Amirul mendekati anak usrahnya . "Man, cuba enta tunduk, pandang arah bawah."
Nu'man terkejut. "Nak buat apa abang Mirul?"
"Buat je, tak melanggar syariat pun kan."
"Iyelah iyelah."
"Enta nampak apa kat bawah tu?
"Nampak bumi, tanah, ulat, rumput, semut, macam-macam lagi lah."
"Kotor kan? hmmm, sekarang cuba enta dongak pandang langit, nampak apa pula?"
"Ana nampak, putih dan biru, burung terbang ke sana ke mari, bebas."
"Nampak semua benda bersih je kan?
"Macam tu lah juga hati kita ni, sekarang ni macam tanah, kotor; tetapi misi kita nakkan jadi macam langit, putih dan biru, bebas daripada fitnah dunia."
"Ohh itu ke sebabnya."
"Ya, kita hendak capai mardhatillah, redha Allah, bukan nak dapat redha manusia, tak ke mana pun gitu."
"Ya, kita hendak capai mardhatillah, redha Allah, bukan nak dapat redha manusia, tak ke mana pun gitu."
Sesungguhnya hati kita ini lah menentukan halatuju gerak-geri kita, Sama ada kita ke lubang cacing mencari ilmu atau ke kasino besar mencari maksiat, semuanya tertumpu kepada sejauh mana hati kita dapat makan makanan rohani yang disuapkan oleh minda kita.
Cuba fikir balik, berapa banyak kita berzikir kepada Allah setiap hari, sedangkan Allah berfirman dalam qur'an, surah Ar-Ra'd ayat 28:
Cuba fikir balik, berapa banyak kita berzikir kepada Allah setiap hari, sedangkan Allah berfirman dalam qur'an, surah Ar-Ra'd ayat 28:
"Ala bizikrillahi tatma'innal quluub," sodaqallahul adzim.
"Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati kita akan tenang." au kama qal.
Jadi kalau kita lupa Allah,
f(x) = lupa Allah
g(x) = hati kita
g(x) = hati kita
fg(x) = hati ke dunia // hati mati
sama juga jika bila kita kononnya ingat Allah, tapi teruskan buat maksiat dalam pengawasannya.
sama juga jika bila kita kononnya ingat Allah, tapi teruskan buat maksiat dalam pengawasannya.
f(x) = (ingat Allah)x + hati kita
inverse function,
y = f(x)
(maksiat)y = (ingat Allah)x + hati kita
(maksiat)y - hati kita = (ingat Allah)x
[(maksiat)y - hati kita] / ingat Allah = x
x = [(maksiat)y - hati kita] / ingat Allah
f-1(x) = hati mati
(maksiat)y = (ingat Allah)x + hati kita
(maksiat)y - hati kita = (ingat Allah)x
[(maksiat)y - hati kita] / ingat Allah = x
x = [(maksiat)y - hati kita] / ingat Allah
f-1(x) = hati mati
Hati tetap mati, dan mati, dan gelap, ditelan fitnah dunia dan fitan yang dibuat oleh diri kita sendiri. dan begitulah Hati kita jika tidak dirawat, terus menerus ditembak oleh senapang syaitan, dipanah dengan busur panah yang buruk, oleh iblis sendiri.
Dan implikasinya, kita boleh rasa sendiri.
Qur'an entah hilang ke mana,
Lepas solat terus ciao,
Ibu bapa dah kurang taat,
Lagu-lagu lagha je kat telinga 24/7,
Cari cinta lain, bukan kepada Dia yang Maha Esa,
Cari cinta lain, bukan kepada Dia yang Maha Esa,
Sentiasa mencari bahan untuk jatuhkan orang,
Buat majlis mengumpat, kedai kopi katakau,
dan macam macam lagi, semuanya bermula daripada garisan mula yang sama, qalbi, hati kita.
"Akh, daripada tadi cerita pasai hati mati, cuba cerita macam mana nak baiki, hati saya dah kena tampal 10 plaster dengan dah kena 8 jahitan, tenat woi, cepat sikit bagitau."
Banyak cara untuk merawat hati, tapi luka di hati bukanlah sebagaimana luka zahir di kaki sebab main rugby, boleh rawat dengan sapu ubat dengan tawakkal kepada Allah je,
tapi luka hati ialah luka batin, di mana perlu masa, perlu manjakan dia dengan memberi makan makanan rohani, dan perlu shadid dengan dia dalam mujahadah terhadap nafsu, juga perlu tawakkal sepuluh kali ganda lagi hebat daripada luka zahir.
Pertama, mesti kenali hati itu sendiri, meh ana bagi biodata sikit.
Nama Penuh: Hati bin Tuan Empunya Badan
Tarikh Lahir: sama dengan tuannya
Tempat Lahir: dalam dada
Kawan Baik: Nafsu dan Jasad
Anak: seorang sahaja (Akal)
Nama Penuh: Hati bin Tuan Empunya Badan
Tarikh Lahir: sama dengan tuannya
Tempat Lahir: dalam dada
Kawan Baik: Nafsu dan Jasad
Anak: seorang sahaja (Akal)
Hobi: Menerima apa yang tuannya buat
Pekerjaan: Mengawal gerak geri tuannya
Pekerjaan: Mengawal gerak geri tuannya
Kedua, kenali musuh-musuh hati, iaitu sifat-sifat keji dan mazmumah yang mampu menghasut hati menjadi 'the dark side of the heart'.
Ketiga, mula secara perlahan, jangan terus drastik, banyak alasan akan timbul yang diberi oleh diri sendiri juga.
Keempat, berpuasa untuk mengekang nafsu, nafsu ni bukan apa, tapi bestpren si hati ni, kerjanya hasut orang buat perkara yang dia nak 24/7 semua orang sama kecuali nafsu kepunyaan Nabi Muhammad yang berjaya dijinakkan. Jadi nak jinakkan hati perlu kurung dulu si nafsu ni.

Kelima, istiqamah dalam melaksanakan amalan, dalam konteks ini ana nak highlightkan sikit pasal istiqamah ni, sedangkan dalam amalan, tak perlu banyak banyak pun, kalau solat tahajud dua rakaat satu malam, tapi beristiqamah, better than solat tahajud lapan rakaat, tapi setahun sekali kan? Dan bilamana kita istiqamah, hati kita akan tahu "okay dia nak tahajud, dia nak bagi aku makan, alhamdulillah.", syaitan pun tak mudah nak kacau sebab hati kita dah biasa, dah tahu.
Keenam, sentiasa berdamping dengan orang yang soleh, sesungguhnya bilamana kita bersama mereka kita akan sentiasa tertarik dengan atmosfera mereka yang senantiasa ingin membuat ibadah, dan jauh daripada maksiat.
Ketujuh, sentiasa mencari ilmu, membuka pintu-pintu hati untuk mendapat 'makanan' jenis baharu, yang mampu mengenyangkan lebih lama dan lebih sedap juga.

Kelapan, rela diri ditarbiyyah dan rela diri ditegur dan komen, sentiasa tidak melenting bilamana orang tegur kita. Sesungguhnya bila kita ditegur memang rasa "ishhh geramnya aku dengan minah ni", tapi itu pada awalnya sahaja, dan setelah reda rasa marah itu, kita akan renungi balik dan cakap "oh betul lah apa dia kata hari tu," gitu.
Hentak ego itu sedalam-dalamnya ke tanah, biar pegun di situ dan tidak terlepas untuk naik ke langit mengatasi segala makhluk.
Akhir kalam, semoga kita semua dapat berubah ke arah cahaya, hati yang bersih dan bebas daripada maksiat, ke arah mardhatillah.
Barakallahu fikum,
wallahu ta'ala a'lam.
0 kesannya:
Post a Comment