Diceritakan bahawa seorang ibu telah datang menemui Nabi Daud a.s. lalu berkata:
Ibu – Wahai Nabi Allah! Adakah Tuhanmu zalim atau adil?
Nabi Daud – kenapa kamu ini wahai perempuan? Tuhan itu Maha Adil dan tidak pernah melakukan kezaliman! Apa yang telah berlaku ke atas dirimu?
Ibu – Aku seorang balu. Bersamaku tiga orang anak perempuan yang masih kecil. Aku menjaga mereka seorang diri dengan hasil tenunan tanganku. Semalam aku mengikat kemas-kemas tenunanku dalam sehelai kain berwarna merah dan membawanya ke pasar untuk dijual kemudian membeli barang-barang keperluan anak-anakku. Di pertengahan jalan, tiba-tiba seekor burung menyerangku, lantas menyambar tenunanku dan terbang entah ke mana. Kini tiada lagi yang tinggal untukku menyara anak-anakku.
Belum sempat Nabi Daud menjawab kata-kata ibu tersebut, tiba-tiba pintu diketuk dan Nabi mengizinkan orang yang mengetuk pintu itu masuk. Tetamu yang baru tiba itu terdiri daripada 10 orang saudagar yang di dalam tangan masing-masing terdapat wang sebanyak 100 dinar. Mereka berkata:
Saudagar – Wahai Nabi Allah, ambillah wang dinar ini dan berilah kepada orang yang berhak menerimanya!
Nabi Daud – Apa yang menyebabkan kamu menyerahkan wang ini kepadaku?
Saudagar – Wahai Nabi Allah, semalam kami berada di atas kapal layar untuk pergi berniaga. Tiba-tiba angin bertiub sangat kencang sehingga kapal layar kami hampir pecah dan kami hampir-hampir akan karam. Tiba-tiba seekor burung mencampakkan sehelai kain berwarna merah yang terdapat di dalamnya hasil tenunan. Maka kami gunakan kain dan benang itu untuk mengikat kapal layar kami dan menampung kebocorannya. Dengan itu kami dapat mengharungi angin rebut itu dengan selamat. Kami telah bernazar dengan Nama Allah bahawa setiap orang daripada kami mengeluarkan 100 dinar sebagai sedekah kerana Allah. Dan inilah wang tersebut. Ambillah dan berilah kepada sesiapa yang berhak pada pandangan Nabi.
Nabi Daud a.s. berpaling kepada ibu tadi seraya berkata:
Nabi Daud – Tuhan yang berniaga untuk kamu di darat dan di laut, sedang kamu menuduh-Nya zalim? Ambillah wang ini dan belanjakannya untuk anak-anakmu.
p/s..
Duhai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, apabila kita ditimpa kesusahan janganlah kita cepat melatah dan menyalahkan semua orang disekeliling kita. Termasuk ALLAH!!
Kita sebagai hamba amat kerdil dan tak layak utk melawan taqdir Allah. "Kenapalah aku boleh masuk sekolah ni?" "Kenapalah aku sekelas dengan budak tu?" "Kenapa aku yang diuji?" Kenapa.. kenapa.. dan kenapa..
Sangatlah tak wajar untuk kita su'u zhan dgn Allah, Tuhan yg Maha Luas kasih sayangNya. Tak mungkin Allah akn timpakan kesusahan kepada kita tanpa ada apa-apa hikmah. Allah juga takkan timpakan beban kpd seseorg melainkan apa yang dia mampu.
Jadi, sekiranya kita diuji dengan sesuatu perkara maknanya Allah nak ajar kita sesuatu yang baru dan mahu kita belajar bagaimana cara untuk mengendalikan ujian tersebut. Kalau kita sama-sama perhatikan, inilah yang dinamakan sekolah kehidupan. Ujian, kesusahan, kepayahan dan kesukaran dalam hidup tak pernah berhenti. Akan datang silih berganti.
Marilah kita sama-sama mencari hikmah apa yang berlaku disekeliling kita dan bkn hanya menanti hikmah itu datang. Ingatlah sesungguhnya sekiranya kita tak bertemu dengan kebaikannya di dunia, Allah akan serahkan lambakan nikmat kepada kita di syurga kelak atas ganjaran kesabaran kita.
Wallahua'lam.
0 kesannya:
Post a Comment