Saturday, 5 December 2015

Teruskan Oh Teruskan

Suatu hari ketika sedang berhalaqah dengan naqib usrah di musalla 

Naqib kami membawa seplastik kacang 

" Hari ini kita akan makan kacang . Tapi sebelum tu ada sesuatu yang abang nak sampaikan . Sekarang semua orang ambik sebiji kacang masing-masing"

Lalu kami mengagihkan kacang sebiji seorang .

" Ok , sekarang ni abang nak tanya antum lah . Kenapa kacang ni bentuk dia berbeza , ada yang besar ada yang kecik ada yang bujur ada yang bulat ada yang pendek sedangkan semuanya berasal daripada kilang yang sama"

Krikk krik . Semua kami diam tiada bicara .

"Emm mungkin sebab dia tak diproses dengan cara yang sama" teka Aizat , seorang daripada ahli usrah kami .

'' Yang lain?" kata naqib kami .

" Takdir Allah , bang " kata Syafiq .

Senyum sebaris pabila terdengar jawapan .

"Ok lah ok lah . Semua give up eh taknak jawab . Betul ni? Cuba antum fikir apa kaitannya kacang yang pelbgai rupa bentuk yang asalnya daripada kilang yang sama dengan tarbiyah ."

Suasana hening seketika . Kami berlima tercongok diam memberikan tumpuan kepada bicara naqib kami .

"Ok , jikalau kita lihat dekat Kolej Islam ni semua orang diberi tarbiyah yang sama betul? Semua orang kena Liqa' M sama-sama , betul ? Tapi , kenapa bila keluar dari sini , macam-macam fi'il ada . Ada yang betul-betul jadi helang kat luar sana . Ada yang jadi sekular. Tak kurang juga ada yang mengikut syiah , wahabi dan sebagainya . Ini bermakna bukan semestinya , asal daripada tempat yang sama , dididik dengan perkara yang sama dan hasilnya sama ."

"Macam mana boleh jadi macam tu bang ?" Tanya Najmi dengan nada ingin tahu.

"Haaa , sebabnya mereka tidak membuat pilihan dengan betul . Hakikatnya dalam dunia ni 2% daripada keputusan kita adalah disebabkan orang lain dan 98% yang lebihnya adalah terletak di tangan kita sendiri . Oleh itu abang harap adik-adik abang ni bila keluar nanti pilihlah jalan yang betul . Semoga kita bersama-sama menjadi helang yang bermanfaat untuk ummah . InsyaAllah "

Maka , mereka pun terus menikmati kacang yang enak lagi lazat .

....

Pejam celik pejam celik sudah dua tahun Miftahul Asywaq dan Nur as-Siddiq menghuni bumi waqafan .

Terlalu banyak kenangan yang dilakar bersama . Tambahan kalau ada abang-abang stayer kan . Lagilah banyak . Maklumlah dah empat tahun menghuni bumi waqafan tercinta.

Apapun tahniah diucapkan kepada semua abang-abang dan kakak-kakak Mifathul Asywaq serta Nur as-Siddiq kerna telah bergelar graduan Kolej Islam atau laqabnya Bumi Waqafan .

Semoga antum semua dapat mengharungi bahtera kehidupan yang lebih banyak mehnah dan tribulasi ini dengan tenang .

Teruslah bersama jamaah kerna syaitan itu nabi umpamakan seperti serigala yang suka membaham kambing yang bersendirian . Usahlah hidup sendiri hiduplah bersama jemaah dan kekallah dalam tarbiyah .

Seterusnya , segala bekal yang dikutip di bumi bertuah ini gunakan ia sebaik mungkin . Usah persiakan tarbiyah yang disemai teruskan istiqamah .
Ingatlah di depan balasan tuhan syurga firdaus menanti kalian .


Selamat bergelar Alkis dan jangan biar gelaran hanya tinggal gelaran .

Fastaqim kama Umirta .



Lebarkan Sayapmu Duhai Helang Waqafan 

Sunday, 20 September 2015

Langit tidak selalunya Cerah.


Aku toleh ke belakang,
toleh depan balik.

Pandang langit,
awan membiru,
ozon menipis,
hari demi hari.

pandang tanah,
pasir menebal,
debu bertebaran,
nampak,
kosong.

Berterbangan slip trial dari tangan,
terbang ke awangan,
dan jatuh ke dalam sungai.
nak kejar?

biarlah.

"Result bukan bagus pun." aku mendengus pada diri sendiri.

Aku yang tak guna,
aku yang bazir masa,
aku yang malas; binasa.

Aku toleh ke langit,
apakah aku tidak layak ya Allah?
aku dah usaha!
aku dah cuba!
di mana silap aku ya Allah?

Dalam perjalan menuju ke rumah,
hanya perlu melintas jalan yang menjadi pembeza antara rumah dan dunia-bukan-rumah.

Maka aku lintas,
dan terlanggar,
bukan,
dilanggar,
dilanggar lari oleh sebuah lori mercedes-benz.
Dalam sekelip mata, aku pengsan,
pengsan
pengsa
pengs
peng
pen
pe
p
...

***

"Man, bangun man!", kejut rakanku, Bilal.

Saat mata dibuka, kelihatan putih di semua penjuru,

apakah aku di syurga?

"Kita kat mana ni Bilal?", aku bertanya.

"Entah." jawabnya pendek.

"Kita di suatu tempat, tempat untuk kita lihat perkara yang kita lakukan." datang satu suara dari belakang, Syahmi, rakan karibku juga.

"Tempat ini tempat untuk kita muhasabah siapa diri kita." datang dari satu lagi suara dari penjuru yang berbeza, Afif, rakan dari tingkatan satu ku dulu sebelum menjejakkan kaki ke Kolej Islam.

"Betul! Inilah tempat untuk kita renung semula siapa diri kita." datang pula dari satu himpunan suara yang gah, ku tatap satu-satu muka insan yang mengeluarkan suara itu, Amir, Syazwan, Hafidzi, Iman, Aiman, Amin, Fawwaz, Akif, Farhan, Azizi, Alif, Ahmad dan ramai lagi.

Suara itu datang dari...
Batch aku,
kesemuanya!

Keluar Saied dari celah himpunan ramai itu memegang sehelai kertas dan menunjukkannya ke muka aku, kertas itu ialah...

kertas keputusan trial aku!

"Keputusan kau yang teruk ini bukan menjadi penghalang untuk kau bangun sahabatku!"

Aku tidak berfikir lama, aku terus ambil dan koyakkan kertas itu.

Datang Adib dan Anwar serta Muaz dari ramai-ramai orang itu lalu mengutip helaian kertas yang sudah koyak itu, lalu mereka menge-tape semula kertas itu. Dan tunjukkan kepada ku semula.

Ini bukan noktah terakhir untukmu, ini hanya titik permulaan.

Titik permulaan?
Apakah yang mereka katakan jika tinggal lagi 42 hari ke tarikh Sijil Pelajaran Malaysia dan mereka mengatakan hari ini ialah titik permulaan.

"Apa yang kau merepek ni?" aku bertanya dalam nada yang tinggi.

"Kami tak merepek" keluar suara dari Abdul Rahman.

"Kami cuma nak hang sedar." sambungnya ringkas.

"Betul, inilah titik permulaan. Titik permulaan yang Allah beri kepada kau, supaya kau sedar bahawa kau masih belum lagi bersedia untuk ke medan jihad sebenar, dan kau perlukan persediaan yang rapi!" sahut suara dari ramai-ramai orang itu, datang dari, Akmal Hakim!

"Ini lah titik permulaan sebenar, kau cuma perlu ambil iktibar dan pandang dari satu sudut pandangan yang optimis dan positif!" kata Aizad.

"You have to look forward and look backwards. Why? Forward to chase after your dreams, while backwards to pull your friends who face the same fate as you did." celoteh Amiruddin dalam bahasa orang puteh.

"Inilah titik permulaan bagi kau, dan juga kami, tidak terasing juga bagi diri aku, kau perlu bangkit kau perlu BANGKIT! Ayuh bangkit ayuh bangkit wahai Miftahul Asywaq!" keluar suara kebangkitan dari Syazwan Naim.

Lalu mereka pun berteriak, TAKBIR!

***

Lalu aku pun terbangun.

Aku cuma mimpi,
berhalusinasi,

aku terjatuh di tepi jalan,
Alhamdulillah
tidak terlanggar dengan lori tadi

ALHAMDULILLAH.
sebab kini,
Aku sudah punyai Visi,
Aku sudah punyai Misi,
Aku sudah punyai Matlamat dan Objektif,

yang aku ingin perbaiki,
dan aku ingin improve,
dan aku bangkit,
kerana ini hanyalah titik permulaan,
untuk aku terus maju,
untuk aku menang berjihad

kerana Allah
kerana Rasul Allah
kerana Ibu bapa ku

Astaghfirullah untuk diri aku yang lama,
Innalillah bagi rakan-rakan ku yang masih tidak menyedari hakikat ini,
Subhanallah bagi rakan ku yang terlalu maju ke hadapan sampai lupa akan rakan di belakang.

Pesanan:

Untuk yang rasa keputusan mereka lemah, jangan lupa mencari kawan yang mampu membantu, kerana mereka bersedia membantu.

Untuk yang rasa keputusan mereka baik, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah dan mencari, MENCARI rakan yang perlu dibantu. Mereka ini barangkali segan jadi bantulah mereka.

Sebab apa?
Sebab kita Miftahul Asywaq!
Sebab kita penggegar alam ini dengan suratan takbir!
Sebab kita pemimpin ummah masa hadapan.

TAKBIR!

Juga untuk STAM dan STPM,
begitu juga untuk SPM.

Doakan kami.
Doakan Miftahul Asywaq 60.
Doakan Nur As-Siddiq 58

Saturday, 12 September 2015

Malam Aspirasi Kesenian Islam (MANIS) 2015


PENGUMUMAN:


Jemput bersama-sama ke Malam Aspirasi Kesenian Islam 2015 (MANIS 2015) anjuran Badan Dakwah Dan Rohani Kolej Islam Sultan Alam Shah, SBT.
Dari jam 8.00-12.00 AM
Bertempat di Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin, Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Antara Artis yang akan hadir:
Hijjaz
Shoutul Amal
Syazwan Basil (ALKIS)
Rahman Mahadi (ALKIS)

"Memartabatkan Transformasi Hiburan Islamik"

* Harga tiket hanya RM5 SAHAJA!

Monday, 8 June 2015

Kau, Robot atau Manusia?




*Dush*

Kelima-lima jari Aizad yang digenggam menjadi sebuku penumbuk tepat landing atas muka John Harris, kawan se-fakulti dengannya di Massachusetts Institute of Technology, universiti terkemuka dunia.

Sama-sama ambil bidang Computer Engineering depa berdua ni.

Best friends.

Forever.

"Why you did that? Why'd you even think of punching me right in the face?" keluh John.

Aizad tersenyum sinis, memandang langit.

Aizad membalas selamba,

"I was just curious to know, are you even a real human being or just a sluggish metallic robot."

John bertambah runsing.

"That doesn't even make sense bro, I'm human a hundred percent. Humans talk on their own will, humans do what they want and humans definitely do not punch their best friend out of the blue..." balas John.

"And humans have a desperate will of searching their God in a true, straight path. Do you? All I can see is, you've been spending way too much time on Engineering Mathematics and Mathematical Modelling and Computations, you study day and night, you just take 3 to 4 hours of sleep every day and you skip all the fun parts in life as a university student. So tell me now who's the human and who's the robot?" jawab Aizad.

"Well what are you trying to imply here? All I can see is you're doing the same thing Zack." John balas lagi.

Zack adalah panggilan John Harris kepada Aizad, mudah menyebutnya bagi mother tongue dia.

"I am studying on the same major as you are, but what makes me different is I have 5 times of prayer every day, and I mean to affirm that statement, every single day, 5 times. I have my early evening for a quick jog and I usually hang out at the park nearby our house." balas Aizad

"So what are you asking me to do?" jawab John, berkerut dahinya.

"Act..." jawab Aizad ringkas.

"Act?" John termanggu.

"Yup, as simple as the word 'Act', I want you to think back from the very first point that I punched you, up to this second; what can you do with the word act."

Aizad pergi meninggalkan John Harris.






Okay sudah habis dengan cerita, barangkali cerita tadi itu ringkas maksud yang hendak disampaikan.

Letak di konteks kolej Islam, ayuh kita bedah sikit through cerita tadi.


Cuba kita lihat sekeliling kita di kolej Islam, muhasabah sebentar,

dari segi masanya
dari segi suasananya
dari segi tempatnya

mungkin ramai sudah sedia lupa akan biah kolej Islam itu sendiri sebab sudah lama sangat menikmati keindahan cuti, indah ke?

tapi cuba ingat balik.

masa sekarang dah packed,
paginya diisi kelas
petangnya diisi KTW (kelas tambahan wajib)
malamnya diisi dengan kelas lagi pada hari tertentu
prep hari-hari
sabtu kelas sampai ke tengah hari
ahad pernah juga wujud kelas
program antara maghrib isya' kadang tak dapat dilaksanakan

jadi tumbukan dush tadi patut diajukan kepada kita juga.

sebab apa?

Nak check yang kita ni Robot ke Manusia

sedar tak sedar kita ni seolah-olah robot yang hidup dalam satu sistem.

Sistem itu ialah kehidupan kita seharian di asrama,

bangun
mandi pagi
solat subuh
makan DM
naik balik
tukar baju
pukul 7.10 pergi ke sekolah
kumpul di COE
pergi masuk kelas
belajar
rehat
sambung belajar
balik
solat zuhur
makan tengah hari
pergi balik sekolah
KTW
balik sekolah
solat asar
riadah
habis riadah
makan petang DM
mandi
solat maghrib
program badar
solat isya'
gi prep malam
balik prep malam
makan supper DM
liqa'
tidur
bangun tahajud
tidur

dan seterusnya setiap hari, tak ubah ubah.

sedar tak sedar?

kalau tak sedar, Astaghfirullah, ucap istighfar banyak banyak

kalau sedar? Astaghfirullah jugak, sebab tak sedarkan kawan lain yang tak sedar.

ini hakikat, entah hakikat baik ke tidak, kita telan aje, sebab ini realiti.

sistem hari ini,
pendidikan yang dibawa kementerian hari ini,
salah siapa yang mengundi?

eh (?)

tapi masakan realiti ini boleh ditembusi dengan ilusi yang kita boleh reka sendiri.

bagaimana?

kita boleh rajinkan diri pergi majlis ilmu after solat asar,
lepas tu join Majlis Ta'lim Raudhatul Jannah kat belakang pula,

malam program badar jangan pernah skip, itu je masa yang kita ada

selalu tadarus Al-Quran, jangan pernah tinggal, rapat dengan Dia

qiyamullail bukan lagi pilihan, bila ada peluang terus buat

usrah jangan skip, naqib pasti ada input yang penting nak sampaikan

selawat sehari jangan pernah lekang

tasbih dan istighfar pun sama jangan tinggal

dan banyak lagi.



bila ada peluang nak amal, amalkan
bila orang dah ingatkan, buat,
jangan melenting,
jangan saat di padang mahsyar nanti baru nak "kenapa kau tak pernah ajak aku?"
waktu saat tu dah laita pada segalanya,
inginkan sesuatu tapi mustahil akan sesuatu.


Jadi soalan terakhir,

Kau, robot ke manusia?






Saturday, 21 February 2015

Warkah Buat Sang Pipit





Buat Sang Pipit,

Melangkahlah dengan qalbin salim, 
moga keluar menjadi za'im;

Biah solehah hanya membantu, 
akhirnya diri jadi penentu;

Tarbiyah bekalan tsabat di dunia, 
agar akhirat bahagia selamanya;

Guru tak tumpah seperti murabbi, 
kalamnya manis penuh dgn isi;

Ukhwah tak bisa tergambar di bibir,
manisnya Ya Allah terasa mengalir;

Sahabat tak sama seperti kawan, 
memandang wajahnya teringat Tuhan;

Usrah itu tunjang tarbiyah, 
Terikat hati dengan syahadah;

Kolej Islam berdiri megah, 
Lahir ulama' memimpin ummah

Selamat Datang ke Bumi Waqafan,
Buat Sang pipit penyambung perjuangan,

Rantaian ini jangan diputuskan, 
Kelak disambung generasi hadapan.

Al-Faqir ila rabbihi,
Akh Muhammad Arif b. Amirudin,
Presiden Badar 2014/2015

Thursday, 19 February 2015

Antisocial vs Ikhtilat


Nota Penting: Post kali ini khusus buat penghuni bumi waqafan sahaja, yakni penghuni Kolej Islam Sultan Alam Shah, panduan untuk digunakan di dalam KISAS. Bukan penyampaian secara umum, harap maklum.



Cuba kita bahagikan spekulasi pelajar mengenai pergaulan antara muslimin dan muslimat yang boleh dicapai di kolej kepada 5.


1. Social
2. Peluang
3. Ikhtilat
4. Syadid
5. Anti-social

Dan ana akan ta'rif kan setiap satu,

1. Social - dianggap terlalu bebas dalam pergaulan. Bila berjumpa bersenyum-senyum, berlambai-lambai (ini over). Bila berjumpa juga bertegur sapa.. Jika muslimin, settle taaruf dia untuk muslimat tuh, dan jika muslimat pula sebaliknya. Bila  berjumpa dalam mesyuarat dsb, pandang mata bertemu mata, dan jatuh ke hati. Passing barang kecil seperti wang syiling diberi tangan ke tangan (masih tak bersentuh). Muka manja banyak macam ketika bergaul. Bila bercakap pula, istilah yang dipakai, kau-aku je. Merujuk kepada pihak ramai, korang-dorang dipakai.

2. Peluang - boleh kata social tahap rendah. Bercakap tanpa tujuan dengan rianya misalnya ketika perjumpaan untuk musabaqah. Dinamakan tahap 'Peluang' kerana bersifat mengambil peluang. Adapun ketika berjumpa di luar waktu mesyuarat dan sebagainya seperti biasa. Tidak menegur dan tidak pula bersenyum. Dalam mesyuarat juga, pandang kadang-kadang bertemu mata. Passing barang kecil seperti pemadam diperlakukan seperti di cashier kedai-kedai, tangan di bawah menyambut, tangan di atas memberi. Jarak hanya beberapa centimeter. Muka manja semacam ketika bergaul. Bila bercakap, kadang-kadang istilah dipakai kau-aku, kadang-kadang ana-enta. Tak tetap. Selalu pakai korang-dorang, tapi juga memakai antum-antun.

3. Menjaga Ikhtilat - memperilakukan seperti mana syariat suruh, bercakap bila perlu, berjumpa bila perlu, bila ada dhorurot, dan di masa lain tinggalkan. Ketika berjumpa di kala dhorurot, tidak pula bersembang di luar topik, fokus dan tidak lari dari matlamat asal perjumpaan di buat. Di kala waktu kecemasan, bertindak rasional selari dengan syariat suruh. Dalam mesyuarat, pandang pada kadar tertentu agar tidak menganggap memperlekeh si pembual bicara.  Tidak memandang mata. Bila passing barang, mengikut apa yang telah dipelajari dalam Minggu Ta'rif, barang kecil, dikepit dengan buku dsb. Muka sedang ketika bergaul, tidak terlalu serious dan tidak pula terlalu manja. Bila bercakap istilah dipakai ana-enta, antum-antun. Kadang-kadang terpakai korang-dorang.

4. Syadid - menjaga ikhtilat tahap syadid, bila muslimin panggil muslimat, buat toleh ke arahnya, tapi pandang awan sampai habis bercakap, begitu sebaliknya. Ketika berjumpa dalam mesyuarat, pandang bawah 24/7. Bila ajnabi panggil, angkat muka separuh je, itu pun masih pandang lantai. Passing barang tu, kalau tak ada tiang lampu, maka campak pun jadilah. Muka macam nak denda orang ketika bergaul. Istilah yang dipakai ialah ana-enta, antum-antun, dan mungkin memakai nahnu (?).

5. Anti-social - orang yang tak nak bergaul. bila dipanggil, buat tak tahu. Dalam mesyuarat, buat kerja lain. Passing barang, main campak je. Muka masam je dalam perjumpaan. Istilah pakai tiada, kerana jarang dengar mereka berinteraksi, itulah namanya anti social.



Jadi anda nilai diri anda di mana, ini hanyalah sebuah spekulasi, maaf jika tidak mahu menerima pendapa fakir ini. Tapi semata untuk tujuan muhasabah, renungkanlah.

Alhamdulillah di Kolej Islam tiada yang tergolong dalam kalangan mereka yang sosial, insyaAllah tidak akan wujud golongan itu.

Nampaklah bahawa Islam itu menganjurkan kesederhanaan dan bukan ke-jumud-an yang terlampau. Orang yang menganggap menjaga ikhtilat itu sebagai jumud ialah orang yang perlu belajar dengan lebih mendalam lagi tentang Islam, rujuk balik naqib naqibah, rujuk balik ustaz ustazah di kolej. Hayatilah uniques Teachers dan Usrah yang ada di bumi waqafan itu.

Jangan pula memandang serong akan orang yang menjaga ikhtilat, orang yang menjaga ikhtilat pula dianggap antisocial, Golongan "Peluang" dianggap profesional dan menjaga ikhtilat.

Kupasan isu 'Profesional' dalam berkomunikasi.

Wahai, daie bumi waqafan, janganlah istilah profesional menghalalkan matlamat mu dalam berbicara tiada senda, sehingga terasyik-asyik terbuai ke topik lain luar dari tajuk asal munaqasyah.

Setahu ana, yang lebih ma'ruf dan selalu menggunakan istilah profesional ialah dari pihak muslimat, maka janganlah salah beranggapan dengan istilah ini, dan jangan pula konsep ini menjadi tiket untuk bergurau senda dalam perbincangan.

Profesional yang ditekankan oleh BADAR ialah:

1. Terus bincang kepada topik, tidak perlu lencong-lencong.

2. Beri komitmen dalam perbincangan, bukannya sebelah pihak menyatakan pendapat, sebelah pihak mengangguk kosong. Fahamkan isi perbincangan, supaya maklumat cepat sampai dan tidak perlu berulang-ulang menyatakan hal yang sama.

3. Pandang dengan kadar waktu tertentu (pandang ke arah pembual bicara sebentar, kemudian pandang ke tempat lain, dan kemudian ulang semula) dengan niat untuk menghormati si pembual bicara, jangan tak pandang terus, boleh disalah tafsir sebagai tidak mendengar.

4. Jaga adab ikhtilat (seperti yang diajar dalam Minggu Ta'rif)

5. Elakkan menghadap muslimin dan muslimat kecuali jika berguru.

6. Muka tidaklah terlalu serious, tidak perlu terlalu manja. Sedang-sedang sahaja.

7. Berteman, bukan berdua-duaan. Tidak pula perlu beramai-ramai jika di tempat-tempat yang tertentu, misalnya penghubung antara blok Form 4 dan Form 5.

8. Di tempat yang terang, dan bukan tempat yang gelap.

9. Menjaga jarak.

10. Menjaga suara.

11. Menjaga hak masing-masing

Ayuh ubah, dan ayuh muhasabah wahai penghuni bumi waqafan!

Wallahua'lam,

Saturday, 3 January 2015

Ya Habibi Ya Rasulallah


'' Anwar  . . Hang nak tahu something yang special tak ? ''

'' Ehh mestilahh nak. Apa dia ? ''

" Tak lama lagi, kita nak sambut Maulid Nabi. Hari ini 10 Rabiulawal lagi 2 hari je weyy .''

'' Haaa ! Betul tuu. Kalau macam tuu , Jom kita pi Maulid . Amacam ?"

" Alright. No problem. "


**********
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ 

Tanggal 12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang special bagi umat Islam di seluruh planet dan semua mahluk yang ada di langit dan bumi.

Kenapa special sangat? 1 Syawal lagi special. Sebab hari raya Aidilfitri. 

Sebenarnya, tanggal 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan 20 April bersamaan 571 masihi. Tanggal tarikh keramat inilah telah lahirnya seorang insan yang sangat hebat di muka bumi ini. Kelahirannya  membawa  seribu erti kepada semua penduduk langit dan bumi.

Siapa insan yang sangat special tu ? Insan itu ialah Nabi kita. Nabi Muhammad . Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim di mana bapanya telah meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya.

Walaupun tarikh kelahiran baginda ini ada khilaf daripada Ulama' tapi kita ambil pendapat yang masyhur.  

Menurut Mufti Mesir Sheikh Ali Al Jum'ah terdapat juga kajian ahli falak yang bernama Dabbah di dalam kitabnya ' Taqwim 'Am bi Khamsati Alafi 'Am' Yang mengesahkkan bahawa 22 April jatuh pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiul Awal .

Nabi Muhammad ini dia sangat special kerana kelahirannya membawa rahmat kepada seluruh alam. Kita sendiri dapat lihat dimana ketika Nabi bersama dengan ibu susuannya kambingkambing ibu susuannya menjadi sihat dan membiak.

Sesungguhnya Allah ada berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud :

"Dan kami tidak mengutuskan kau (Muhammad) melainkan menjadi rahmat untuk seluruh alam."

Nak dengar satu kisah ? Kisah ini diceritakan oleh Habib Ali AlHamid. 

Ketika Zaman Nabi  Ibrahim, Nabi Ibrahim pernah berdoa kepada Allah.

''Ya Allah , Engkau lahirkanlah Rasul dikalangan penduduk Mekah suatu hari nanti.''

Setelah beribu kurun tahun selepas pada Zaman Nabi Ibrahim, maka  lahirlah Rasulullah pada waktu itu dilahirkan di Mekah.

Rasulullah berkata '' Aku ini berkat daripada doa dakwahnya Nabi Ibrahim.''

Nabi Ibrahim tahu  bahawa akan lahir seorang Nabi dan Rasul selepas pada zamannya. Sesungguhnya mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul tidak akan dihina oleh Allah di akhirat kelak. 

*tamat*

Nabi Muhammad telah meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu. Tapi sayangnya Baginda kepada kita Nabi tinggalkan kita dengan  Al-Quran  dan Sunnah supaya kita tidak akan tersesat. 

Sabda Nabi Muhammad, mafhumnya:

''Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selagi mana kamu berpegang kepadanya iaitu Al Quran dan Sunnah."

Sunnah tuu apa ? Boleh habaq tak ?

Mengikut ahli fuqaha' Sunnah itu sunat apabila kita buat kita dapat pahala jika kita meninggalkannya kita tidak berdosa.

Mengikut ahli usuli : Sunnah itu ialah setiap perbuatan pengakuan dan perkataan yang datang daripada Nabi Muhammad. Ia merupakan sumber hukum yang kedua.

Mengikut Muhaddisin : sunnah itu apa yang datang daripada Nabi Muhammad. 

Sunnah itu pada asasnya terbahagi kepada dua iaitu : 
  • Sunnah فعلية .
Sunah  فعلية ialah sunnah yang Nabi buat kita pun ikut buat. Contohnya, Nabi akan tidur sebentar sebelum Zuhur  jika kita ikut sama maka itu dikira sunnah  فعلية.
  • Sunnah تركية
Sunnah تركية ialah sunnah yang ditinggalkan . Apa sahaja yang Nabi tinggalkan sunnah kita tinggalkan.

''Apakah hukum kita merayakan maulid ni ? Ada orang kata bidaah?"

Sebenarnya, hukum menyambut Maulidur Rasul ini harus bukan bidaah. Bidaah itu bukan suatu hukum tapi ia merupakan umur yakni iaitu urusan dalam agama.

Imam Al Sayuti di dalam kitab Al Hawi li Al Fatawi daripada Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al Asqalani berkenan dengan Sambutan Maulid Nabi, lalu beliau menjawab.

'' Asal sambutan maulid ini adalah bidaah yang tidak pernah dinukilkan oleh seorang pun daripada kalangan Al Salaf Al Soleh (salafussoleh) pada tiga kurun pertama hijrah. Namun sambutan itu mengandungi perkara perkara kebaikan dan juga perkara perkara yang berlawan dengan kebaikan.Justeru sesiapa yang hanya melakukan perkara kebaikan serta menjauhi perkara yang berlawan dengannya, maka ia dikira bidaah hasanah.''

Bidaah hasanah ini dibolehkan dalam Islam. 

Oleh itu, sempena kita berada dalam bulan Rabiul awal ini perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad. Nabi bersabda mahfuhmnya :

'' Sesungguhnya orang  yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.''



اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله وصحبه وسلم 



 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung