22 March 2010

SMILING SKY

Apabila kita lihat gambar di atas, mungkin ada di antara orang yang tidak percaya bahawa gambar di atas asli atau tidak. Sebenarnya gambar di atas adalah gambar yang asli. Langit memang benar-benar tersenyum pada 2 hb Disember 2008.

Kemudian, kenapakah kejadian tersebut saya kaitkan dengan ayat 9 dalam surah al-Mursalat, seperti yang saya catit di dalam gambar di atas.

Firman Allah swt:

وَإذَا السَّمَاءُ فُرِجَتْ

Apabila kita lihat kitab-kitab tafsir, maka kita akan melihat erti ayat di atas ialah:

Dan apabila langit itu dibelah

Jadi kenapa pula langit dibelah di samakan dengan langit senyum.

Pada pendapat penulis, perkataan فُرِجَتْ atau فُرِجَ bukan saja bererti di belah, tetapi juga bererti dilepas atau dihapus.

Cuba lihat erti doa di bawah ini:

اللهم فَرِّجْ عَنَّا هَمَّنَا وَغَمَّنَا فَرَجًا عَاجلاً غَيْرَ آجِلٍ


Maksudnya:

Ya Allah, hapuskanlah daripada kami kerisauan kami dan kesulitan-kesulitan kami dengan segera dan janganlah dilambatkan penghapusan itu.

Oleh itu kalimat فرج juga bererti dihapuskan. Namun apa yang di hapuskan. Adakah langit itu sendiri?.

Saya berpendapat apa yang dihapuskan itu ialah segala kesusahan dan kesulitan. Kerana ayat di atas adalah salah satu keindahan ayat al-Qur’an yang tidak menyebutkan perkara yang dimaksudkan kerana perkara itu sudah biasa disebut :

Selain itu kita juga sudah biasa menyebut perkataan ( فرج همنا ) di dalam doa yang bermakna hapuskanlah kesulitan kami

Apabila seseorang itu dihapuskan segala kesulitan dan kesedihannya maka apa yang akan berlaku. Maka tentulah ia akan tersenyum.

Oleh itu ayat di atas adalah makna simbolik kepada apabila langit dihapuskan kesulitannya ( ia akan senyum)

Ayat-ayat dalam surah al-Mursalat ialah sebanyak 50 ayat. Dan ayat di atas ialah ayat ke 9. Jika kita bahagi 30 hari dalam sebulan kepada 50 ayat, kita akan dapat 0.6. lalu jika kita dharab 9 (ayat ke 9) = 0.6 X 9 = 5.4.

Peristiwa langit senyum ialah pada 2 Disember 2008, bersamaan dengan 5 Zulhijjah 1429. Manakala, ayat Surah al-Mursalat pula berada dalam hizib terakhir juzuk 29. Berarti juga hizib itu berada dalam bulan Zulhijjah 1429. Oleh itu ayat tersebut amat bertepatan dengan makna simbolik ayat bahawa langit telah tersenyum pada 5 Zulhijjah 1429 yang lalu.

Lihatlah bertapa tepatnya pengiraan yang Allah swt telah buat. Kitab al-Qur’an diturunkan pada 1400 tahun yang lalu. Dan Allah swt telah mentaqdirkan langit akan tersenyum pada akhir tahun 1429H. Siapakah yang mampu untuk menurunkan al-Qur’an dan mentaqdirkan langit tersenyum pada 1429H ini pada 1429 tahun yang lalu.

Subhanallah. سبحان الله


Tafsiran penulis ini tidaklah bermaksud menafikan tafsiran yang ada, tetapi penulis hanya ingin menambah khazanah tafsir yang telah sedia ada. Kerana al-Qur'an adalah kalam Allah, adalah tidak mungkin pada kita untuk menghadkan makna kalam Allah swt tersebut.

Mungkin pada tahun yang lain pula iaitu pada tahun 2029 masihi, maka langit akan benar-benar terhapus, Allahu 'Alam.

0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung