa aku tidak mempunyai perasaan
untuk belajar bersungguh-sungguh
Mungkin aku terlupa,
Aku silap
jihad bukan sekadar di medan perang
tapi aku juga boleh berjihad menuntut ilmu
Aku juga boleh bantu Islam
Aku juga boleh membuatkan Rasulullah tersenyum melihat umat baginda
bersungguh-sungguh menuntut ilmu
hanya semata-mata kerana Allah
Aku juga boleh tolong Palestin suatu hari nanti.
Ya Rasulullah! Aku merinduimu!
Law kana bainana...
sudah pasti aku tersenyum melihatmu
Tetapi adakah engkau tersenyum melihat kami
yang sibuk mengejar dunia
yang sibuk berfoya-foya?
Ya Allah matikan aku dalam keimanan
timbulkan perasaan cintaku pada Islam
tabahkan hatiku untuk menepuh dugaanMu
Ya Allah bantulah kami untuk tegakkan Islam di muka bumi ini
aku juga ingin merasai manisnya, gembiranya
hidup di zaman kegemilangan Islam...
Bantulah kami...
25 July 2014
Di mana Ramadhan ku ?
Badar KISAS
Friday, July 25, 2014
Harini sudah ramadhan yang ke 27.
Hatiku seolah-olah sama seperti dulu
sebelum Ramadhan
Tingkah laku ku ,
sama seperti
sebelum ini
Jadi ,
apakah aku benar-benar menghayati Ramadhan ini,
perasaan cemburu mula terbit melihat
mereka semakin taqarrub dengan pencipta seluruh Alam,
namun aku tidak merasakan itu,
kenapa?
persoalan ini sering menjengah di fikiranku,
ya Allah,
adakah ini tanda-tanda bahawa
hatiku telah mati .
Sudah 10 malam terakhir pun,
seolah-olah hati ini,
tidak merasai kemanisan beribadah,
sangat berbeza dengan ramadhan sebelum ini,
kalau dulu aku sangat gembira menyambut Ramadhan,
kalau dulu aku memaksimakan segala ibadahku hanya kepada
Allah.
Kini aku tidak lagi berasa begitu,
Bukanlah aku tidak gembira menyambut Ramadhan kali ini,
cuma aku rasa,
ramadhan kali ini ,
penghayatan aku sangat kurang,
tidak sama seperti dulu.
Namun aku sentiasa berdoa kepada Allah Azza Wa Jalla ,
semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa aku,
meminta petunjuk dan hidayah
serta hikmah mengapa aku merasakan perasaan ini,
aku sedih dengan diri aku sendiri.
Malam tadi,aku merasakan sesuatu,
yang sangat berbeza,
aku memang sudah bertekad ,
semoga Allah memberi aku kekuatan untuk bangun,
qiyam
Alhamdulillah Allah mendengar doaku,
Allah mengejutkan aku dari tidur,
aku bergegas menuju ke musolla,
melihat jam masih 4.30
takkan aku lepaskan peluang ini
segera aku mengambil wudhuk
dengan hati berbunga-bunga untuk bertemu
dengan jantung hati , Allah
dengan bertemankan sepi,
hanya satu lampu yang menerangi,
aku mulakan solat sunatku,
Di sujud terakhirku,
aku biarkan hatiku duduk lebih tinggi dari akal,
dalam keadaan yang sangat lama,
memohon segala hajatku,
tak semena mena ,
tanpa aku sedari ,
air mataku mengalir perlahan,
perasaan apakah ini,
beginikah perasaan bersama kekasih hati,
tempat bergantung,
tempat meluahkan segala perasaan,
tenangnya rasa ini,
aku percaya Allah pasti akan mengkabulkan permintaan aku,
husnu dzon dan yakin,
ya allah ,
akhirnya terjawab jua persoalanku selama ini,
manakan dapat kemanisan dalam beribadah,
jika kita tidak berusaha,
tidak bertekad sebetul-betul tekad,
untuk dekat denganNya,
hanya dengan solat malam,
hanya waktu itu,
antara aku dengan Dia,
saat yang paling bahagia,
harapan aku,
agar aku dapat lagi,
merasai ketenangan ini,
bukan sahaja pada bulan Ramadhan,
yang mulia ini,
tapi buat seumur hidupku .
10 Muwassafat Tarbiyyah
Badar KISAS
Friday, July 25, 2014
1) Aqidah yang sejahtera
- Teknik dakwah Rasulullah -
2) Ibadah yang sahih
- Menjaga hubungan dengan Allah -
3) Akhlak yang mantap
-Akhlak Al-Quran -
4) Mampu berusaha
- Berdiri di atas kaki sendiri -
5) Berpengetahuan luas
6) Kuat tubuh badan
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
-Mukmin yang kuat itu lebih baik dan dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan -
7) Mampu melawan nafsu
- Jihad dalam diri -
8) Menepati masa
- Masa itu
http://www.quran-tafsir.org/asr.pdf
9) Tersusun dalam urusan
10) Berguna untuk orang lain
- Jadilah sepertii lilin -
Let's make a change!
23 July 2014
Ramadhan is the month of change!
Badar KISAS
Wednesday, July 23, 2014
Kadang-kadang kita menganggap ramadhan hanyalah sebagai adat yang perlu dilakukan oleh setiap muslim, kita berpuasa hanya semata-mata untuk menahan lapar dan dahaga. Kadang-kadang kita lupa Allah datangkan Ramadhan untuk beri peluang kepada kita menambah pahala. Allah datangkan Ramadhan untuk mendidik kita menjadi orang yang sabar. Allah datangkan bulan Ramadhan untuk didik kita menjadi orang yang bertaqwa dan Allah juga datangkan Ramadhan sebagai turning point untuk kita berubah menjadi lebih baik..
Cuba kita refleks balik, adakah kita berpuasa hanya untuk memenuhi tuntutan dalam agama Islam?
Adakah kita berpuasa hanya untuk mehan lapar dan dahaga?
Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berpesan:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuataan Az-Zuur (kotor, keji, dusta, sia-sia, maksiat), maka Allah tidak berhajatpun pada perbuatannya meninggalkan makan dan minum.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1903)
Rasulullah saw bersabda: “Seluruh amal perbuatan Ibn Adam akan dilipatkan pahalanya. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan bahkan dapat sampai tujuh ratus kali lipat. Allah berfirman: “Kecuali puasa, ia itu khusus bagiKu dan Aku lah yang akan membalasnya secara langsung. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya semata-mata keranaKu. Orang yang berpuasa itu akan memperoleh dua kebahagiaan: Kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika ia berjumpa dengan Tuhannya kelak. Bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah, lebih wangi dari pada wanginya minyak kasturi” (HR. Muslim).
Jadikanlah ramadhan sebagai titik permulaan untuk menjadi orang yang lebih baik. Ramadhan bukan setakat menhan lapar dan dahaga... Time to make a change!
Ramadhan
Badar KISAS
Wednesday, July 23, 2014
Kalau kita nak capai sesuatu matlamat, adakah kita akan berusaha untuk mencapai target kita ataupun kita hanya berdoa agar apa yang kita kehendaki itu datang tanpa usaha yang gigih? Sudah pasti kita akan berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Di sini ana nak buat sedikit analogi. Sebagai contoh, kalau kita pergi bertanding dalam sesebuah pertandingan, kita pasti akan berusaha untuk mencapai kejayaan, kita pasti akan berusaha untuk mencapai target kita. Begitu juga Ramadhan, kalau kita imbas kembali ayat Allah
"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ"
“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu supaya kamu bertaqwa” (Al -Baqarah:183)"
Kalau kita lihat Allah telah letakkan target kita, tujuan kita dan matlamat yang perlu kita capai iaitu menjadi orang yang bertaqwa.
Sahabat-sahabat,
Ramadhan bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga. Ramadhan bukanlah satu adat yang tidak ada nilai.
Ramadhan melatih kita untuk kita menjadi orang yang bertaqwa. Allah beri kita satu bulan untuk kita sama-sama meningkatkan amalan kita...Adakah kita telah mencapai target tersebut? Adakah kita sudah menjadi orang yang bertaqwa? Tepuk dada tanya iman.
Subscribe to:
Posts (Atom)