29 March 2009

Gambar Kem Pengenalan Tarbiyah Islamiah '09




Tahniah diucapkan kepada adik-adik Tingkatan 4 yang baru sahaja selesai mengikuti Kem Pengenalan Tarbiyah Islamiah anjuran BADAR KISAS. Harapan kami agar adik-adik dapat mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah diperoleh untuk kebaikan diri adik-adik dan umat Islam amnya.Wallahualam...
Makluman
Terdapat hampir 1.5 GB koleksi gambar KPTI Muslimin dan Muslimat. Dapatkan melalui JK Pelaksana KPTI


p/s: Pesanan dari Ust. Syaari, sebarang pertanyaan berkenaan slotnya boleh dibuat di blog beliau. Link di sini






27 March 2009

Upin & Ipin dan Doraemon : Sekadar Coretan




Ketika itu, saya bersama sahabat saya sedang menikmati Nasi Goreng Ayam di sebuah restoran di Kampung Jawa, Klang. Menjeling sebentar ke kaca televisyen. “Mari Bertarannum rupanya, lama aku tak tengok.”, bisik saya di dalam hati. Lamunan saya terhenti apabila abang Roti Canai (senang dipanggil begitu kerana sejak dari mula kedatangan saya, dia menebar roti canai) menukar channel Astro. Jari jemarinya laju menekan punat dan akhirnya terhenti…UPIN DAN IPIN.


“Ada ke orang nak tengok…?”, fikir saya.

Seorang pelanggan awal 30-an saya kira, mula berhenti menyuap nasi dan merenung kaca televisyen tanpa berkelip. Hehe…Abang pun minat Upin Ipin? Ingatkan anak saudara saya saja. Kemudian, pelanggan itu tersengih-sengih sendirian. Itu baru situasi pertama. Banyak lagi situasi yang saya alami sejak melandanya fenomena UPIN dan IPIN. Seorang bapa dan seorang ibu sanggup berdiri di kaki lima di gerai jualan CD cetak rompak bersama anak mereka untuk menonton Upin dan Ipin di televisyen yang disediakan. Juga tersengih-sengih…Parah juga ni!.
Saya juga pernah terfikir tentang method pendidikan orang Jepun pada anak-anak mereka. Melalui apa? Kartun yang cukup popular, Doraemon.


TARBIYYAH 1
Doraemon digambarkan sebagai kucing dari masa depan. Ia sentiasa mendapat apa yang dihajatinya melalui poket kecilnya itu. Suatu doktrin yang cukup berkesan…Apa yang kamu hajati, kamu pasti akan mendapatnya!


TARBIYYAH 2
Doraemon juga sedia membantu Nobita jika dalam kesusahan. Satu lagi doktrin yang amat berkesan…Walaupun kita berada di atas, jangan lupa orang di bawah!

TARBIYYAH 3
Nobita selalu dibuli Giant dan Sinyu disebabkan dia lemah dari segi fizikal dan pelajaran. Oleh itu, sentiasalah rajin mengulangkaju dan berusaha untuk menjadi bangsa yang maju dan tidak dipandang rendah. Lihatlah bangsa Jepun sekarang…Berbalik kepada Upin dan Ipin, kita dapat lihat, satu lagi penerapan pendidikan terhadap anak-anak. Satu usaha yang cukup menarik dan kreatif. Upin dan Ipin adalah watak common ataupun simbolik bagi kanak-kanak di Malaysia. Nakal tetapi patuh pada orang tua, sentiasa ingin mencuba, patuh pada agama dan mesra dengan sesiapa sahaja. Pelbagai nilai murni diterapkan dalam filem animasi itu sejajar dengan usaha mendidik anak-anak Malaysia ke arah yang lebih baik.

TARBIYYAH 1
Upin dan Ipin menyembunyikan kaca mata nenek. Mereka memberi report card dan meminta nenek menandatanganinya. Kakak terlihat report card yang penuh dengan warna merah (ertinya, kebanyakan subjek adalah gagal). Akhirnya, mereka dimarahi kakak kerana cuba menipu nenek. Apa yang dapat dipelajari? Jangan menipu…nanti kena marah. Tak baik tipu orang tua-tua, berdosa!

TARBIYYAH 2
Mereka tidak pernah malu mengeluarkan pendapat malah yakin dalam berkata-kata. Itulah ciri-ciri seorang pemimpin.

TARBIYYAH 3
Ucapan “Selamat pagi Cikgu!” (dengan intonasi/irama yang agak lucu) memang sinonim dengan peminat filem animasi ini. Secara tidak langsung, ia mendidik generasi muda menghormati guru dan sentiasa menggembirakan guru.Sabda Nabi S.A.W, Muliakanlah orang yang kamu belajar darinya”Semoga filem ini dapat membentuk generasi masa depan yang lebih berakhlak mulia, berpegang teguh dengan agama dan memimpin Malaysia ke arah yang lebih sempurna.

Begitu mudah mendidik remaja kini (jika dibentuk dari kecil, bukan 'disuap' hari-hari seperti kini), cukup mudah juga jika hendak merosakkan mereka. Jangankan suatu hari nanti kita menyesal...Anak muda nak itu, diberi. Anak muda nak ini, semua diberi. Mengapa? Kerana mereka bakal pemimpin katanya.Tugas siapa ya? Fikirkan...
p/s : Artikel kali ini lebih santai. Sesuai dengan mood artikel kali ini. Selamat membaca :) Klik di sini untuk ke blog saya
Mohamad Razif Mohamad Fuad
Timbalan Presiden,
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah

Kem Pengenalan Tarbiyah Islamiah 1430H/2009M (27-29 Mac 2009)

Assalamualaikum w.bt. kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian

Bermula hari ini (27 Mac) hingga Ahad ini (29 Mac) akan diadakan Kem Pengenalan Tarbiyah Islamiah untuk para pelajar Tingkatan 4. Diharapkan sahabat-sahabat sekalian mendoakan kejayaan program ini demi memartabatkan dan memantapkan tarbiyah di Bumi Waqafan. Wassalam...

17 March 2009

Mungkin Anda Ingat Kata-Kata Ini...


14 March 2009

Tamrin Qiyadi BADAR dan Lembaga Ketua Pelajar

15 Mac hingga 16 Mac ini, Biro Tamrin dan Kegiatan Luar BADAR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling KISAS akan menganjurkan Tamrin Qiyadi untuk BADAR dan LKP di Impiana Resort, Ulu Langat, Selangor. Doakan program ini berjaya...:)

5 March 2009

Gambar dan Audio Ceramah Simposium Nuqaba' KISAS 2009







Audio Ceramah Simposium Nuqaba

1. Ustaz Anhar bin Opir (Teknik-teknik Pengendalian Usrah)
2. Ustaz Mohd. Khir bin Sajidin (Peranan Pelajar Muslim)
3. Ustazah Muntimah (Tafsir Surah Al-Kauthar)
4. Ustazah Nek Hazifah binti Nek Hassan (Kuliah Dhuha : Golongan Yang Tercicir di Medan Dakwah)
5. Ustazah Noriah (Ciri-Ciri Naqib/Naqibah Cemerlang)
Nota : Gambar-gambar di atas tidak disusun mengikut susunan program. Hanya sebahagian yang dipamerkan di blog ini. Bagi yang inginkan gambar selebihnya, boleh hubungi pihak BADAR. Harap maaf sekiranya audio tidak memuaskan. Utamakan isi kandungan. Audio adalah dalam format WAV. Klik di nama penceramah untuk mendengar ataupun klik kanan dan pilih 'Save as Target' jika anda ingin memuatturun audio.

"Bersama Mengemudi Bahtera Tajdid"

3 March 2009

3 Mac 1924...


Lebih 80 tahun yang lalu, pada tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), sebuah kelompok berlatar belakang Yahudi-Masonis, yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Attaturk laknatullah, telah mengisytiharkan pembubaran Daulah Khilafah (Khilafah Utsmaniyyah) dan menggantikannya dengan sebuah negara sekular Turki.

Setelah 13 abad keemasan, Daulah Khilafah, yang merupakan kesinambungan dari Daulah Islam (Negara Islam) yang di bangun oleh Rasulullah saw, di Madinah telah dihancurkan melalui tangan seorang manusia terkutuk Mustafa Kamal. Bermula dari tanggal 28 Rajab 1342H itu, maka Daulah Khilafah yang selama ini telah membawa Islam ke seluruh penjuru alam telah lenyap dari muka bumi. Bermula dari tarikh itu juga, lenyaplah sudah sebuah Daulah Islam yang selama lebih 1400 tahun telah memberikan rahmat dan kedamaian kepada dunia amnya dan umat Islam khasnya, musnahnya sebuah Daulah Islam yang selama ini menghilangkan seluruh belenggu yang memisahkan manusia, seperti nasionalisme, patriotisme dan juga rasisme.
Tidak terhenti di situ, sebagai seorang Muslim kita harus faham bahawa penghancuran Daulah Khilafah adalah merupakan hasil sebuah senario dan rencana berabad-abad lamanya dari kaum kuffar untuk melawan Islam dan kaum Muslimin.

Contoh yang nyata bahawa ini adalah perancangan jahat mereka adalah tragedi Perang Salib pada abad ke-12 serta invasi tentera Tartar ke atas Baghdad dan Damaskus pada 1258. Meskipun serangan kaum kuffar ini “berhasil”, namun tak berapa lama selepas itu, kaum Muslimin, dengan izin Allah, mampu bangkit dan mengalahkan mereka semula. Bahkan kaum Muslimin berhasil membawa Islam sampai ke benteng-benteng negara kuffar hingga hampir menembusi jantung Eropah.

Dari kekalahan demi kekalahan yang mereka alami, maka segeralah kaum kuffar ini mengkaji dan cuba memahami mengapa kaum Muslimin selalu mampu merebut kembali setiap tanah yang mereka taklukkan. Oleh karena itu, kaum kuffar ini mulai mengganti taktik konvensional, yang berupa invasi militer, lalu mencuba pakai strategi yang lebih berbahaya dan dahsyat. Mereka lalu melakukan invasi ideologi dan missionaris; menanamkan rasisme dan nasionalisme; mengukuhkan agen-agen mereka dari kalangan Muslim sendiri; dan mengkolonisir negeri-negeri Islam yang jauh tempatnya dari pusat Daulah. Metode baru ini terbukti sangat efektif, sehingga akhirnya mereka berjaya menghancurkan Daulah Khilafah, tepatnya pada 28 Rajab 1342H.

Erti Penghancuran Khilafah dan Kesan-kesannya
Hancurnya Daulah Khilafah memiliki konsekuensi yang amat besar, yakni tidak diterapkannya aturan-aturan Islam, dan berlakunya hukum-hukum kufur buatan manusia yang telah mengakibatkan kemurkaan dan azab Allah. Allah Swt. berfirman:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى

“Siapa saja yang berpaling dari Peringatan-Ku, sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (TMQ Thaha [20]:124).

Negara Khilafah adalah negara Islam yang selama ini membawa risalah Islam ke seluruh bangsa-bangsa di dunia dengan jalan dakwah dan jihad. Hancurnya Negara Khilafah telah mengakibatkan terhentinya penyebaran Islam dan futuhat (pembukaan negeri-negeri baru). Hancurnya negara Khilafah bererti semakin mudahnya jalan kaum kafir untuk menyebarkan ajaran dan pemikiran sesat mereka ke atas anak-anak kaum Muslimin di seluruh dunia Islam.
Daulah Khilafah adalah negara Islam, yang menyatukan seluruh kaum Muslimin di bawah satu payung pemerintahan. Hancurnya Daulah Khilafah juga telah mengakibatkan perpecahan kaum Muslimin berserta negeri-negeri mereka kepada negara-negara kecil yang tidak bersatu dan tidak berdaya. Saat ini lebih dari 50 buah negara kaum Muslimin yang tercerai berai telah berdiri dengan lemahnya! Hal tersebut mengakibatkan semakin kuatnya nasionalisme, rasisme, dan patriotisme di kalangan kaum Muslimin, serta hilangnya ikatan ukhuwwah yang di dasarkan atas satu kesatuan akidah. Allah swt. berfirman:

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ

“Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kalian semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu. Karena itu, sembahlah Aku. (TMQ al-Anbiya [21]:92).

Daulah Khilafah adalah negara Islam yang menjaga tanah-tanah kaum Muslimin dan kesatuan umat Islam. Hancurnya Daulah Khilafah juga telah mengakibatkan kolonisasi kaum kafir terhadap negeri-negeri umat Islam dan berdirinya pangkalan-pangkalan militer di negeri kita semua. Palestin adalah contoh yang nyata. Daulah Khilafah-lah yang selama ini menjaga Palestin dari invasi Yahudi. Namun, saat negara Islam hancur, Palestin terus berhasil diduduki oleh Yahudi laknatullah. Rasulullah saw bersabda:

«إِنَّمَا اْلإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ»

“Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu laksana perisai; orang-orang berperang dengannya dan dilindungi olehnya.” (HR Muslim).

Negara Khilafah adalah negara Islam yang menjaga darah dan harta kaum Muslimin serta menjaga kekayaan negara dengan melaburkannya untuk urusan Islam dan kaum Muslimin semata-mata. Hancurnya Negara Khilafah telah mengakibatkan adanya perompakan oleh penguasa-penguasa Muslim yang zalim dan khianat, berleluasanya kemiskinan, banyaknya huru-hara dan kemaksiatan dalam negara, berleluasanya rompakan, pencurian, perzinaan, diskriminasi, eksploitasi dan melayangnya segala kekayaan umat Islam ke tangan orang-orang kafir dan kepada penguasa-penguasa pengkhianat umat. Perang saudara dan tertumpahnya darah sesama Muslim silih berganti. Jumlah korban mencecah jutaan nyawa hasil perbalahan sesama sendiri. Sifat persaudaraan sudah hilang, ketakutan kepada Allah sudah musnah, kaum Muslimin hidup hanya untuk mengejar kekayaan dan benar-benar takut untuk mati.
Wahai kaum Muslimin! Daulah Khilafah adalah Daulah Islam.

Setiap individu warga negara yang pernah hidup di dalamnya merasa aman dan tenteram. Keluarga, kekayaan, harga diri, martabat, dan kehormatan mereka dijamin oleh Negara. Hancurnya Negara Khilafah telah membawa kepada segala kehancuran umat Islam seperti mana yang kita sedang saksi dan rasakan sekarang. Tidak ada lagi keamanan dan keselamatan, yang ada malah ketakutan dan kesengsaraan. Semua ini merupakan akibat aturan-aturan Islam yang melindungi seluruh individu sudah tidak diterapkan, malah diganti dengan hukum kufur penjajah dan hukum kufur rekaan tangan-tangan manusia Muslim itu sendiri.
Pasca hancurnya negara Khilafah, orang-orang kafir mengekang seluruh negara umat Islam dan mengendalikan semua urusannya, baik aspek pemerintahan, politik, media, institusi pendidikan, ekonomi, bahkan kehidupan publik dan rumah tangga sekalipun telah berjaya di serapkan ideologi Kapitalis kuffar ini.

Apa respons anda?
Bagi kaum Muslimin yang ikhlas, yang hidupnya hanya untuk Allah dan yang matinya hanya untuk Allah, mereka melihat dan memahami bahawa segala penderitaan yang dialami oleh umat Islam setelah hancurnya Khilafah, ini adalah permulaan kepada sebuah perjalanan dan perjuangan yang akan mengantarkan mereka kepada syurga Allah. Sebuah perjuangan yang mulia untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah yang akan mengatur semula dunia ini dengan hukum Allah dan RasulNya. Ya inilah perjuangan yang akan dilakukan oleh pemuda-pemuda Muslim yang ikhlas, yang tidak takut kecuali hanya kepada Allah. Mereka berjuang siang dan malam bagi mengejut dan membangkitkan saudara-saudara mereka yang terleka dan terlena dengan keindahan dunia yang bersifat sementara ini.

Kaum Muslimin yang ikhlas ini berjuang untuk menerapkan semula sebuah kewajipan agung yang telah membawa kemuliaan kepada umat Islam satu ketika dahulu. Mereka telah menyahut seruan Allah dan seruan RasulNya untuk mengembalikan semula keagungan Islam sebagaimana yang telah dirintis oleh Rasulullah 1400 tahun yang lampau. Dan para pemuda Muslim ini yakin dengan janji dan kemenangan dari Allah dalam perjuangan mereka. Justeru, mereka menyeru agar anda semua menyahut perintah Allah dan Rasul untuk menegakkan semula Daulah Islam

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَجِيبُوا ِللهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila dia menyeru kalian pada sesuatu yang memberikan kehidupan kepada kalian. (QS al-Anfal [8]: 24).

Disunting oleh : ibnu fuad as-saadi

Ceramah Maulidur Rasul KISAS : 6 Mac 2009

Assalamualaikum kepada ikhwan dan akhawat,
InsyaAllah, pada 6 Mac 2009 (Jumaat) akan diadakan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat KISAS. Penceramah jemputan ialah Al-Fadhil Ustaz Farid Ravi Bin Abdullah. Doakan semoga program ini berjalan lancar. Wassalam...

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung