3 February 2016

Sambutan Maulidur Rasul

          Badan Dakwah dan Rohani 2015/2016 telah membuka tirai program tahunan dengan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 9 Januari bersamaan dengan 28 Rabiul Awal 1937H . Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan perarakan para pelajar . Para pelajar mengenakan baju yang bervariasi warna mengikut tema rumah sukan masing-masing serta membawa kain rentang yang direka sendiri oleh pelajar dengan pelbagai warna dan corak . Perarakan dimulakan daripada gelanggang bola keranjang sehingga ke Dewan al-Muttaqin al-Muthaqqafin diiringi dengan alunan selawat yang dialunkan oleh pelajar dan guru .




  Seterusnya , diteruskan lagi dengan bacaan rawi yang diketuai oleh Mohd Wafi bin Zalizan . Acara kemuncak pada hari tersebut adalah penyampaian ceramah daripada Ustaz Anhar bin Opir yang merupakan Timbalan Mufti negeri Selangor . Beliau juga merupakan bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah .




Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada ahli rumah sukan yang memenangi pertandingan perarakan yang diambil kira aripada aspek keseragaman busana yang ditonjolkan serta kecantikan kain rentang .Cenderamata disampaikan kepada Ustaz Anhar oleh Pengetua , Ustaz Omar bin Salleh .



Majlis diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.











 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung