25 February 2009

Simposium Nuqaba' : 27 Februari - 1 Mac 2009




Makluman kepada ex-KI, Insyaallah pada 27 Februari hingga 1 Mei ini akan diadakan Simposium Nuqaba' peringkat Kolej Islam Sultan Alam Shah. Doakan semoga program ini berjalan lancar.

p/s : Program ALKIS akan diadakan pada Sabtu ini ( 28 Februari) di Dewan Al-Mutaqqin Wal Muthaqqafin, KISAS. Kepada ex-KI, marilah bersama-sama memeriahkan program tersebut.





21 February 2009

Secebis Ingatan Dariku





Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Tuhan Rabbul Izzati, Pemilik Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, Rasul Terakhir dan dengannya kita memperoleh dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.

Ikhwan dan ahkawat,

Ahlan Wa Sahlan ana ucapkan kepada pengunjung blog ini. Kaifa imanukum? :) Semoga kita bakal mendapat manfaat bersama. Kehidupan kita sebagai remaja Muslim yang penuh pancaroba memerlukan kita untuk sentiasa mempunyai dua sinergi yang patut ada pada seorang Muslim sejati iaitu Sinergi Zikir dan Fikir. Syabab kini kian leka dengan arus budaya kuning yang kian bergelora dalam kalangan umat Islam zaman sekarang.

Apa yang perlu di FIKIRkan? Di sini ana utarakan satu sahaja perkara yang paling penting untuk kita FIKIRkan bersama :

"Jangan kita FIKIR apa Islam sumbang kepada kita, FIKIRkan apa yang kita telah sumbang untuk Islam..."

Sabda Nabi S.A.W, "Islam bermula dengan keadaan dagang (asing) dan berakhir dengan dagang (asing), maka beruntunglah orang-orang yang asing (ghurabaa')". Orang-orang asing yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah orang-orang yang berjuang di jalan Allah dan juga orang-orang yang masih tsabat mengamalkan sunnahnya. Layakkah kita berada dalam golongan Ghurabaa' itu? Tepuk dada tanya iman.


Ikhwan dan akhawat sekalian,


Allah berfirman, " Dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang". Itulah zikir yang sering kita lupakan. Zikir bukan sekadar mengucapkan kalimah tahlil, tahmid, tasbih dan takbir malahan ia lebih luas konsepnya. Sesungguhnya hanya dengan sentiasa mengingati Allah, hati kita akan disucikan dari noda-noda hitam yang kian membarah. Noda-noda hitam itulah yang bakal menggelapkan hati kita seterusnya menumpulkan pandangan kita ke arah Siratal Mustaqim. Dalam kitab Al-Azkar karangan Imam An-Nawawi ada menyebut, " Sekiranya hati tidak disucikan dengan nasihat atau kata-kata hikmat selama tiga hari, maka akan timbul satu ttik hitam di hati". Itulah yang perlu ditakuti oleh kita selaku penyambung mata rantai dakwah di muka bumi ini.
Akhir kalam, ana mengucapkan ahlan wa sahlan kepada adik-adik Tingkatan 4 ke Bumi Waqafan, Kolej Islam Sultan Alam Shah. Bumi yang subur dengan sejarah, bumi di mana lahirnya ulama dan umara Malaysia kini. Semoga adik-adik mengutip segala mutiara yang ada di Kolej Islam. Ingatlah adik-adikku, kita adalah pencorak masa depan dan bukan kita yang dicorak masa depan Al-Islam Ya'lu Wala Yu'la Alaih...


Sekian, Wassalam...


Mohamad Razif Bin Mohamad Fuad
Timbalan Presiden I
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah.

21 Februari 2009
2.30 pagi















Taqwim Tahunan BADAR 2009

Klik untuk paparan lebih besar

Assalamualaikum kepada ikhwan dan akhawat sekalian,
Di sini sebagi permulaan,pihak BADAR melampirkan senarai aktiviti yang akan dijalankan bagi sesi 2009. InsyaAllah, sebarang makluman akan datang, akan di post ke blog ini
p/s : Kem Pengenalan Tarbiyah Islamiyyah (Mac) tidak dilampirkan di Taqwim. Kesilapan amat dikesali-Admin_BADAR KISAS

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung