Situasi A :
"Eh, kenapa awak pakai baju lengan pendek je ni? Bukan ke kita kena tutup aurat dengan sempurna?"
Situasi B :
"Bro, weyh aku panaslah, penatlah main ragbi petang tadi, nasib baik sekolah kita menang"
"Tapi kan,aku peliklah, kau dah duduk bawah kipas, asal kau nak buka baju bagai nih? Boleh tu boleh, tapi cuba kau tutup sikit aurat kau tu"
"Aish, Ok, fine! Hish payah betul duduk sebilik dengan orang yang baik-baik ni"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada zaman sekarang, umat Islam banyak mengabaikan tentang kewajipan menutup aurat. Mereka kata mereka sudah menutup aurat seperti pakai tudung dan sebagainya.Hakikatnya mereka tidak menutup aurat dengan sempurna.
Sebagaimana sabda Rasulullah :
" Dua golongan ahli neraka yang aku belum melihatnya iaitu satu golongan yang memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan satu golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk tubuh badannya, mereka ini seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat baunya sekalipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian-sekian." ( Riwayat Muslim )
Sebelum kita pergi jauh, di sini ana ingin tekankan beberapa perkara mengenai batas-batas aurat lelaki dan perempuan.
1. lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan
- dari pusat hingga ke lutut
2. perempuan dengan lelaki ajnabi
- seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan
3. perempuan dengan perempuan
- dari pusat hingga ke lutut
Pakai tudung? Tak wajib. Pakai handsock? Tak wajib. Yang wajib tutup aurat, nak pakai baldi pun tak apa.
Janji tutup aurat.