27 November 2014

Dariku Untukmu.


Wahai sahabat-sahabat sekalian, sesungguhnya bersamaku ini sepucuk surat cinta,

agar kau dan aku, dapat gapai redha Dia sama-sama,
agar nanti bila ku bertapak di syurga, bukan sepasang sahaja, tapi langkahmu mengorak sama.

Maka aku ingin mengajakmu untuk bersamaku dalam sebuah misi pujangga,
mengorek emas biarpun menggunakan tangan semata,
asalkan manfaat dalamnya kau dan aku merasai bersama.

Inilah dia surat cinta yang ku maksudkan,

Sebelum kau pandang serong sebelah mata, dengarkanlah khabarku terlebih dahulu,
sesungguhnya aku lemah hendak menyampaikan berita ini berhadapan denganmu,
makanya hanya melalui tulisan ku mampu jelaskan, dengarkan rapat temanku

barangkali ia berbayar RM200
barangkali ia jauh nun di Melaka (bagi orang bukan Melaka)
barangkali ia mengambil masa sampai berminggu-minggu
barangkali tak pernah belajar di pondok

namun inilah peluang keemasan untuk kita,

apalah sangat nilai RM200 berbanding dengan nilai ilmu dan pengalaman yang bakal kita rasakan dan dapatkan, sedangkan duit itu juga kos tanggung untuk makan dan penginapan serta kitab untuk kita juga.

inilah peluang baik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah melalui wasilah mencari ilmu dan berdamping dengan ulama'!

kalau bukan hari ini, adakah engkau mahu tunggu esok?
jika kemarau menjelang, dan takdir-Nya hujan turun setelah sekian tandus, apakah kau ingin tunda meraikan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan mengatakan "hujan turun lagi esok" ?

sungguh kau benar-benar rugi tidak menerima peluang ini,
sedangkan helang bersusah mencari ruang menyambar ikan,
engkau pula melepas saat sirat membuka ruang,

ku ingin menyeru kamu turut sama menyertai,
aku nak pergi, tapi bukan seorang diri,
kerana aku takut,
takut akan nanti aku pula yang lebih daripada mu,
tak balance gitu,
aku hendak terbang sama tinggi rendah denganmu,
kerana bila kita pipit kita belajar terbang sama-sama,
bila kita sudah helang kita terbang ke angkasa pun sama-sama,
baru so sweet macam tu,
teman aku untuk kali ni je teman, boleh?

sahabat karibku, jangan lupa juga sampaikan berita baik ini kepada sahabat mu yang lain, warwarkan lah melalui facebook mahupun twitter, tumblr mahupun blogger, carilah wasilah terbaik bagimu mendekati rakanmu, asal mesej yang ku harapkan sampai ke telinga lain, dan bibir mereka pula menitip kata yang aku sampaikan ini.

agar semua mendapat manfaat,
Moga Allah Redha akan usaha ini.


0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung