Monday, 12 December 2011

Islam Itu Akan Kembali Asing ; Antara Syadid dan Ketegasan~

BismillahirRahmanirRahim~

Terkenang suatu ketika,seorang sahabat mengadu tentang masalahnya,

"Ana tak larat la nak dengar komen orang...Diorang kata ana syadiid"


"Apa yang enta buat??"


"Ana cuma tegur jangan la selalu sangat nyanyi lagu lagha dan jangan la ketawa kuat-kuat sangat, hati mati nanti..Diorang cebik muka lepas tu bila ana keluar dari bilik dengar diorang macam ejek-ejek ana"


"Enta rasa enta syadiid?"

"Ana pun tak tahu la..Kekadang ana rasa jugak yang ana ni tak open minded orangnya..dan ramai orang tak suka ana dengan cara ana macam ni"

"Hmm...Enta rasa enta perlu ubah perangai enta??"

"(mengeluh) huu..Entahlah (--') "

Perbualan kami terhenti di situ sahaja...Penulis pun tidak tahu hendak memberi jawapan.. Terkadang terfikir juga adakah matlamat kita berdakwah sudah betul cuma caranya salah... Atau memang si mad'u jenis keras kepala...Atau ego kedua-duanya menyebabkan timbul prasangka antara da'ie dan mad'u??Penulis membiarkan persoalan itu tergantung antara kami berdua...Sekarang penulis ingin kongsikan jawapan terhadap soalan itu bersama anda :)


APA ITU SYADID?

Secara umumnya kalimah syadid merupakan salah satu daripada kalimah-kalimah arab yang dimelayukan,ianya dapat diertikan sebagai BERSANGATAN..Atau dalam bahasa REMAJA sekarang ni maksudnya 'OVERLAH'...


Apa tindakan yang orang sering tafsirkan anda ni 'SYADIID LA' ??


-Bila anda mula tegur kesalahan yang orang anggap remeh..Contohnya apa??

"Jangan bising,jangan nyanyi lagu lagha,jangan baca KREKO dll.(sebab tak bermanfaat), Jangan tengok bola (sebab pemain pakai seluar pendek,aurat kan tu) dll."

-Bila semasa bersembang anda tegur kawan 'kalau nak sembang lagha kita stop jer la,lebih baek zikir'

-Bila anda tak bercakap dengan yang berlainan jantina (muslimin-muslimat,muslimat-muslimin) dengan anda..Disuruh pun tak mahu kecuali kalau memang betul-betul perlu..

-Bila anda marah sahabat anda yang mencarut/berbahasa kesat di hadapan anda

-Bila anda jalan asyik tunduk aje takut terpandang sahabat yang berlainan jantina

-Bila anda bercakap dengan yang berlainan jantina anda tak tengok langsung muka dia..Tengok depan,tunduk atau pusing ke tepi =='

-Bila anda tak layan langsung sahabat anda yang berlainan jantina yang nak chat/sms dengan anda perkara-perkara yang anda rasa tak penting untuk dia berhubung dengan anda

Itu antara contoh-contoh syadiid mengikut kajian yang dilakukan di sekolah..Di luar sekolah tak senari lagi :)

Jadi apa yang nak buat kalau anda termasuk dalam golongan tu??Atau anda menghukum golongan seperti ini adalah SYADiiD??

SYADIID,MENOLAK PENGHARMONIAN USLUB DAKWAH??


Suatu ketika Imam Hassan Al-Banna di usia remaja,beliau pernah melakukan kesilapan dalam metodologi dakwahnya.Diringkaskan semasa mengaji di Madrasah Darul Ulum,beliau pernah dipanggil oleh Jabatan Pelajaran di mana ketika itu sedang melakukan lawatan di madrasahnya.

Imam Hassan Al-Banna dimarahi kerana berpakaian jubah dan juga serban.Sedang ketika itu, pelajarnya memakai tarbus dan juga berseluar.Beliau tetap bertegas dengan pendiriannya kerana mengamalkan sunnah nabi.Sampai dilihat ketika itu,hampir berkelagi antara mereka keduanya.Kemudian berlaku juga perkara yang sama sewaktu majlis konvokesyen.Akhirnya, beliau akur dengan nasihat pengetua yang merupakan guru yang sangat dihormati pada ketika itu.

SYADIID DALAM IKHTILAT ;


Sabda Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadith : "...Hendaklah engkau berhati-hati dengan dunia dan wanita,maka sesungguhnya fitnah yang pertama datang dari wanita Bani Israel"(Al-Hadith)

Pabila berbicara bab ikhtilat,pasti ramai yang memberi pendapat kita tidak perlu terlalu syadiid mengikut tafsiran masing-masing...Tidak mengapa,lain orang lain persepsinya.. Namun jika dilihat dari sirah nabawiyah,

Ketikamana Rasulullah S.A.W. keluar dengan isterinya Safiyyah di padang pasir yang gelap gelita apabila ada sahabat yang perasan bila Rasulullah berjalan dengan seorang wanita di padang pasir (walaupun mustahil untuk seorang nabi melakukan maksiat),Nabi tetap membuat penjelasan untuk elakkan fitnah itu. Sabda bagina kemudian ;


"Wahai sahabat-sahabatku,boleh jadi pada waktu ini kamu sudah mengagak aku berjalan bersama isteriku walaupun kamu tidak nampak.Boleh jadi juga syaitan membolak-balikkan hati kamu agar kamu buruk sangka ke atas aku..Maka ketahuilah bahawa bersama aku adalah isteriku Safiyyah"


KONKLUSINYA


Dalam berdakwah,uslub perlu digunakan secara bijaksana...Keindahan Islam itu lebih terkesan apabila ditunjukkan dengan akhlak dan tindakan,berbanding dengan pakaian...Kerna Islam bukan hanya pada serban dan jubah sahaja..Tetapi lebih mementingkan nilai murni dan budi bahasa sesama manusia..


Jangan kerna sikap kita yang mempertahankan pakaian sunnah menyebabkan sunnah yang lebih besar iaitu BERBUDI BAHASA DAN BERTOLERANSI sesama manusia kita tinggalkan..Impaknya orang akan menjauhi Islam dan menganggap Islam adalah agama yang susah dan menyeksa penganutnya...


'Ibrah daripada kisah Imam Hassan Al-Banna membuatkan beliau memahami bahawa Islam bukan hanya terzahir pada perbuatan tetapi lebih kepada perlakuan..Dan al-hasil beliau menjadi tokoh dakwah yang hebat apabila beliau sendiri pergi ke warung-warung makan untuk berdakwah..


Dalam bab ikhtilat pula perlulah fleksibel dan bijak menggunakan 'kesyadiidan' anda..Kerna memang tidak dapat dinafikan dalam dunia sekarang fitnah lelaki dan perempuan terbuka luas.. Contohnya [boleh saja anda difitnah anda bercouple dengan anak pengetua sekolah anda, sedangkan anda cuma chat dengan dia di facebook]..Maka perlulah kita bijak mengaplikasikan komunikasi kita dengan yang bukan mahram ...


Apabila perlu melakukan tugasan dengan yang bukan mahram maka bertindak secara profesional...Jangan sampai anda tak mahu berjumpa dengannya atau tidak mahu bercakap atau semasa bercakap anda tidak hiraukan responnya (contohnya anda buat macam dia 'tak wujud').. Tidak perlu begitu...Cukuplah anda bertindak seperti dia rakan sekerja anda...Buat tugasan biar bersama-sama...Tetapi jangan pula anda mengambil kesempatan itu untuk selalu bersama dengannya sehingga timbul fitnah pula...


Dalam bab pergaulan harian pula cukuplah anda berjumpa dengan yang bukan mahram atas dasar perkara-perkara yang perlu dan penting sahaja..Cuba sedaya-upaya elakkan fitnah terhadap diri anda dan dia...Suka ke kalau difitnah anda couple???Padahal niat suci murni anda cuma nak sampaikan sedikit maklumat kepadanya,tapi tindakan anda yang tergedik-gedik membuatkan orang lain berpersepsi begitu...Matlamat menjaga pergaulan supaya tidak terjadilah fitnah seperti couple,berdua-duaan,khalwat,buat maksiat dan sebagainya...

Yang penting,biarlah apa yang orang kata,anda perlu yakin yang setiap orang tidak terlepas daripada kejahatan lidah manusia...Tegas menyatakan pendirian anda melalui tindakan,namun jangan pula cara dakwah anda menyebabkan fitnah terhadap diri anda dan agama pula...


Syadiid biar bertempat,bezakan situasi anda antara realiti dan fantasi,jangan kerana syadiid menyebabkan ia menyusahkan anda melakukan gerak kerja... Dan ingat, setiap yang berada di jalan dakwah itu penuh cabaran dan tribulasinya,maka jangan sesekali beputus asa...


"بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء"



"Islam itu bermula secara asing,dan akan kembali dalam keadaan yang asing (dipandang pelik dan tidak lagi diamalkan sepenuhnya) .maka beruntunglah orang-orang yang asing"




Wallahu'alam~


RUJUKAN : Blog FullTimeMuslim




Sunday, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

~Motivasi Maal Hijrah 1433~

Letih. ...
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa. ....

Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk. ......

Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih. ......

Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa. .....
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?


Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

"Kita sudah ada orang yang nak angguk,kita sudah ada orang yang nak geleng,kita cuma perlukan orang yang nak melakukan apa yang diangguk,mencegah apa yang digeleng"-Prof.Dr.Zulkifli Mohammad

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
(At-Taubah:111)

Saturday, 5 November 2011

Dua Jenis Takbir Pada Hari Raya (Takbir Mursal dan Takbir Muqyad)

Pengertian:

Takbir Mursal(mutlak/bebas) bermaksud takbir yang diungkap di luar solat. Takbir ini boleh dibaca selepas solat maghrib 30 Ramadhan sehingga selepas khutbah.(terdapat imam solat yang melaksanakan Takbir Muqyad (akibat tanpa ilmu)

Takbir Muqqayyad(terikat) bermaksud takbir yang dilafazkan sebaik sahaja selesai memberi salam solat fardu(mengiringi solat fardu). Ia boleh dilafazkan bermula subuh 10 Zulhijah sehingga 13 Zulhijjah(hari Tasyrik) selepas solat asar.

Adapun masalah tuntunan mengumandangkan takbir dalam hal ini kami jelaskan dulu tentang jenis-jenis takbir, bahwa takbir terdiri dari 2 jenis yaitu takbir mutlak (bebas) dan takbir muqayyad (terikat). Takbir mutlak menurut pendapat yang rajih (kuat), disyaratkan pada dua malam hari raya sampai selesai khutbah demikian juga disyaratkan di 10 hari pertama bulan Zulhijah sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Qudamah di dalam Al Mughni, (3/256) berkenaan takbir di malam dua hari raya dimulai dari melihat hilal bulan Syawal (jika memungkinkan dan jika tidak maka dimulai dari sampai berita ‘Ied melalui cara yang benar atau dengan terbenamnya matahari tanggal 30 Ramadhan), sedangkan pada malam ‘Idul Adha mulai dari terbenamnya matahari tanggal 9 Dzulhijjah, sebagaimana Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menegaskannya, “Pendapat yang rajih (lebih kuat) dalam masalah takbir yang menjadi amalan mayoritas salaf dan ahli fikih dari kalangan sahabat dan para imam adalah bertakbir dari fajar hari Arafah sampai akhir hari tasyrik setelah shalat, disyaratkan bagi setiap orang mengeraskan takbirnya ketika keluar dari shalat ‘Ied dan inilah kesepakatan dari 4 imam mazhab. Adapun takbir Idul Fitri dimulai dari melihat hilal dan berakhir dengan selesainya ‘Ied yaitu selesainya imam dari khutbah menurut pendapat yang benar.” (Lihat Majmu Fatawa, XXIV/220-221)

Terima kasih Tuan Guru ustaz Hj Yacub Lubis di atas ilmu yang dicurahkan.

a. Takbir umum:

Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Artinya :

Allah maha besar (3X)
Tiada Tuhan selain Allah
Allah maha besar
Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

b. Bacaan lengkap:

Allaahu akbaru kabiiraa walhamdulillaahi katsiiraa,…
, wasubhaanallaahi bukrataw – wa ashillaa. Laa – ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiina walau karihal – kaafiruun. Laa – ilaaha – illallaahu wahdah, shadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, – wa – a’azza – jundah, wahazamal – ahzaaba wahdah. Laa – ilaaha illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd

Artinya :

Allah maha besar lagi maha sempurna kebesarannya,
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Dan maha suci Allah sepanjang pagi dan sore.
Tiada Tuhan selain Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya, walaupun orang-orang kafir membenci.
Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri; Benar janjinya, menolong hambanya, memulihkan tentaranya, dan mengusir musuh-musuh (Nabi)nya sendirian.
Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

credit:cikgumat.ummisakinah.com

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung