16 March 2014

Belajarlah Untuk Beristighfar

Belakangan ini Malaysia dihujani dengan pelbagai bencana, musibah dan ujian daripada Allah. Jika kita senaraikan terdapat banyak musibah yang menimpa kita seperti :
Bermula banjir besar Disember
》Suhu sejuk January
》Panas Kering February
》MH370 Mac
》Jerebu Mac




Cuba kita refleks balik, adakah Allah menurunkan ujian ini hanya semata-mata kerana Allah ingin menguji kita? adakah Allah menurunkan ujian ini untuk sedarkan kita? adakah Allah menurunkan ujian ini untuk kita saling menyalahkan antara satu sama lain? 

Mari kita ikuti kisah Hasan Al-Basri

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Al-Qurtubi riwayatkan cerita dari Ibnu Shabih. Pada suatu hari ada seorang datang mengadu kepasa Hasan al-Basri tentang masa kemarau. Hasan berkata kepadanya “Beristighfarlah kepada Allah”

Ada pula lelaki lain mengadu akan kemiskinannya. Beliau juga berkata “Beristighfarlah kepada Allah”

Ada pula lelaki lain berkata "Doakanlah supaya Allah memberikan ku anak.” Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah”.

Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah”.

Ar-Rabi berkata kepada Hasan “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua membaca intighfar”

Hasan jawab “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman: 

“Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak2 mu dan mengadakan (pula di dalamnya) untuk mu sungai2” (Nuh: 10 - 12)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah sendiri berfirman dalam surah nuh menyuruh kita beristighfar. Kalau kita lihat di sebalik musibah-musibah yang Allah datangkan kepada kita, adakah Allah mengirim sesuatu musibah itu secara sengaja? Tidak, Allah menyuruh kita untuk muhasabah diri balik, Allah mengirim ujian-ujian ini untuk kita sedar akan kesalahan kita, Allah mengirim sesuatu musibah itu untuk menguji tahap keimanan, kesabaran dan kecekalan hati kita. Allah menurunkan dugaan itu bukan untuk kita saling menuding jari antara satu sama lain, tetapi untuk kita refleks kembali kesalahan kita. Sahabat, Allah tidak akan menurunkan sesuatu ujian tanpa apa-apa tujuan. Istighfarlah, istighfarlah, istighfarlah. Mudah je kan?

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung