31 March 2010

Purdah Diharamkan???


Ahli Parlimen Britain anggap burqa seperti pakai beg kertas

PARIS/LONDON: Isu pakaian wanita Islam sekali lagi mendapat tumpuan selepas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam berikrar akan mengharamkan pemakaian purdah manakala seorang ahli Parlimen Britain menyifatkan burqa umpama memakai beg kertas di kepala.

Sarkozy memberi janji itu selepas perbahasan ahli politik kerajaan dan pembangkang, mengakhiri sikap berdiam diri Sarkozy mengenai isu apa yang harus dilakukan terhadap niqab, burqa dan pakaian menutup muka yang lain.

“Purdah bertentangan dengan harga diri wanita, jadi kita perlu mengharamkannya dan kerajaan akan merangka undang-undang larangan itu,” katanya.

Beliau tidak memberi butiran terperinci tetapi pengharaman itu bermakna beliau menyebelahi ahli Parlimen yang menyokong pandangannya dan anggota pembangkang yang meluluskan larangan sepenuhnya pemakaian purdah di wilayah Perancis.

Bulan lalu, sebuah jawatankuasa Parlimen mencadangkan kaedah lebih longgar yang mewajibkan wanita mendedahkan muka ketika menggunakan pengangkutan awam dan kemudahan milik kerajaan seperti pejabat pos, universiti dan hospital.

Sehingga pengumuman yang dibuatnya semalam, Sarkozy sebelum ini hanya menyatakan bahawa purdah melambangkan penindasan ke atas wanita dan ‘tiada tempat’ di Perancis, lapor The Times.
Sementara itu di Britain, ahli Parlimen, Philip Hollobone, disiasat polis selepas menyifatkan wanita yang memakai burqa sama seperti mereka yang menyarungkan beg kertas di kepala yang mempunyai dua lubang untuk mata, ketika perbahasan di Parlimen.

Majlis Hak Sama Rata Kaum Northamptonshire yang dibiayai kerajaan, membuat aduan kepada polis mengenai perkara itu.

Ada ahli politik parti Sarkozy dan pembangkang menentang pengharaman purdah kerana bimbang ia akan memberi masalah kepada enam juta warga Islam Perancis.
Ia juga tentu mencetuskan kemarahan di dunia Islam kerana pengharaman itu lebih meluas berbanding isu tudung sebelum ini.

Sarkozy juga belum memberitahu bagaimana pengharaman purdah itu akan
dikuatkuasakan.

Tinjauan pendapat terbaru menunjukkan majoriti warga Perancis tidak menyokong Sarkozy untuk penggal kedua pada 2012. – Agensi

1 kesannya:

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung