14 September 2019

Muktamar Sanawi ke-38



"القيادة تكليف ولا تشريف"

Kepimpinan itu satu tanggungjawab bukannya kemuliaan

Alhamdulillah telah selesai Muktamar Sanawi kali ke-38 dengan jayanya.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada saf kepimpinan BADAR 2018/2019 atas 
segala usaha , sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang
memimpin demi penjagaan kelangsungan tarbiah dan biah solehah yang ada
di KISAS.

Dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh murabbi yang tidak putus-putus memberi
nasihat dan bimbingan kepada kami untuk melihat seluruh warga KISAS berjaya
bukan dari segi akademik sahaja bahkan sahsiah serta rohaninya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga Kolej Islam Sultan
Alam Shah atas kerjasama yang diberikan sepanjang pimpinan yang dikelola
oleh saf kepimpinan BADAR 2018/2019.
Semoga segala usaha kita demi melihat kelangsungan tarbiah dan biah solehah
di bumi waqafan ini akan terus diberkati oleh-Nya.

Untuk melepaskan satu tanggungjawab kepada yang lain bukannya satu perkara
yang mudah.

Semoga saf kepimpinan BADAR 2019/2020 akan terus berusaha sebaik mungkin
untuk memberikan yang terbaik bagi penjagaan kelangsungan tarbiah
dan biah solehah yang ada di bumi waqafan, 
bumi yang kita semua cinta dan sayang ini.
Demi melahirkan insan-insan yang terus berbakti kepada ummah.
Menjadi qudwah hasanah baik daripada segi intelektual bahkan sahsiahnya.
In Shaa Allah.

Semoga segala usaha kita diberkati oleh-Nya.

Sirru Ala Barakatillah!



0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung