Kepada mahasiswa dan pelajar sekolah yang tercari-cari tokoh pemimpin muda yang popularitinya mengatasi seluruh benua Asia, Eropah dan Afrika. Kepada para pengurus korporat yang tidak mahu lagi berkiblatkan para penulis dan motivator Barat, bahkan mahukan “model hidup” yang berjaya menseimbangkan IQ, EQ, dan SQ dalam sebuah gerakerja berpasukan.
Kepada para pendakwah, penceramah, motivator, naqib yang tercari-cari teks untuk membakar semangat anak-anak muda remaja dan belia yang kian songsang hidupnya. Kepada ahli-ahli politik yang tercari-cari model menjadi negarawan dan formula ampuh untuk dihormati kawan dan lawan. Kepada para ibubapa dan guru yang tercari-cari formula dan sistem didikan terbaik pada anak-anak.
Maka, jika anda salah seorang dari di atas, maka buku ini seharusnya menjadi MILIK anda!
Telah banyak buku-buku sejarah menulis mengenai Sultan Muhammad al-Fateh dengan pendekatan kronologikal dan tersurat.
Namun, buku ini akan memaparkan 15 kuasa kepemimpinan yang wujud serentak dan tersirat dalam diri Sultan Muhammad bin Murad al-Fateh. Pengiktirafan Rasulullah kepada beliau dan bala tenteranya sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera telah membawa penulis untuk mendekati lebih dekat segenap sudut karakter kepemimpinan yang ada pada anak muda berusia 22 tahun ketika melakukan misi menawan Konstantinopel yang dianggap misi paling mencabar dalam sejarah dunia sekitar 1453 Masihi tersebut.
Berasaskan kajian kepada sumber-sumber utama Usmaniah seperti karangan Syekh Dr Muhammad Ali As-Shollabi, Prof Mehmed Maksudoglu dan Halil Inalchik, penulis dilihat mampu memperjelas dan membumikan pelbagai penemuan baru dari khazanah yang ditinggalkan pemimpin agung Islam, Sultan Muhammad al-Fateh.
Pendekatan mengkaji cara berfikir, kuasa sistem pendidikan dan karakter kepimpinan serta perkongsian pengalaman penulis sendiri yang pernah bergelumang dalam sektor kepimpinan korporat, NGO, gerakan mahasiswa dan persatuan pelajar membuatkan buku ini sangat unik, sesuai untuk tatapan semua tahapan usia.
Buku ini akhirnya akan mendedahkan mukjizat 'sebenar' di sebalik pengiktirafan Rasulullah kepada beliau dan pasukan tenteranya.Dapatkan di pasaran pada 29 Mac 2010 (tarikhkelahiranMuhammad Al-Fateh)
Insya-Allah
ReplyDeleteakan dibedah pula buku itu nanti..
mencari generasi al-Fateh skarang bukanlah mudah tp tidaklah susah..
dek kerana dalam keruntuhan akhlak itu wujud juga golongan remaja dan anak2 muda yang gigih mencari Islam walaupun latar belakang pendidikan mereka tidaklah berlatar belakangkan pengajian Islam...inilah semangat anak muda sekarang...