19 February 2015

Antisocial vs Ikhtilat


Nota Penting: Post kali ini khusus buat penghuni bumi waqafan sahaja, yakni penghuni Kolej Islam Sultan Alam Shah, panduan untuk digunakan di dalam KISAS. Bukan penyampaian secara umum, harap maklum.



Cuba kita bahagikan spekulasi pelajar mengenai pergaulan antara muslimin dan muslimat yang boleh dicapai di kolej kepada 5.


1. Social
2. Peluang
3. Ikhtilat
4. Syadid
5. Anti-social

Dan ana akan ta'rif kan setiap satu,

1. Social - dianggap terlalu bebas dalam pergaulan. Bila berjumpa bersenyum-senyum, berlambai-lambai (ini over). Bila berjumpa juga bertegur sapa.. Jika muslimin, settle taaruf dia untuk muslimat tuh, dan jika muslimat pula sebaliknya. Bila  berjumpa dalam mesyuarat dsb, pandang mata bertemu mata, dan jatuh ke hati. Passing barang kecil seperti wang syiling diberi tangan ke tangan (masih tak bersentuh). Muka manja banyak macam ketika bergaul. Bila bercakap pula, istilah yang dipakai, kau-aku je. Merujuk kepada pihak ramai, korang-dorang dipakai.

2. Peluang - boleh kata social tahap rendah. Bercakap tanpa tujuan dengan rianya misalnya ketika perjumpaan untuk musabaqah. Dinamakan tahap 'Peluang' kerana bersifat mengambil peluang. Adapun ketika berjumpa di luar waktu mesyuarat dan sebagainya seperti biasa. Tidak menegur dan tidak pula bersenyum. Dalam mesyuarat juga, pandang kadang-kadang bertemu mata. Passing barang kecil seperti pemadam diperlakukan seperti di cashier kedai-kedai, tangan di bawah menyambut, tangan di atas memberi. Jarak hanya beberapa centimeter. Muka manja semacam ketika bergaul. Bila bercakap, kadang-kadang istilah dipakai kau-aku, kadang-kadang ana-enta. Tak tetap. Selalu pakai korang-dorang, tapi juga memakai antum-antun.

3. Menjaga Ikhtilat - memperilakukan seperti mana syariat suruh, bercakap bila perlu, berjumpa bila perlu, bila ada dhorurot, dan di masa lain tinggalkan. Ketika berjumpa di kala dhorurot, tidak pula bersembang di luar topik, fokus dan tidak lari dari matlamat asal perjumpaan di buat. Di kala waktu kecemasan, bertindak rasional selari dengan syariat suruh. Dalam mesyuarat, pandang pada kadar tertentu agar tidak menganggap memperlekeh si pembual bicara.  Tidak memandang mata. Bila passing barang, mengikut apa yang telah dipelajari dalam Minggu Ta'rif, barang kecil, dikepit dengan buku dsb. Muka sedang ketika bergaul, tidak terlalu serious dan tidak pula terlalu manja. Bila bercakap istilah dipakai ana-enta, antum-antun. Kadang-kadang terpakai korang-dorang.

4. Syadid - menjaga ikhtilat tahap syadid, bila muslimin panggil muslimat, buat toleh ke arahnya, tapi pandang awan sampai habis bercakap, begitu sebaliknya. Ketika berjumpa dalam mesyuarat, pandang bawah 24/7. Bila ajnabi panggil, angkat muka separuh je, itu pun masih pandang lantai. Passing barang tu, kalau tak ada tiang lampu, maka campak pun jadilah. Muka macam nak denda orang ketika bergaul. Istilah yang dipakai ialah ana-enta, antum-antun, dan mungkin memakai nahnu (?).

5. Anti-social - orang yang tak nak bergaul. bila dipanggil, buat tak tahu. Dalam mesyuarat, buat kerja lain. Passing barang, main campak je. Muka masam je dalam perjumpaan. Istilah pakai tiada, kerana jarang dengar mereka berinteraksi, itulah namanya anti social.



Jadi anda nilai diri anda di mana, ini hanyalah sebuah spekulasi, maaf jika tidak mahu menerima pendapa fakir ini. Tapi semata untuk tujuan muhasabah, renungkanlah.

Alhamdulillah di Kolej Islam tiada yang tergolong dalam kalangan mereka yang sosial, insyaAllah tidak akan wujud golongan itu.

Nampaklah bahawa Islam itu menganjurkan kesederhanaan dan bukan ke-jumud-an yang terlampau. Orang yang menganggap menjaga ikhtilat itu sebagai jumud ialah orang yang perlu belajar dengan lebih mendalam lagi tentang Islam, rujuk balik naqib naqibah, rujuk balik ustaz ustazah di kolej. Hayatilah uniques Teachers dan Usrah yang ada di bumi waqafan itu.

Jangan pula memandang serong akan orang yang menjaga ikhtilat, orang yang menjaga ikhtilat pula dianggap antisocial, Golongan "Peluang" dianggap profesional dan menjaga ikhtilat.

Kupasan isu 'Profesional' dalam berkomunikasi.

Wahai, daie bumi waqafan, janganlah istilah profesional menghalalkan matlamat mu dalam berbicara tiada senda, sehingga terasyik-asyik terbuai ke topik lain luar dari tajuk asal munaqasyah.

Setahu ana, yang lebih ma'ruf dan selalu menggunakan istilah profesional ialah dari pihak muslimat, maka janganlah salah beranggapan dengan istilah ini, dan jangan pula konsep ini menjadi tiket untuk bergurau senda dalam perbincangan.

Profesional yang ditekankan oleh BADAR ialah:

1. Terus bincang kepada topik, tidak perlu lencong-lencong.

2. Beri komitmen dalam perbincangan, bukannya sebelah pihak menyatakan pendapat, sebelah pihak mengangguk kosong. Fahamkan isi perbincangan, supaya maklumat cepat sampai dan tidak perlu berulang-ulang menyatakan hal yang sama.

3. Pandang dengan kadar waktu tertentu (pandang ke arah pembual bicara sebentar, kemudian pandang ke tempat lain, dan kemudian ulang semula) dengan niat untuk menghormati si pembual bicara, jangan tak pandang terus, boleh disalah tafsir sebagai tidak mendengar.

4. Jaga adab ikhtilat (seperti yang diajar dalam Minggu Ta'rif)

5. Elakkan menghadap muslimin dan muslimat kecuali jika berguru.

6. Muka tidaklah terlalu serious, tidak perlu terlalu manja. Sedang-sedang sahaja.

7. Berteman, bukan berdua-duaan. Tidak pula perlu beramai-ramai jika di tempat-tempat yang tertentu, misalnya penghubung antara blok Form 4 dan Form 5.

8. Di tempat yang terang, dan bukan tempat yang gelap.

9. Menjaga jarak.

10. Menjaga suara.

11. Menjaga hak masing-masing

Ayuh ubah, dan ayuh muhasabah wahai penghuni bumi waqafan!

Wallahua'lam,

11 kesannya:

  1. Tpi mcm mner plak dlm kes debat dsb yg memerlukan jarak yg agak dekat ..??? Adakah kite masih perlu mengikut yg seperti ditetapkan?? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas Soalan . :)

      Dalam kes perdebatan , perlu diingatkan tentang penjagan ikhtilat walaupun proses membina team debat memerlukan chemistry dan teamwork yang baik sepanjang tempoh perdebatan .
      Maka ana lihat perlunya kembali kepada konsep Ikhtilat yg diketengahkan adalah untuk :
      1.Memelihara Syariat
      2.Menjaga Biah Solehah Kisas

      Jadi , berdasarkan pengalaman berdebat , ana mengharapkan kefahaman penggunaan Ikhtilat mengikut waqi' disebabkan keperluan tertentu shaja.
      Bilamana dalam medan perdebatan , maka teruskan dengan cara anda selagi tidak melanggar syariat , tidak bersentuhan antara yang bukan muhrim , tidak bercakap kosong yg melampau dan sebagainya .

      Tetapi ini berbeza pula apabila waqi' berubah . Maka perlunya dihormati waqi' tersebut apabila contohnya berada di luar medan perdebatan ( kawasan KISAS ) , maka perlulah mengikuti cara pnjagaan ikhitlat seperti yang diatas
      dan merujuk kepada konsep yg kedua tadi iaitu untuk menjaga Biah Solehah Kisas.

      Wallahu A'lam

      Delete
    2. Syukran atas penjelasan daripada Exco Ceramah.

      Delete
  2. Nampaknya situasi di luar dan dalam Kisas agak berbeza..
    Ada panduan untuk khirij KiSaS?

    ReplyDelete
  3. Assalam. Boleh tak kalau nak minta sharing tentang adab jaga ikhtilat?

    -salam dari smka-

    ReplyDelete
  4. Apa pandangan mengenai group whatsapp (perkongsian ilmu agama,dunia dan pelajaran) yang ada ikhtilat? Wajarkah atau perlu dihentikan?

    ReplyDelete
  5. kenapa untuk penghuni kisas je.. mungkin lebih baik dikongsi bersama.bukan ape.. ilmu itu milik allah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana setuju.. sbb nampak seperti assobiyah di situ.. maaf klu terasa

      Delete
  6. Sebenarnya bukan kami nak khususkan utk warga bumi waqafan sahaja, tapi apabila kami buat tajuk yg terlalu umum, takut2 org yg tak berapa paham lebih mendalam tentang islam,akan membuat statement yg seolah - olah islam itu terlalu sempit..

    Jadi kpd yg nak mengamalkannya.. silakan, amat dialau - alukan dari kami..

    Wallahualam

    ReplyDelete
  7. ana merupakan lepasan kisas, yg sudah rasa lalui sebagaimana antum lalui, biah solehah,settle taaruf,babul liqo dan sebagainya. bila di IPTA ana lihat kebanyakan lepasan kisas tidak pon sebagaimana mereka seperti di kisas, malah ade yg berjwatan badar pon tidak terkecuali, mereka seolah-olah terkejut dgn biah baru, termasuklah ana,, ana praktikkan segala yg ana belajar di kisas di ipta namun dicop sebagai sombong dan anti sosial. ketika itu ana rasa seolah-olah seakan-akan ikhtilat kisas hanya kekal di kisas, kalau di luar boleh bebas,,adkah begitu yg badar inginkan, ana ade berkawan dgn bekas presiden Hawa kisas yg menolak style ikhtilat kisas. oleh itu, pihak badar boleh truskan dgn style dakwah sedemikian, namun perlu juga didedahkan bagaimana applikasinya ketika di luar. kalau nk g outing pon, naik bas masih bercampur jantina gak kan,, شكرا على حسن الإصغاء

    ReplyDelete
  8. Allahu...mcm best jer KISAS ni..smua jga pergaulan,Alhamdulillah..thun depan nk msuklah..Nak sgat masuk
    ...>_<

    ReplyDelete

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung