28 January 2010

LAWATAN DARI BADAR SASER 2010


Tanggal hari Khamis, 21 Januari 2010 yang lalu barisan Exco Badan Dakwah Dan Rohani Sekolah Menengah Sains Seremban seramai 26 orang telah datang ke Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk melakukan perkongsian pintar bersama bersama Badan Dakwah Dan Rohani Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Tujuan utama BADAR SASER hadir ke KISAS adalah untuk bertukar-tukar pendapat dan melakukan kajian bagaimana pembaharuan yang mereka ingin bawa ke Sekolah Menengah Sains Seremban agar misi mereka untuk mencapai Biah Solehah di sekolah mereka dapat tercapai.(selanjutnya)

4 January 2010

Iklan Buku Terbaru PTS Hasil Tulisan Ex-KISAS



Kepada mahasiswa dan pelajar sekolah yang tercari-cari tokoh pemimpin muda yang popularitinya mengatasi seluruh benua Asia, Eropah dan Afrika. Kepada para pengurus korporat yang tidak mahu lagi berkiblatkan para penulis dan motivator Barat, bahkan mahukan “model hidup” yang berjaya menseimbangkan IQ, EQ, dan SQ dalam sebuah gerakerja berpasukan.


Kepada para pendakwah, penceramah, motivator, naqib yang tercari-cari teks untuk membakar semangat anak-anak m
uda remaja dan belia yang kian songsang hidupnya. Kepada ahli-ahli politik yang tercari-cari model menjadi negarawan dan formula ampuh untuk dihormati kawan dan lawan. Kepada para ibubapa dan guru yang tercari-cari formula dan sistem didikan terbaik pada anak-anak.

Maka, jika anda salah seorang dari di atas, maka buku ini seharusnya menjadi MILIK anda!

Telah banyak buku-buku sejarah menulis mengenai Sultan Muhammad al-Fateh dengan pendekatan kronologikal dan tersurat.

Namun, buku ini akan memaparkan 15 kuasa kepemimpinan yang wujud serentak dan tersirat dalam diri Sultan Muhammad bin Murad al-Fateh. Pengiktirafan Rasulullah kepada beliau dan bala tenteranya sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera telah membawa penulis untuk mendekati lebih dekat segenap sudut karakter kepemimpinan yang ada pada anak muda berusia 22 tahun ketika melakukan misi menawan Konstantinopel yang dianggap misi paling mencabar dalam sejarah dunia sekitar 1453 Masihi tersebut.

Berasaskan kajian kepada sumber-sumber utama Usmaniah seperti karangan Syekh Dr Muhammad Ali As-Shollabi, Prof Mehmed Maksudoglu dan Halil Inalchik, penulis dilihat mampu memperjelas dan membumikan pelbagai penemuan baru dari khazanah yang ditinggalkan pemimpin agung Islam, Sultan Muhammad al-Fateh.

Pendekatan mengkaji cara berfikir, kuasa sistem pendidikan dan karakter kepimpinan serta perkongsian pengalaman penulis sendiri yang pernah bergelumang dalam sektor kepimpinan korporat, NGO, gerakan mahasiswa dan persatuan pelajar membuatkan buku ini sangat unik, sesuai untuk tatapan semua tahapan usia.

Buku ini akhirnya akan mendedahkan mukjizat 'sebenar' di sebalik pengiktirafan Rasulullah kepada beliau dan pasukan tenteranya.Dapatkan di pasaran pada 29 Mac 2010 (tarikhkelahiranMuhammad Al-Fateh)

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung