Friday, 30 November 2012

Daurah Kubra Lisuluuqi Saadah

بسم الله الرحمن الرحيم 


 Tidak kenal Allah, maka boleh jatuh fasik hukumnya... Ingkar dan melawan suruhan Allah maka boleh jatuh kafir hukumnya ... Tidak kenal Allah, maka tidak sah iman seseorang, apabila iman tidak sah, Islam juga tidak sah, apabila Islam tidak sah, tidak sah lah Ibadah.
Sabda Rasulullah S.A.W:
"من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع"
maksudnya: "Barangsiapa yang keluar menuntut ilmu, maka dia berada di jalan Allah sehingga ia pulang (dari menuntut ilmu)"

Dalam hadis di atas, dapat kita lihat, betapa Allah memuliakan orang yang menuntut ilmu, sehinggakan, sekiranya mereka keluar untuk menuntut ilmu, Allah memuliakan mereka menjadi pejuang di jalan Allah.
Sehinggakan, ulama' berpendapat bahawa mereka yang mati ketika menuntut ilmu itu syahid di jalan Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu, Allah akan mudah kepadanya jalan ke syurga." (Hadis Riwayat Muslim)
Subhanallah,
Sungguh banyak kemudahan dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada para Talib (طالب) yang menuntut ilmu di ikhlas kerana Allah. Semoga kita yang membaca ini tergolong dalam kalangan mereka yang menuntut ilmu dan Allah beri kelebihan yang disebut Rasulullah ke atas kita.

Menuntut ilmu adalah jihad di jalan Allah. Tetapi, ilmu apakah yang penting yang mesti kita tuntut untuk kita tergolong dalam golongan yang dimudahkan syurga Allah ke atasnya?

Antara ilmu yang penting ialah ilmu Tauhid.
kenapa ilmu Tauhid penting?
Ilmu Tauhid penting kerana ilmu tauhid adalah asas kepada Akidah dan kepercayaan kita dalam Agama Islam. Ilmu Tauhid juga diperlukan untuk asas mengenal Allah.

Banyak disebut tentang mengenal Allah...
kenapa kita perlu mengenal Allah ?
Ini disebut dalam sepotong hadis Rasulullah S.A.W:

"أول الدين معرفة الله..."  
Maksudnya: ...Awal agama itu adalah makrifah Allah (kenal Allah).

Bertepatan dengan apa yang disabdakan Rasulullah, awal agama adalah mengenal Allah.
Bermakna, sebelum kita terus hidup sebagai seorang Islam, kita kenalah mengenal Allah. Ibaratnya, bagaimana kita hendak berkhidmat untuk seseorang andainya kita tidak mengenali penyuruhnya ? Sudah tentu sukar untuk kita berkhidmat dengan yang terbaik. Mungkin benar kita akan berkhidmat. Tetapi, adakah kita akan berkhidmat sepenuh hati kita ?
Oleh itu, adalah satu perkara yang wajib untuk kita kenal Allah dan untuk kenal Allah, kita kenalah belajar Ilmu Tauhid.

Hakikatnya, ilmu wajib ada Tiga iaitu Tauhid, Feqah dan Tasawuf dan untuk belajar ilmu ini, kita mestilah berguru. Kita mestilah berkitab dan belajar, dan bukan hanya membacanya sahaja kerana jika tiada guru maka syaitanlah gurunya. Moga kita dihindari daripada syaitan.

Jadi memandangkan masa cuti sekolah yang dikurniakan Allah kepada kita,
sepanjang awal muharam ini, mari kita penuhkan cuti sekolah dan masa lapang kita dengan pergi mengaji di Pondok Baitul Qurra, Sungai Udang, Melaka.




Daurah ke Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' ini adalah seperti tahun sebelum-sebelum ini. Butirannya di bawah:

Masa: 4-16 Disember 2012 (kelas akan bermula pada 5 Disember)

Yuran: RM155

Yuran ini termasuk 3 buah kitab dan makan selama 12 hari.

"sekiranya ada sesiapa yang hendak pergi ke sana selama seminggu sahaja , bolehlah berurusan di pondok pada hari pendaftaran."
Kitab:- Kharidah Bahiyyah (Kitab Tauhid) diajar oleh Ustaz Zulkifli Hj Ismail- Safinatun Najaa (Kitab Fiqah) diajar oleh Ustaz Syauqi Hj Ismail- Al Maui'zatul Hasanah(Kitab Dakwah) diajar oleh Ustaz Zulkifli Hj Ismail

Tempat: Pondok Baitul Qura' wal Fuqaha, Sg Udang, Melaka. 

Transport: kepada yang pergi, masing-masing akan bertolak dari kawasan kediaman masing-masing dan akan berhenti di Melaka Central (MC). Seterusnya, anda diminta untuk menaiki bas yang menuju ke  Masjid Tanah dan meminta pemandu bas menurunkan anda di Payasum.
(Jika ada yang berkereta, digalakkan membawa kereta sendiri bagi memudahkan urusan)

Sekiranya ada sebarang persoalan dan masalah, bolehlah berhubung di sini:



Bagi sesiapa yang berminat tetapi tidak tahu suasana dan keadaan Baitul Qura'
anda bolehlah melihat video di bawah untuk mendapat overview Baitul Qura':


Gambar-gambar Baitul Qura' di bawah:


Dewan sebelah penempatan
Kawasan beriadhah pelajar BQ

Penginapan para pelajar BQ


Untuk pengetahuan, pondok Baitul Qurra' ini juga merupakan antara pondok 'favourite' ulama' dari luar negara. Ulama'-ulama' seperti Habib Umar selalu turun ke Baitul Qurra' kerana Ustaz Zul  adalah bekas pelajar Habib Umar dan juga amat baik dengan beliau.

Semoga dalam daurah kali ini,
Habib-Habib ramai yang akan turun ke Baitul Qura'

dan kepada sesiapa yang tidak dapat hadir ke daurah Baitul Qurra' kali ini,
jangan bersedih kerana,
Insya Allah akan diadakan daurah lain untuk tahun hadapan.
Dan kepada Tingkatan 5 dan 6 atas yang baru habis peperiksaan,
jangan risau, Daurah akan diadakan khas untuk mereka yang mengambil peperiksaan tahun ini.

Maklumat daurah seterusnya akan diberitahu dan di update dari semasa ke semasa.


والله اعلم

Tuesday, 31 July 2012

Ramadhan Kareem

Wednesday, 13 June 2012

Kadangkala Kepenatan Menjengah

Wednesday, 11 April 2012

IMAM HASSAN AL BANNA MENANGANI PERBEZAAN PENDAPAT


Saya tidak pernah menjumpai para pendakwah Islam dan tokoh-tokoh mujaddid masa kini yang benar-benar memahami masalah adab ikhtilaf dan feqah-nya seperti kefahaman yang dilumati oleh As Syahid Imam Hassan Al Banna. Beliau mentarbiah para pengikutnya dengan fahaman jernih. Ini kerana keinginannya yang sangat kuat melihat kesatuan umat Islam, dan usahanya yang bersungguh-sungguh, diiringi kesedaran yang jitu untuk menyatukan gerakan-gerakan Islam. Biarpun usaha beliau tidak sepenuhnya terlestari pada zaman ini, sekurang-kurangnya beliau dapat menyatukan usul dan fahaman Islamiyyah dalam gerakan dakwah. Dalam hubungan ini beliau telah mencipta – Usul 20 – yang terkenal menjadi rujukan seluruh gerakan Islam di seluruh dunia.

Imam Hassan Al Banna mengakui bahawa perbezaan pendapat dalam perkara-perkara furu' dan hukum-hukum amaliah tidak mungkin dapat dihindarkan. Oleh itu, beliau telah mengutarakan masalah ini pada beberapa risalah dakwahnya. Sungguh indah dan banyak memberi faedah.Pada risalahnya yang bertajuk – Dakwatuna (Dakwah Kita) – beliau berbicara tentang ciri-ciri dakwah adalah bersifat umum, tidak hanya disalurkan secara selektif, tidak memihak kepada pendapat yang mahsyur di kalangan manusia dengan corak yang tertentu sahaja, tetapi mestilah menuju kepada inti agama dan jiwanya, bercita-cita untuk menyatukan matlamat sehingga amal yang dilakukan menjadi lebih positif dan hasilnya menyeluruh.

Imam Hassan Al Banna bersama kebenaran di mana sahaja, beliau gemar melakukan permuafakatan dan benci kepada anasir kasta dalam masyarakat Islam. Baginya, cubaan yang paling berat kepada umat Islam ialah perpecahan dan pertikaian, sedangkan asas kemenangan itu ialah kesatuan. Natijah tidak akan berakhir dengan baik kepada gerakan Islam yang berpecah, melainkan jika mereka memulakan langkah awal dengan perpaduan dan ukhuwwah.

Sesungguhnya Imam Malik RA telah berkata kepada Abu Ja'far , “Para Sahabat Rasulullah SAW telah bertebaran di beberapa buah kota. Di setiap perkampungan masing-masing mempunyai ilmu (hujjah) tersendiri, maka apabila engkau hanya mengagungkan satu pendapat sahaja nescaya akan berlaku fitnah”.

Lihatlah Imam As Syafi'e RA membentuk mazhab qadim di Iraq, kemudiannya membentuk mazhab jadid di Mesir. Kedua-dua aliran pandangan itu diambilnya dengan apa yang terang dan nyata, beliau berusaha dengan sesungguhnya (berijtihad) supaya umat Islam berada dalam kebenaran.Ijma’ atas perkara furu' adalah tuntutan yang mustahil, bahkan tidak mungkin berlaku dengan tabiat murunah agama ini. Allah menghendaki bagi feqah agama ini sejalan dengan perkembangan semasa. Dengan itu para pemuda hendaklah bersifat lembut, tidak jumud, terlalu rigid atau melampau terhadap satu-satu pandangan.Para Sahabat juga berbeza pendapat sekalipun mereka orang yang paling dekat dengan Rasulullah, dan paling tahu mengenai qarinah-qarinah hukum. Lalu mengapa pula halnya kita bertegang urat, bersumpah seranah dalam perkara-perkara yang remeh temeh yang tidak ada kepentingannya?

Para imam mazhab, manusia kurniaan Allah yang paling alim tentang Kitab-Nya dan Sunnah RasulNya, turut berbeza pendapat antara satu sama lain, lalu kenapa kita tidak berlapang dada seperti mereka? Inilah pendapat As Syahid Imam Hasan Al Banna tentang perbezaan pendapat dalam masalah feqah dan inilah pendiriannya yang menunjukkan kefaqihannya dalam hal agama, sejarah dan realiti yang berlaku kepada umat Islam. Di antara pendirian bersifat amaliah yang diceritakan mengenainya (Imam Hassan), bahawa beliau pergi menziarahi salah sebuah kampung untuk menyampaikan ceramah. Kebetulan hari itu bulan Ramadhan. Penduduk kampung di situ telah berpecah kepada dua golongan yang saling berselisih-faham tentang jumlah rakaat solat Tarawih. Adakah 20 rakaat sebagaimana yang dilakukan semasa pemerintahan Umar dan terus diikuti oleh manusia berabad-abad selepasnya, ataupun 8 rakaat sahaja sebagaimana telah warid dari perbuatan Baginda Nabi SAW.

Pendapat yang bertentangan dianut dengan fanatik oleh tiap-tiap golongan sehingga menyebabkan mereka berkelahi kerana masing-masing mendakwa bahawa kebenaran berada di pihaknya.Akan tetapi Hasan Al Banna RA menghadapkan kepada mereka beberapa persoalan.

“Apakah hukum solat tarawih?”

“Sunat, diberi pahala orang yang memperbuatnya dan tidak diseksa orang yang meninggalkannya”, jawab mereka.

Beliau bertanya lagi : “Apakah hukum memelihara ukhuwwah sesama Islam?”

“Wajib (menjaga ukhuwwah) kerana ia merupakan urat dari sendi-sendi iman”, jawab mereka.

Lalu beliau berkata : “Adakah wajar dalam syariat Allah yang suci ini, kita abaikan yang wajib kerana hendak memelihara yang sunat? Seandainya kamu tetap memelihara ukhuwwah dan perpaduan kamu, dan kamu balik ke rumah kamu agar tiap-tiap orang daripada kamu mengerjakan solat tarawih mengikut bilangan yang dianggapnya lebih kuat dalilnya, 8 rakaat ataupun 20 rakaat, itu adalah lebih baik daripada kamu berbantah-bantah pada perkara yang tidak ada mustahaknya”.

Saya (Yusuf Al Qaradawi) pernah menceritakan peristiwa ini kepada seseorang, tetapi persoalan lain pula ditujukan kepada saya, “Kenyataan (Imam Hasan Al Banna) adalah petanda melarikan diri dari kebenaran, sedangkan menjelaskan sunnah yang sebenar ialah menjauhkan diri dari bid'ah sebagai urusan yang wajib dipertahankan”.

Saya menjawab, ”Perkara ini adalah luas, dan saya walaupun mengerjakan solat tarawih hanya 8 rakaat, tetapi saya tidak mengatakan bid'ah kepada orang yang mengerjakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat”.

Kemudian itu dia berkata lagi, “Tetapi memastikan kesahihan sesuatu hukum itu adalah wajib dan tidak sepatutnya kita lari menyatakan kebenaran”.

Saya menjawab, ”Benar, apabila perkara itu berkisar di antara yang halal dan yang haram, di antara yang hak dengan yang batil. Adapun perkara-perkara yang menjadi perselisihan pendapat dalam aliran-aliran feqah, di mana masing-masing mempunyai hujjah yang pelbagai, dan perkara itu biasanya berkisar di antara yang harus dan yang lebih afdhal, maka tidak ada sebabnya kita bersikap keras dan menyusahkan orang untuk berpegang dengan satu pendapat sahaja”.Inilah yang telah ditetapkan oleh para ulama yang bersikap adil dan wasatiyyah".

Oleh : Dr.Yusuf Al Qaradawi, Presiden Ulama Islam Sedunia

Sunday, 1 April 2012

Tradisi Menyantuni Ulama'




31 Mac 2012
42 orang pelajar
Masjid Putra, Putrajaya
Terima Kasih Ustaz Rasyid

Friday, 30 March 2012

Maaf atas Khilaf

tiada ungkapan yang lebih mulia dan layak setelah melakukan kesalahan dan kesilapan melainkan ungkapan maaf, sorry, asif dan sebagainya. Jadi, insyaallah BADAR KISAS akan memulakan langkah dakwah di dalam dunia ICT ini tidak lama lagi setelah selesai semua penambahbaikan yang sedang dilakukan oleh kami... selamat bermujahadah!

Wednesday, 25 January 2012

LAPORAN DAURAH BAITUL QURRA' (TING. 5 2011)

Tempat: Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqaha', Lorong Hj Wahid, Sg. Udang Melaka
Tarikh: 29 Dis 2011 - 14 Jan 2012
Kitab : Al-Khodirah Al-Bahiyah (Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah)
Safinatun Naja (Fiqh Mazhab Imam Syafie)
Muallim : Al-Fadhil Us. Zulkifli bin Ismail
Al-Fadhil Us. Shauqi bin Ismail
Aktiviti: Qiyamullail, Solat Berjemaah, Bacaan Wirdul Latiff, Bacaan Rattib Haddad,
Talaqqi KItab, Qasidah, Riadah, Masak Berjemaah
Peserta: Muslimin (60 ORANG)
KISAS - 45 ORANG
SBPI RAWANG - 6 ORANG
SMKA SULTAN MUHAMAD - 2 ORANG
SBPI GOPENG - 3 ORANG
SAMTTAJ SHAH ALAM - 1 ORANG
SAMT HISHAMUDDIN KG. JAWA - 1 ORANG
MAAHAD MUAR - 1 ORANG
SMS KEPALA BATAS - 1 ORANG

Muslimat (26 ORANG)
KISAS - 12 ORANG
SMK JALAN KEBUN - 3 ORANG
MAAHAD MUAR - 2 ORANG
SMKA PEDAS - 2 ORANG
SMKA(P) AL-MASHOOR - 1 ORANG
SBPI RAWAMG - 1 ORANG
SMKA KUALA LUMPUR - 1 ORANG
SMK MOUNT AUSTIN - 1 ORANG
SMK AIR MOLEK - 1 ORANG
SMK TUN MUHD - 1 ORANG
SBPI BATU RAKIT - 1 ORANG

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung