12 July 2009

Kolokium Penghayatan Islam (17-19 Julai 2009)

6 July 2009

Majlis Settle Taaruf


"Wahai Manusia, sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu daripada kaum lelaki dan perempuan, dan telah Aku jadikan kamu berpuak-puak dan pelbagai kaum supaya kamu berkenal-kenalan..."
Al-Hujurat, 13

Biro Khas Badan Dakwah dan Rohani dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa Majlis Settle Taaruf bagi Tingkatan 4 2009 akan diadakan tidak lama lagi. Butiran majlis ini adalah seperti berikut:

Tarikh:
11 Julai 2009 (Sabtu)

Masa:
10 malam

Tempat:
Musolla Saidina Ali

Sasaran:
Pelajar Tingkatan 4 muslimin 2009

Untuk makluman pembaca, setelah beberapa saringan telah dilakukan bagi menguji tahap ukhuwwah pelajar tingkatan 4, Biro Khas BADAR telah bersetuju untuk mengambil tarikh seperti mana yang telah dinyatakan sebagai tarikh keramat tarbiyah di Tingkatan 4. Para pelajar Tingkatan 4 juga merupakan pengganti bagi meneruskan kepimpinan dan perjalanan dakwah di Bumi Waqafan. Tanggungjawab menjaga tarbiyah dan biah solehah di Bumi Waqafan merupakan kewajipan kepada semua warga Kolej Islam.

"Bersama Mengemudi Bahtera Tajdid"


Arif Amin Bin Rushihi
Exco Khas 1
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah


Muhamad Amir bin Abd Halim
Exco Khas 2
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah


Muhammad Afif Zauqi bin Abd Malik
Exco Khas 3
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah



5 July 2009

Kelas Seni Khat


Biro Kesenian Badan Dakwah dan Rohani telah mengadakan kelas seni khat kepada pelajar KISAS. Butiran kelas ini adalah seperti berikut:

Masa:
Selepas Zohor pada setiap hari Ahad
bermula pada 5 Julai 2009

Tempat:
Musolla Saiyidina Ali

Sasaran:
Terbuka kepada semua warga aspura KISAS

Guru:
Mohd Aizat Naim bin Mustafa AlBakri
(Johan pertandingan Khat Terbuka UKM 2009)

Silibus:
Khat Thuluth



Pen khat dijual pada harga RM5 seunit manakala buku khat pula masih tidak ditetapkan harga. Buku dan pen khat dijual kepada semua pelajar sama ada yang mengikuti kelas ataupun tidak. Buat masa yang terdekat ini, kelas hanya dibuka kepada pelajar muslimin KISAS. Tetapi jualan buku dan pen khat dibuka kepada semua pelajar dan para pelajar boleh rujuk buku yang disediakan sebagai panduan ketika belajar sama ada ketika mengikuti kelas ataupun belajar sendiri.
Sama-samalah kita mempelajari dan merungkai rahsia keunikan kesenian Islam yang menjadi tarikan seluruh masyarakat dunia sepanjang zaman...

Muhammad Syafiq Syahmi bin Md Yusuf
Exco Kesenian
Badan Dakwah dan Rohani
Kolej Islam Sultan Alam Shah

1 July 2009

KISAS Johan Debat Bahasa Arab


Pasukan KISAS muncul johan debat bahasa Arab antara sekolah menengah peringkat kebangsaan di USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor (KISAS) muncul juara Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah peringkat kebangsaan kali ke-2, baru-baru ini.

KISAS menewaskan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), Shah Alam pada peringkat akhir pertandingan yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pada pertandingan akhir kedua-dua sekolah berdebat mengenai tajuk Kelalaian Ibu Bapa Punca Utama Keruntuhan Akhlak Remaja dan KISAS selaku pihak pencadang telah mendapat kiraan markah juri sebanyak 5:2.

KISAS membawa pulang RM2,500, piala pusingan Naib Canselor, piala iringan dan sijil penyertaan manakala SAMTAJ berjaya membawa pulang RM2,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pendebat Terbaik disandang oleh Siti Aisyah Mohd Ramli dari KISAS dengan membawa pulang RM800, piala iringan dan sijil penghargaan.

Semasa pertandingan berkenaan, KISAS sebagai pihak pencadang bersetuju bahawa kelalaian ibu bapa punca utama keruntuhan akhlak remaja.

Mereka menegaskan pendidikan awal anak-anak adalah bermula dari rumah, justeru perlakuan anak-anak sama ada positif atau negatif ditentukan melalui pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa.

Menurut mereka, sesetengah ibu bapa pada masa kini kurang memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak disebabkan kesuntukan masa.

Justeru anak-anak hanya dilimpahi wang ringgit tanpa mengetahui tujuan wang itu disalurkan.

Manakala SAMTAJ selaku pihak pembangkang menegaskan bahawa kelalaian ibu bapa bukan punca utama keruntuhan akhlak remaja.

Sebaliknya keruntuhan akhlak remaja berpunca daripada persekitaran, media massa dan kawan-kawan.

Sebanyak 52 sekolah dari seluruh negara menyertai pertandingan selama lima hari bermula pada 12 Jun lalu yang turut disertai oleh sekolah-sekolah menengah dari Sabah dan Sarawak.

Menurut USIM, pertandingan itu bertujuan untuk menyemarakkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah di samping mewujudkan perkongsian pintar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pertandingan akhir itu telah dirasmikan Pemangku Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Abdullah Salleh.



p/s : Pihak Badan Dakwah dan Rohani KISAS mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Debat Bahasa Arab KISAS kerana berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua..Takbir!!!

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung