4 November 2020

[2020] : Jualan Baju BADAR 19/20 !!

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bila BADAR hendak keluarkan baju BADAR baharu untuk tahun ini ya?   










Bismillahirrahmanirrahiim 🌸

Sukacita dimaklumkan BADAR KISAS sedang mengadakan jualan baju BADAR 19/20 edisi terkini!

Design cantik ✨
Material interlock, selesa insya-Allah... 
Boleh basuh menggunakan washing machine!! 
Ringan dan sesuai untuk pakaian sukan dan kasual 


HARGA
T-shirt lengan pendek - RM40
T-shirt muslimah - RM45
Postage - RM10

DAPATKAN SEGERA!! 

Boleh dapatkan baju BADAR untuk sanak-saudara, ahli keluarga yang lain untuk bersama sedondon memakai baju BADAR 😊✨


Order akan ditutup pada 5 November 2020.

Anda hanya perlu tekan pada link ini :


Untuk sebarang pertanyaan dan urusan order, sila hubungi AISYAH RAIHANA


#alkissupportive

#sayangkisas

#membelisambilberamal


ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ

11 May 2020

[2020] Tazkirah Pendek : BUKAN CARI

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ



bismillah,

salah seorang guru kami, pernah berkata,

" untuk lakukan sesuatu, jangan cari masa kerana kamu takkan jumpa tapi peruntukkan masa, mesti kamu boleh lakukannya."

rasanya ramai diantara kita sedar bahawa masa pada sekarang ini
sangat sangat cepat berlalu,
betul tak?
kalau kita terleka sikit je, kita dah boleh terlepas pelbagai perkara.


kami pasti, anda lalui perkara ini.


jadi, bertepatan dengan pesan guru tersebut, kita tidak boleh cari masa.
kita tak boleh curi masa.
sebaiknya, kita kena peruntukkan masa kita.
maksudnya, kita susun masa kita sebaiknya.
dengan cara ini, insyaAllah lebih banyak perkara yang boleh kita selesaikan.

kami tahu dan kami faham,
kita sebagai pelajar memang banyak sangat kerja yang perlu kita laksanakan.
homework cikgu beri pun dah cukup banyak,
apatah lagi sekiranya kita memegang jawatan yang besar seperti pengawas, presiden kelab ataupun mewakili sekolah dalam apa apa pertandingan.

Kalau difikirkan semula,
kadang - kadang rasa tak mampu nak lakukan semua, betul tak?
Rasa macam mustahil semuanya.

Tapi, percaya dan ingat bahawa Allah tak bagi jika kita tak mampu.


Allah bagi kat kita tu dah menunjukkan kita mampu sebenarnya.
Cuma mungkin cara kita selesaikan tu, Allah uji sikit.
Tengok macam mana kita manfaatkan nikmat nikmat yang Allah bagi.

bersempena dengan musim kawalan pergerakan yang sedang kita lalui ni,
kami sangat berharap agar kita semua dapat menyusun masa kita sebaiknya,
bukan senang kan nak belajar di rumah?
belajar secara online pula tu.

semoga semuanya dipermudahkan dan diberi kegembiraan. all the best ! ;)

sekian.

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ





[2020] Tazkirah : Perkembangan Islam di Tanah Melayu


بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ



PERKEMBANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU
oleh : PROF MADYA DR MAT ROFA ISMAIL

Suatu hari Rasulullah SAW menangis , para sahabat pun bertanya , " Mengapakah kamu menangis Ya Rasulullah ?" . Nabi pun bersabda , " Aku rindu kekasihku ." Para sahabat bertanya lagi ," Bukankah kami kekasihmu ?" Rasulullah kata bukan , kalian adalah sahabatku .

Haa , siapa KEKASIH NABI ?
Kekasih nabi adalah kaum yang tak pernah berjumpa Rasulullah , tapi beriman dengan baginda . Siapa tu ? Kita lah kekasih nabi , kaum akhir zaman ini !

Maka , bagaimana berkembangnya Islam Di Tanah Melayu ?

Hubungan Islam dengan Tanah Melayu bermula sangat awal . 
Pengasas Daulah Umaiyyah , Muawiyah bin Abu Sufyan sendiri pernah sampai ke Jawa pada zaman Rasulullah . Pattani adalah bumi Islam pertama atau terawal di Tanah Melayu (800 tahun selepas kelahiran Nabi Isa a.s). Islam mengubah bangsa Melayu supaya bertamadun . 

Melayu dulu jahil . Alhamdulillah , Islam datang membawa Nur .

Nak bukti ? Tengoklah Batu Bersurat Terengganu . 



Seawal kurun ke 13 Masihi , Islam sudah bertapak di Tanah Melayu . 


Duit syiling Kelantan pada tahun 570H , diukir perkataan Arab . 



Penjajah British menyatakan bahawa Islam lambat sampai ke Melaka , 
hakikatnya Islam dah lama sampai ke Tanah Melayu . 

Tindakan mereka merahsiakan perkara itu adalah untuk menekankan bahawa ' Undang-undang tidak wujud sebelum kuasa Barat datang'. 

Kita pernah berada di bawah Daulah Uthmaniyyah , malangnya tidak dicatat dalam sejarah .

  • Dalam sejarah Turki , Sultan Muhammad Al Fateh pernah menjemput Sultan Mansyur Shah untuk menghadiri hari pembukaan Kota Konstantinopel yang berjaya ditawan oleh tentera Islam pada tanggal 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857H .Sultan Mansyur Shah yang merupakan gabenor Uthmaniyyah belah Timur telah mengutuskan Hang Tuah sebagai wakil Tanah Melayu.

  • Kapal-kapal yang pernah dimiliki oleh Sultan Melaka suatu ketika dahulu amatlah besar , dipandang gah oleh para pelayar dan pedagang yang singgah di Tanah Melayu kerana negara kita adalah negara maritim , dikelilingi kawasan laut yang luas dan amat sesuai untuk perairan . Malangnya ,Portugis yang datang menjajah telah menghancurkan kapal-kapal tu , kapal yang menjadi keagungan tamadun Islam . Lalu dijulang pula kapal milik Portugis , didirikan replika di badar Melaka untuk mengingati sejarah mereka .

  • Sejarah mencatatkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis LIght . Sedangkan Pulau Pinang adalah milik Sultan Kedah . Francis Light datang pada awalnya hanya untuk menyewa tanah . Tak lama kemudian , Light meminta kerjasama daripada Siam untuk merampas Pulau Pinang daripada Sultan dan dengan mudahnya beliau diisytiharkan sebagai pengasas negeri tersebut .


Malaysia sudah lama merdeka , 
hakikatnya sejarah masih dijajah

Sedarlah sahabat , watan ini baru merasai merdeka selama 63 tahun
bila-bila masa boleh dijajah , dipijak musuh-musuh Islam. 

Ambillah iktibar daripada kejatuhan Andalusia yang tegak merdeka selama 800 tahun memerintah , apabila tampuk kepimpinan diambil alih oleh seorang kristian (Ratu Isabel) , ummat Islam sengsara . 5.6 juta rakyat muslim dibunuh ,disembelih ,diracun malah muslimatnya dibakar hidup-hidup .

Masha Allah , kejamnya lebih dahsyat berbanding Firaun .


Semoga kita dapat mengambil iktibar atas apa yang telah disampaikan .
Semoga kita dapat sampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain .


ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ





9 May 2020

[2020] Tazkirah Pendek : BATU


بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ



bismillah, semoga dipermudah.

insya-Allah, dengan pkp ini, kita cuba upgrade usaha kita bersama.

okay, harini kami nak bawa kisah dua orang pemuda. ya, pemuda.
kedua - dua pemuda ni nak pergi ke suatu tempat.
nampak sama je dorang ni tapi sebenarnya, tak.

pemuda pertama, dia sambil travel tu, dia kutip apa yang dia jumpa and mostly batu.
dan batu tu dia masukkan dalam beg dia.
berbeza pemuda kedua, dia hanya fokus ke destinasi dia semasa dia travelling tu.

akhirnya, apa jadi?
alhamdulillah, kedua- duanya selamat sampai ke destinasi.
cuma, lelaki pertama tu dia lebih penat daripada lelaki kedua.
sebab apa? haaa sebab batu tadi tulah, yang dia masukkan dalam beg dia tu.

Walhal, pemuda kedua tu rileks dan  masih bersemangat selepas travelling.
Dia rasa bersyukur kerana telah selamat sampai dan perjalanannya lancar.

Untuk cerita 2 pemuda tersebut, telah pun tamat.


Jadi, kamu semua boleh dapat apa - apa ibrah


Baiklah, antara ibrah yang kami nak tekankan melalui cerita dua pemuda tadi ialah ;

Dalam dunia ni, kita mempunyai pilihan dan kita berhak untuk memilih tentang kehidupan kita.
Kita boleh tentukan sama ada kita nak jadi pemuda pertama atau pemuda kedua.

Kalau kita fikir balik, pemuda pertama tu ambil tanpa sebab, sekadar saja - saja dan kemudiannya sendiri penat. Sedangkan, dia tidak mempunyai keperluan untuk mengambil batu itu, betul tak?

Sama lah seperti kehidupan kita di akhir zaman ini.
Akhir zaman, sarat dengan fitnah.
Dalam sekelip mata sahaja, sesuatu perkara boleh tersebar.

Pemuda tadi ibarat kita, beg tadi ibarat tanggungan kita, batu yang dikutip tu sama macam sesuatu yang tidak menjadi keperluan kita dan perjalanan tersebut seakan perjalanan kita di dunia sebelum dibawa ke alam seterusnya.

Jadi, kita dapat lihat yang sebenarnya,
kita tidak perlu melibatkan pengetahuan kita dalam semua berita terkini atau gossip yang hangat.
Kalau perlu, mungkin atas beberapa perkara sahaja.

Kita perlu bijak memilih


Cukuplah kita menjaga hati kita, menjaga anggota - anggota kita yang lain supaya tidak berkait dengan mana - mana isu.

Tak perlu kita gigih, berhenti dari perjalanan dan menunduk untuk mengambil batu di sepanjang jalan.

Sebaliknya, fokus lah ke destinasi kita supaya tiada anasir lain yang menyekat kita daripada menikmati kemanisan berjihad di dunia Allah.


Sekian.


ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ




[2020] KULIAH JUMAAT : Semangat Tahun Baru!

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Akal makanannya ilmu ,
roh makanannya mengenali Allah .
Badan kita mungkin nampak sihat
Hakikatnya , roh kita dalam keadaan kurus , kebuluran .
Dah lama tak diberi makan .

Basahkanlah lidah dengan zikrullah ,
selalulah mengingati Allah .
Selama ni , hanya nafsu diberi makan .
Tanpa sedar ,
Nafsu jadi gemuk , badan jadi berat .
Tidur makin banyak , malas makin kuat .

Kekanglah nafsu dengan kelaparan dan kurangnya tidur .

Jaga jasad kita dengan memperbanyakkan riadah ,
makan makanan sihat .
Usaha bersungguh-sungguh untuk berubah,
istiqamah dengan amalan kecil .
Insya-Allah , Dia beri ganjaran besar .
Jangan sia-siakan masa di sini ,
siapkan diri dengan bekalan
untuk menghadapi dunia luar .

Masih kekal di zon selesa ?
Susah untuk bangkit , susah nak berjaya .
Sedarkan diri , sujudlah , beribadah sepenuh hati .
Nampak mudah , hakikatnya susah nak mulakan .
Cerita kepada Allah , nangislah depan-Nya ,
minta pertolongan untuk istiqamah .
Kurangkan masa di alam maya ,
luangkan masa dengan para ikhwan.
Aktifkan jasad , hidup untuk bangunkan ummah .

Berhenti beri alasan .

Carilah qudwah , pemberi inspirasi .
Mereka yang berjaya menempa nama ,
mengagungkan Islam di muka bumi .
Jihadlah , guna segala tenaga .
Hidup di sini sangat singkat , manfaatkan untuk Islam .

Kalau amalan hanya sedikit ,
sengsara kita di alam barzakh .

Syurga ? Atau neraka?

Campak jauh-jauh sifat mazmumah ,
Gegarkan dunia dengan pemuda Islam .




ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ



[2020] Matlamat Ramadhan

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ


8 MEI 2020
15 RAMADHAN 1441 H

Mungkin belum terlambat lagi untuk pihak Badan Dakwah dan Rohani KISAS SBT untuk mengucapkan selamat beribadah di bulan yang mulia dan penuh barakah. Semoga usaha kita semua diredhai Allah SWT hendaknya, insya-Allah...

Hari ini, insya-Allah admin akan bawakan kita semua untuk merenungi kembali, selama separuh bulan kita berpuasa ini, adakah tercapai matlamat kita dalam bulan Ramadhan ini?


Maksud :  "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah : 183)



Apakah kaitan berpuasa dengan takwa?

TAKWA : Melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


  Allah beri banyak ganjaran kepada mereka yang bertakwa.
  1. Allah akan keluarkan mereka daripada kesulitan.
  2. Allah akan berikan mereka rezeki yang tidak disangka-sangka.



Baiklah, kita lihat pula pada ber"puasa" itu sendiri. Apakah maksud puasa?

Dari segi bahasa : Menahan diri.
Dari segi istilah : Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertakan niat.



Baiklah, berpuasa kita dah rungkaikan. Sekarang, kenapa puasa di bulan Ramadhan ini puasa yang lain daripada yang lain?


KELEBIHAN RAMADHAN
 Al-Quran diturunkan
- Nama lainnya ; Al-Huda (Petunjuk), Al-Furqan (Pembeza hak dan batil)
- Mukjizat yang terbesar diturunkan kepada seluruh umat manusia

Ingatkah kita tentang kisah Saidina Umar Al-Khattab. Sungguh bengis, garang dan anti terhadap Islam. Tetapi, hatinya terbuka kepada Islam setelah mendengar bacaan Al-Quran (surah Taaha) adiknya kemudian menjadi khalifah terulung dalam sejarah Islam.

 Malam lailatul qadr, malam lebih baik daripada 1000 bulan
- Allah muliakan malam ini, sehinggakan ada surah yang diturunkan sempena malam ini (surah Al-Qadr).
- Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Bagaimanakah kami hendak beribadah seperti umat yang terdahulu sedangkan umur kami lebih pendek daripada mereka?" Para sahabat merasa kagum, bagaimana mungkin menyamai amal mereka sehingga Jibril as datang dan membacakan surah Al-Qadr. Allah dengan kasih sayangnya menghadiahkan Lailatul Qadr kepada umat Nabi Muhammad, sebuah malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan, sekiranya seseorang mendapatkan sekali kesempatan mendapat keberkatan di malam lailatul Qadr pada bulan Ramadhan, maka dia akan mendapatkan pahala beribadah selama 83 tahun 4 bulan.


Hm, jadi apakah matlamat Ramadhan 1441 H kita?

 Ya, mungkin kita boleh lakukan senarai semak ;

NAMA : Ahmad
MATLAMAT RAMADHAN :

  1. Habiskan satu juzuk Al-Quran setiap hari.
  2. Solat Dhuha setiap hari.
  3. ...
  4. ...


Satu contoh yang bagus.
Tetapi apa yang kita risaukan di sini ialah amalan kita selepas Ramadhan.
Adakah semakin meningkat TINGGI?
atau semakin menjunam TURUN?

TIPS MENETAPKAN MATLAMAT RAMADHAN SEBETULNYA ;
 Tetapkan matlamat mengikut potensi diri kita.
 Bina disiplin dalam diri.

- Rendahkan expectation dalam diri. Setiap hari satu m/s pun boleh dijadikan matlamat, tetapi pastikan konsisten walau diri kita lemah sekalipun, kita akan tetap jalankan amalan harian kita.

- Tetapkan goal yang sangat kecil. Contohnya, baca 5 m/s setiap hari kita tukarkan kepada banyak 5 ayat setiap hari. Hari demi hari, kita naikkan bilangan m/s.

- Semangat yang berkobar tidak salah, tetapi ingat, kita pasti diuji. Waktu itulah yang menentukan sama ada kita kuat atau tidak untuk tetap pada perjuangan kita untuk istiqamah.

- Biar sedikit, asalkan konsisten! Perkara ini adalah supaya kita dapat bina istiqamah dalam diri, insya-Allah. Bila satu hari tinggal, badan kita terasa pelik, "ada satu perkara yang aku tak buat hari ini..."

Mari sama-sama kita boost amalan kita!
Hidupkan Ramadhan kita bersama  

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ









 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung