Assalamualaikum wb.
Salam Kejuaraan.
Semasa agak leka penulis menonton detik-detik kemenangan Malaysia malam semalam, teringat penulis kepada satu Firman Allah SWT yang mampu menjadi pengajaran dan 'ibrah untuk kita semua. Firman Allah SWT,
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
(Surah Ali-Imran, 140)
(Surah Ali-Imran, 140)
Inilah motivasi dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam, bukan sahaja khusus kepada Rasulullah dan para sahabat yang mengalami pengalaman perit semasa Perang Uhud, tetapi mampu memberi motivasi kepada umat Islam kini untuk terus berusaha mencapai kemenangan. Malam semalam merupakan giliran Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki, atas usaha K. Rajagopal dan anak buahnya dalam misi menjulang kembali Malaysia dalam dunia bola sepak.
Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya..! Penulis sebagai rakyat Malaysia tumpang bangga dan syukur. Semoga pada masa akan datang Allah SWT akan gilirkan kepada kita kemenangan dari aspek yang lain pula seperti akademik, ekonomi, sosial (sahsiah) mahupun politik, dengan syarat para pejuangnya berusaha dan terus istiqamah..
Wallahua'lam..
Khairul Azry Bin Khir Kamalian
Presiden
Badan Dakwah dan Rohani 2010/2011
Kolej Islam Sultan Alam Shah
supporter malaysia main laser 2...timbulkn kemarahan antara negara lg...cmne 2...xde sikap positif..nie sbg pengajaran....
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.
ReplyDeleteBetul tu, saya setuju kerana ada juga sebilangan penyokong Malaysia yg bersikap sedemikian. Tp, kesalahan sebilangan tidak boleh dihukum kepada semua. A'la kulli hal, bg yg berfikir, ambil la budaya positif semangat kesukanan yang mampu memupuk persaudaraan antara manusia, tidak mengira bangsa, kenegaraan, agama dan bahasa.
Wallahua'lam..