12 June 2011

back to quran and hadith...


Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.


Dari Abdullah bin Amr bin 'Ash Ra. ia berkata: Aku mendengar Rasullullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,' "Bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila sudah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (HR. Muslim)


PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Dari Abu Hurairah Ra .. katanya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pemah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah:(1 )terlalu sombong,(2 ) terlalu mewah,(3 ) mengumpulkan harta sebanyak mungkin,( 4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,( 5) saling memarahi,( 6) dengki-mendengki, sehingga jadi zalim menzalimi."


Dari Abu Hurairah Ra. Ia berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam; "Islam mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."

Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,. ''Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pemah aku lihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok waktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (ponok unta yang condong). Kedua golongan ini tidak akan masuk sorga dan tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum sorga itu sudah tercium dari jarak perjalanan yang sangat jauh,(HR. Muslim)
As a muslim, whatever that we do,, we MUST refer to Al-Quran and Al-Hadith.. and we will for sure live happily ever until the hereafter..
Rasulullah bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada keduanya; Al-quran dan As-sunnah..
Kita yang pilih APA dan SIAPA yang kita ingin jadi...jadi,, untuk menjadi org yang berjaya, adalah penting untuk kita menimba ilmu..

9 June 2011

Tuhan itu adil atau zalim?

Diceritakan bahawa seorang ibu telah datang menemui Nabi Daud a.s. lalu berkata:

Ibu – Wahai Nabi Allah! Adakah Tuhanmu zalim atau adil?

Nabi Daud – kenapa kamu ini wahai perempuan? Tuhan itu Maha Adil dan tidak pernah melakukan kezaliman! Apa yang telah berlaku ke atas dirimu?

Ibu – Aku seorang balu. Bersamaku tiga orang anak perempuan yang masih kecil. Aku menjaga mereka seorang diri dengan hasil tenunan tanganku. Semalam aku mengikat kemas-kemas tenunanku dalam sehelai kain berwarna merah dan membawanya ke pasar untuk dijual kemudian membeli barang-barang keperluan anak-anakku. Di pertengahan jalan, tiba-tiba seekor burung menyerangku, lantas menyambar tenunanku dan terbang entah ke mana. Kini tiada lagi yang tinggal untukku menyara anak-anakku.

Belum sempat Nabi Daud menjawab kata-kata ibu tersebut, tiba-tiba pintu diketuk dan Nabi mengizinkan orang yang mengetuk pintu itu masuk. Tetamu yang baru tiba itu terdiri daripada 10 orang saudagar yang di dalam tangan masing-masing terdapat wang sebanyak 100 dinar. Mereka berkata:

Saudagar – Wahai Nabi Allah, ambillah wang dinar ini dan berilah kepada orang yang berhak menerimanya!

Nabi Daud – Apa yang menyebabkan kamu menyerahkan wang ini kepadaku?

Saudagar – Wahai Nabi Allah, semalam kami berada di atas kapal layar untuk pergi berniaga. Tiba-tiba angin bertiub sangat kencang sehingga kapal layar kami hampir pecah dan kami hampir-hampir akan karam. Tiba-tiba seekor burung mencampakkan sehelai kain berwarna merah yang terdapat di dalamnya hasil tenunan. Maka kami gunakan kain dan benang itu untuk mengikat kapal layar kami dan menampung kebocorannya. Dengan itu kami dapat mengharungi angin rebut itu dengan selamat. Kami telah bernazar dengan Nama Allah bahawa setiap orang daripada kami mengeluarkan 100 dinar sebagai sedekah kerana Allah. Dan inilah wang tersebut. Ambillah dan berilah kepada sesiapa yang berhak pada pandangan Nabi.

Nabi Daud a.s. berpaling kepada ibu tadi seraya berkata:

Nabi Daud – Tuhan yang berniaga untuk kamu di darat dan di laut, sedang kamu menuduh-Nya zalim? Ambillah wang ini dan belanjakannya untuk anak-anakmu.

p/s..

Duhai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, apabila kita ditimpa kesusahan janganlah kita cepat melatah dan menyalahkan semua orang disekeliling kita. Termasuk ALLAH!!

Kita sebagai hamba amat kerdil dan tak layak utk melawan taqdir Allah. "Kenapalah aku boleh masuk sekolah ni?" "Kenapalah aku sekelas dengan budak tu?" "Kenapa aku yang diuji?" Kenapa.. kenapa.. dan kenapa..

Sangatlah tak wajar untuk kita su'u zhan dgn Allah, Tuhan yg Maha Luas kasih sayangNya. Tak mungkin Allah akn timpakan kesusahan kepada kita tanpa ada apa-apa hikmah. Allah juga takkan timpakan beban kpd seseorg melainkan apa yang dia mampu.

Jadi, sekiranya kita diuji dengan sesuatu perkara maknanya Allah nak ajar kita sesuatu yang baru dan mahu kita belajar bagaimana cara untuk mengendalikan ujian tersebut. Kalau kita sama-sama perhatikan, inilah yang dinamakan sekolah kehidupan. Ujian, kesusahan, kepayahan dan kesukaran dalam hidup tak pernah berhenti. Akan datang silih berganti.

Marilah kita sama-sama mencari hikmah apa yang berlaku disekeliling kita dan bkn hanya menanti hikmah itu datang. Ingatlah sesungguhnya sekiranya kita tak bertemu dengan kebaikannya di dunia, Allah akan serahkan lambakan nikmat kepada kita di syurga kelak atas ganjaran kesabaran kita.

Wallahua'lam.




Andaikan 3 orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan setiap seorang daripada anda.

Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih dan cantik seperti sedia kala tanpa sebarang kecacatan. Kita pun menerima dengan senang hati dan meletakkan pinggan tersebut di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.


Manakala peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang masih kotor dan tidak dicuci. Jadi, terpaksalah kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya.


Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang sudah pecah. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca malah tiada nilainya lagi. Maka,kita tidak mempunyai pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah.


Jadi, begitu jua halnya dengan Allah Taala. Jika kita kembali kepadanya dalam keadaan yang bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan letakkan kita di tempat baik dan selayaknya bagi kita...iaitu syurga.


Namun, jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.


Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan lagi antara iman dan kufur, maka Allah tidak teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selamanya (nauzubillah), ibarat pinggan yang pecah dan tidak ada nilainya lagi.


Jadi mari kita berfikir sejenak, manakah pilihan kita untuk kembali kepada Allah. Sudah tentu kita menginginkan seperti yang pertama tadi. Namun, layakkah kita untuk mendapatkannya sedangkan unsur-unsur maksiat, hasad dengki, bibir yang melafazkan kata fitnah dan umpatan kepada saudara sendiri, memberontak dan membenci kebaikan yang dilakukan orang lain masih sebati dengan diri kita dan yang paling utama sekali hati kita kerana hati itu adalah pemandu sikap dan perbuatan kita.


Jadi harapnya kata-kata ini sedikit sebanyak mampu membuka hati kita untuk berfikir dan seterusnya untuk merubah segala cacat-cela pada diri kita sebagai persiapan untuk menemuiNya. Sukalah untuk mengingatkan kembali bahawa "dunia yang fana ini hanyalah tempat untuk kita menanam amalan namun akhiratlah tempat untuk kita menyemai hasilnya." Oleh itu, segala apa yang kita lakukan biarlah semuanya diniatkan lillahi taala. Semoga kita sama-sama memperoleh mardhatillah. wallahualam.

3 June 2011

Kes Simbah Asid: Aqidah dan Penghayatannya


Assalamualaikum w.b.
Salam 1 Rejab 1432.

Ketika isu mangsa simbahan asid hangat dibualkan oleh masyarakat Malaysia (sehingga dijadikan bahan lawak dalam Maharaja Lawak Astro), ingin penulis membawa kita semua ke satu dimensi pandangan yang mana kita selaku muslim yang mempercayai Keesaan Allah Taala dan Hari Kiamat seharusnya memandang setiap perkara melalui ibrah(analisis)nya. Dengan pandangan melalui dimensi ini, maka kualiti sumber manusia (Human Resources) kita akan meningkat dari hari ke hari bersesuaian dengan kata Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah, "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang hari ini sama sahaja dengan semalam, celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam. Inilah Tarbiyah Nafsiyah yang sepatutnya ada pada setiap muslim.

Kes Simbah Asid semakin menjadi-jadi nampaknya sekarang ni dan sehingga hari ni, terdapat 23 buah kes simbah cecair yang seakan asid telah dilaporkan di seluruh negara. Hampir kesemua kes simbah asid ni hanya bertumpu di kawasan Lembah Klang dan nampaknya kebanyakan mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja.


Mengikut kronologi kes ini sepanjang tahun ini sahaja, sejak Februari 2011 hingga 27 Mac 2011, terdapat 18 kes simbah asid yang berlaku di Lembah Klang. Kejadian ini reda buat seketika tetapi berulang kembali pada 6 hingga 7 Mei 2011 iaitu masing-masing berlaku di Sentul dan Dang Wangi.

Kes terbaru ialah di Wangsa Maju pada Jumaat, 13 Mei 2011. Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal. Bagaimanapun, cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal. Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini memandangkan bahan yang digunakan adalah berlainan.

Itu menurut statistik atau laporan. Jika kita perhatikan juga pada motif penjenayah, terdapat dalam kalangan mereka yang tiada motif yang betul pun. Adakah mereka hanya berseronok melakukan kes ini? memilih mangsa secara rambang (random) ? Menurut laporan, mangsa sendiri tidak tahu kenapa mereka menjadi mangsa. Malah mereka juga tidak mengenali penjenayah yang melakukannya. Inilah yang dipanggil "Random Crime".

Baiklah, sekarang kita perhatikan apa yang berlaku di Toronto, United State of America. Menurut artikel "You're safer than you think: Statistics expert" dalam TheStar.com, terdapat "high-profile random crime" kes iaitu pembunuhan John O'Keefe dan Hou Chang Mao, yang mana kedua-duanya dibunuh tanpa sebab dalam masa 1 minggu. Profesor Jeffrey S. Rosenthal dari University of Toronto penulis buku Struck by Lightning: The Curious World of Probabilities, telah membuat kajian statistik mengenai kes "random crime" ini. Menurutnya, terdapat 12 kes pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali dalam setahun. Maksudnya, dalam sebulan 1 kes "random crime" akan berlaku. Ini di Toronto sahaja.

Kes "random crime" simbah asid yang berlaku di Malaysia nampaknya lebih rancak berbanding di Toronto. Apakah sama puncanya antara Malaysia dan Toronto, Amerika? Kes "random crime" yang berlaku di US seperti sniper yang memilih mangsa secara rambang disebabkan oleh tekanan emosi penjenayah. Mereka tidak dapat perhatian keluarga, stress, dipinggir oleh masyarakat dan secara kesimpulannya mereka seperti sudah tiada tempat bergantung. Maka padanlah bagi mereka yang tidak bertauhidkan Allah Taala merasa tertekan dan "kesempitan" sehingga melakukan perkara yang di luar batas kemanusiaan seperti "random crime". Bertepatan dengan firman Allah:

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.
(Surah Taha, 124)

Ayat ini menerangkan kepada manusia bahawa manusia akan "kesempitan", "tertekan" apabila menolak Islam (peringatan dan petunjuk Allah) sebagai cara hidup (the way of life). Jadi kalau perkara ini berlaku di Toronto, US, ianya agak logik kerana kehidupan non-muslim mereka yang menyebabkan ideologi pemikiran mereka tidak membantu mereka ketika mereka "kesempitan". Tetapi, apabila masyarakat Malaysia (majoritinya muslim dan agama Islam agama rasmi) juga "kesempitan" (yang hasilnya berlaku "random crime"), maka adakah ideologi aqidah Islamiyah masyarakat Malaysia tidak mengeluarkan mereka dari "kesempitan"? Tidak mungkin kerana mustahil Allah Taala mengingkari ayatnya (iaitu orang yang "kesempitan adalah orang yang berpaling dari peringatan dan petunjuk Allah Taala). Jadi, Islam di sini hanyalah pakaian luaran, bukannya ad-din (the way of life) yang sepatutnya.

Hari ini kehidupan mereka sempit sehingga melakukan perkara di luar batasan kemanusiaan, "random crime". Di mana kualiti aqidah muslim Malaysia? Islam tidak dihayati. Islam tidak didalami (ilmunya). Islam tidak dipraktik.

wallahua'lam..

Khairul Azry bin Khir Kamalian
Presiden
Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
Kolej Islam Sultan Alam Shah SBT 2011

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung