31 May 2011

ZIKIR~

Walaupun baru 5 hari cuti bermula, ingatan pada Bumi Waqafan kerap bermain d minda. Jadi, ana teringin untuk sentuh tentang satu benda ( it rhymes!).

BISING.....!

Akhir-akhir ni, dua perkara ni kerap ditekankan di KISAS. Bising. Kat Aspuri, memanglah lebih penekanannya kalau bising. Sebab fitrahnya, perempuan ni lebih terjaga adab sopannya. Kalau bising sikit, dah kena tegur.Kalau di Aspura, jangan ingat tak ada masalah ni. Cakap kat floor lain, dengar kat floor blok lain.Mengalahkan announcement kp.Kenapa kat KISAS ditekankan bab bising ni? Kalau sekolah lain datang melawat, KISAS umpama kubur (kata salah seorang pelajar sekolah yang melawat). Senyap semuanya.

Well, kenapa? Simple. Kebisingan kita mengambil hak privacy orang lain. Orang nak berehat, terganggu. Orang nak Study, tak dapat nak fokus. Orang nak beribadah dalam musolla, tak khusyu'. And the more we talk the less we zikir.Tapi bukan itu persoalannya di sini. Persoalannya, kenapa susah nak kawal bising?Dan macam mana?

Teguran? Hm, dah lali..

Tolak mar
kah rumah? haih,bising pun nak tolak markah rumah ka? so lame...


Jadi, ana nak mencadangkan satu cara.....

SETIAP SEORANG ADA TASBIH PERSENDIRIAN!


Tak kiralah apa bentuknya...




Tasbih bijik konvensional....








Atau dalam wajah yang nampak lebih elegan n exklusif.... (muslimat suke ni)










Atau tasbih digital!











Mungkin juga tasbih digital yang palm-sized dan berwarna -warni!






ASALKAN ADA TASBIH UNTUK DIPEGANG SETIAP MASA!

Bukankah Nabi pernah bersabda dalam satu hadis, kalau kita berzikir guna ruas-ruas jari, di akhirat nanti jari tu akan jadi saksi kat akhirat? Soalan ni pernah diajukan kepada seorang ulama, dan jawabnya, dengan memegang tasbih, kita akan lebih ingat untuk berzikir.Samalah, kalau kita jalan bawak nota poket dengan kita jalan tak bawa nota poket, dalam keadaan mana kite lebih ingat nak hafal fakta-fakta akademik kita tu?

Kita manusia, selalu lupa dan leka.Kita selalu lupa untuk ingat padaNYA. Kita selalu lupa untuk banyakkan selawat pada Muhammad s.a.w, Kekasih Teragung.Dan bila kita lupa untuk berzikir, mulalah mulut ni ringan bercakap itu dan ini. Alhamdulillah jika yang meluncur keluar itu banyak manfaatnya, tapi kalau yang keluar itu sekadar umpat, nista, perkara yang sia-sia?Bila kurang zikir, mula banyak cakap. Bila banyak cakap, baru jadi bising.

Satu biah solehah yang ana syukuri masih ada di Kisas, sementara menunggu orang berucap dalam apa-apa acara, alunan zikir akan dilaungkan beramai-ramai.Alhamdulillah. Hati ini rasa terisi. Tapi itu ramai-ramai.Tapi kita tengok yang fardi-fardi. Cuba kalau semua orang, sambil jalan nak pergi Dewan Makan, zikir.Sambil sidai baju, zikir.Sambil kemas loker, zikir.Percayalah, dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang

Dulu, ana pun tak berapa percaya akan keberkesanan amalan ni. Tapi, Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk cuba. Alhamdulillah, hidup lebih tenang. Fikiran lebih matang dan rasional. Kalau ada masalah, automatik mulut akan mengucap zikir. Apa-apa yang mendatang, jiwa lebih redho. (moga Allah memeliharaku daripada riya' dan ujub, namun kukongsi pengalaman ini sekadar supaya semua dapat merasainya)

Mungkin selama ni kita ingin sangat usaha kita mendatangkan hasil yang cepat sebab kurang

zikir pada Allah
. Baik dalam pelajaran, dakwah,kemenangan rumah sukan (?).Mungkin

selama ni kita ringan je nak ngumpat orang sebab kurang tuturkan nama-nama NYA. Kita

cepat marah, melenting
sebab lidah kita kering daripada menyebut dan memuji

nama-namaNYA
.Ilmu susah lekat , sebab yang singgah kat telinga kita hiburan-

hiburan yang melekakan
. Ibadah rasa liat nak buat sebab telinga selalu dengar

maksiat
. Apa lagi,

SHIFT YOUR PARADIGM!

Banyakkan Zikir, Rajinkan Berfikir,
Nafas yang dihirup ini bukan saja-saja, tapi ada pertanggungjawabannya!

Risalah Untuk Penggerak Dakwah


Assalamualaikum w.b.

Kali ini penulis ingin membawa satu kisah yang sememangnya sudah biasa didengari kerana bagi sesiapa yang membaca mana-mana buku sirah Rasulullah S.A.W. maka dia akan dapati kisah ini di dalamnya. Namun begitu, tidak ramai dalam kalangan kita, terutamanya para dai'e mengambil iktibar dari kisah dan nasihat ikon teladan Rasulullah SAW dalam kisah ini, apatah lagi bagi orang yang tidak pernah tahu pun tentang peristiwa ini.

Suatu ketika sebelum hijrah, seperti kebiasaan, Rasulullah akan berehat sebentar setelah selesai solat di kaabah, Masjidil Haram. Tiba-tiba, baginda didatangi oleh seorang sahabat, Khabab bin A'rat. Khabab merupakan salah seorang daripada kalangan sahabat baginda yang teruk menerima seksaan daripada puak musyrikin Quraisy selain Bilal bin Rabah dan keluarga Amar bin Yaser. Beliau sebelum ini bekerja sebagai tukang besi yang membuat senjata di Mekah. Tapi, setelah memeluk Islam, senjatanya sendiri digunakan Musyrikin Quraisy untuk menyeksanya. Dipukul dengan besi panas atau dililit dengan rantai besi yang masih merah membara adalah seksaan biasa selagi mana beliau tidak meninggalkan agama Islam. Pernah suatu ketika beliau "dipanggang" oleh Musyrikin Quraisy sehingga diriwayatkan bara api yang membakarnya terpadam akibat lemak-lemaknya yang cair. Subhanallah..

Ketika Khabab menemui Rasulullah SAW, beliau bertanya kepada baginda mengapa baginda tidak mendoakan kemenangan kepada umat Islam? Mengapa mereka harus menerima seksaan yang begitu pedih daripada musyrikin Quraisy? Sedangkan baginda adalah kekasih Allah Taala, amat mudah bagi Allah Taala untuk memakbulkannya. Kemudian, baginda Rasulullah SAW menjawab, "Kaum sebelum kita ada yang kena tanam dalam tanah hingga ke pinggang, kemudian dia digergaji dari kepala sehingga terbelah dua. Namun mereka masih tetap mentauhidkan Allah Taala. Tetapi kita, hanyalah kaum yang tergesa-gesa".

Nasihat dan motivasi ini secara khususnya memang ditujukan kepada Khabab bin A'rat, tetapi secara umumnya ditujukan kepada seluruh umat Islam sepanjang zaman. Kita sebagai penggerak dakwah seharusnya memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi kerenah dan cabaran dakwah sama ada daripada mad'u, musuh yang membenci dakwah mahupun kerenah sahabat yang sama-sama berjuang di pihak kita. Apa yang penulis boleh highlightkan di sini mengenai perkataan "tergesa-gesa" yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW ialah:

1. Bersabar dengan apa jua cabaran dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah. Cabaran yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis cabaran sama ada kerenah mad'u, musuh yang membenci dakwah dan tarbiyah, kerenah sahabat sendiri yang mana sama-sama berjuang di pihak kita ataupun masalah yang timbul dari dalam diri kita sendiri.

2. Berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Dai'e perlu tenang dan berfikir dengan matang untuk melakukan apa-apa tindakan dalam proses dakwah dan tarbiyah. Dai'e tidak boleh cepat melatah dan membuta tuli membuat tindakan tanpa memikirkan pro kontra yang akan timbul selepas itu. To do something big we have to think big. Dakwah dan tarbiyah ialah satu perkara yang besear dan memerlukan jangka masa panjang. Sebab itu perjalanan dakwah dan tarbiyah wajib memiliki perancangan yang rapi, strategi yang mantap, dan matlamat yang jelas.

Penulis juga masih mentah dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah dan masih lagi memerlukan banyak bimbingan dan bantuan daripada dai'e-dai'e yang mursyid dan lebih senior dalam perkara ini. Penulis hanya nasihatkan agar sahabat-sahabat yang berada di atas jalan yang sama agar matang dalam dakwah dan tarbiyah dan jangan cepat melatah dalam bertindak.

Wallahua'lam.

30 May 2011

Manusia Dikumpulkan dalam Keadaan Telanjang !

Ibnu Abbas berkata , Rasulullah berdiri di tengah kami untuk menyampaikan nasihat .
Beliau berkata ,

"Wahai manusia , kamu akan dikumpulkan di hadapan Allah dalam keadaan telanjang , tidak dikenakan alas kaki dan dalam keadaan belum dikhitan . "

Firman Allah ,

"Sebagaimana Kami memulakan penciptaan pertama begitu Kami akan mengulanginya .
Itu adalah janji yang pasti Kami tepati ,
Sesungguhnya Kami yang akan melaksanakannya ."

Intisari :

  • Manusia akan dikumpulkan di hadapan Allah tanpa pakaian , tiada kasut dan tidak berkhitan .
  • Allah yang mencipta manusia dan menghidupkan mereka , sudah tentu dia juga mampu menghidupkan mereka selepas mereka dimatikan .
  • Mereka yang meninggalkan agama Allah selepas kewafatan Rasulullah , akan diazab walaupun mereka pernah beriman semasa Rasulullah masih hidup
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beriman .
Ameeen ~

29 May 2011

M.U.J.A.H.A.D.AH..9 huruf yg bermakna..

Sesudah mengetahui baik buruk sesuatu perkara.Sesudah istighfar dan taubat dilakukan.segala-galanya tidak bermakna tanpa 9 huruf ini iaitu MUJAHADAH.Ia bermaksud perjuangan dan pengorbanan.Mujahadah bukan kerja yang mudah,namun ada natijah ketenangan dan keindahan..



Menurut Sayid Qutb,hakikat iman tidak tertanam kukuh dalam hati sehingga ada MUJAHADAH kerana iman kita.

Weil Cina adalah novel berkenaan umat islam minoriti di turkistan timur.Novel ini menonjolkan watak Qan dan abangnya yang lahir dalam keluarga Islam dihantar ke sekolah berasrama penuh dan akhirnya menjadi komunis dan ateis.Qan lebih awal kembali ke pangkal jalan namun abangnya bersekongkol sabagai pembunuh umat Islam.

Antara yang menarik perhatian ana dalam novel ini adalah antara Qan dan bapanya.

Bapa Qan : Bunuhlah aku.Aku tidak akan sujud kepada sesiapa pun selain ALLAH.

Qan : jangan takut ayah.Saya akan sentiasa bersama ayah.Jangan sesekali sujud kepada manusia selain ALLAH.

Bapa QAn :Jangan bimbang anakku.Muka yang berpuluh-puluh tahun sujud kepada ALLAH tidak akn sesekali sujud kepada manusia.

Sambil menghadap orang kampungyang sudah dikumpulkan oleh tentera komunis,Bapa Qan berkata, "Wahai orang kampung,sekarang kamu memilih selain ALLAH sebagai tuhan dan kamu akan kekal seumur hidup menyembah sesama manusia.Aku tidak akan sekali-kali menukar akidahku walaupun kamu semua meludahi mukaku.tunggulah,kita akan bertemu semula di alam baqa`.Waktu itu aku akan ingatkan kamu semua akan hari yang bersejarah ini.Kamu semua tidak lama lagi akan ke alam itu juga.Aku akn kesana hari ini.Mungkin esok atau lusa kamu semua akan mengekoriku.Kamu semua tidak akan dapat lari dari alam itu,Suatu alam yang kekal abadi.Jumpa lagi disana.ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Jadinya,kita dapat tengok secara jelas bagaimana seorang muslim yang hidup dalam komuniti yang semuanya menyembah selain ALLAH,dapat mempertahankan akidahnya..

YA...mujahadah itu sangat perit..tapi sesungguhnya..setiap jerih payah kita pertahankan kemuliaan islam ini..insyaALLAH ALLAH akan nilainya..


rujukan:Online dengan tuhan

28 May 2011

Pemimpin Terpuji , Pemimpin Terkeji .

Uqbah bin Amir menceritakan bahawa Rasulullah pernah berkata :

"Apakah kalian mahu saya menceritakan ciri ciri pemimpin yang baik dan pemimpin yang buruk ? "
Mereka menjawab ,

"Kami mahu mendengarnya , wahai Rasulullah . "

Rasulullah menyambung ,

" Pemimpin yang paling baik ialah pemimpin yang paling baik bagi kalian .
Dia adalah pemimpin yang paling kalian sayangi dan dia juga sangat mengasihi kalian .
Kamu berdoa kepada Allah bagi pemimpin i i dan dia juga mendoakan kamu . "

"Pemimpin paling jahat ialah pemimpin paling buruk bagi kamu .
Pemimpin ini sangat dibenci dan dia juga benci kalian .
Kamu berdoa kepada Allah agar dia mendapat balasan , dan dia juga mendoakan kecelakaan kalian . "

Para sahabat bertanya ,

"Adakah kami boleh memerangi pemimpin pemimpin yang keji ini wahai Rasulullah ? "

Rasulullah menjawab ,

"Tidak . Biarkan mereka selagi mereka masih berpuasa dan bersolat . "

(Direkodkan oleh at-Tobrani dalam buku al-kabir wa al-Ausath)


Subahanallah .
Hebat sungguh pemimpin Terpuji itu .
Semoga kita semua berada dalam golongan itu .
Bukankah setiap manusia itu adalah pemimpin ?

Astaghfirullah .
Keji pula Pemimpin Terkeji itu .
Semoga kita dihindari daripada sifat sifat tercela itu .
Insya-Allah .

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung