29 April 2009

ELAKKAN HARAPAN MEMILIKI HIDUP SEHEBAT HARRY POTTER, CONTOHI PRINSIP KETEKUNAN HERMIONE

“ Mud-blood!! ” Herdik seorang rakan kepada Hermione.

Kecik hati Hermione sambil menangis teresak-esak ketika salah seorang rakan sekolahnya di Hogwarts mempertikaikan keturunannya yang bergelar mud-blood kerana ibu bapanya bukan keturunan ahli sihir dan langsung tidak terkenal jika dibandingkan dengan Harry atau Draco yang memiliki ibu bapa yang hebat dalam dunia sihir.

Jika dilihat secara overall, Harry Potter amat terkenal kerana peristiwa ayahnya yang dibunuh bersama ibunya oleh Lord Voldermort, ahli sihir jahat yang paling ditakuti di dunia sihir semasa beliau masih kecil. Sebelum peristiwa pembunuhan itu, ibunya sempat mengenakan sihir pelindung kepada Harry yang akhirnya memusnahkan Lord Voldermort. Kejadian itu amat dikagumi masyarakat dunia sihir walaupun ia telah berlaku belasan tahun yang lalu. Harry diangkat dan dihormati kerana kehebatan keturunannya. Masyarakat setempat juga menyanjungi Harry dan menganggap beliau juga akan menjadi ahli sihir yang hebat semata-mata kerana kehebatan ibu bapanya.


Hernione dan Ron pula dipandang hina oleh rakan-rakan di sekolah disebabkan oleh keturunan mereka. Walaupun Ron berasal dari keluarga ahli sihir, tapi keluarganya miskin dan hidup serba sederhana. Sementara Hermione pula berasal dari keturunan mud-blood iaitu bukan dari keluarga ahli sihir dan golongan mud-blood ini dipandang rendah oleh masyarakat dunia sihir.

Namun begitu, Hermione langsung tidak membiarkan gelaran keturunannya menjadi penghalang kejayaan yang diburu beliau. Beliau sentiasa berusaha dengan tekun untuk mempelajari pelbagai jenis sihir dan menjadi ahli sihir yang hebat walau apa jua cabaran yang mendatang. Akhirnya, ketekunan beliau yang berterusan dan tidak berputus asa membuahkan hasil apabila beliau sendiri banyak membantu Harry yang disanjung-sanjung dalam liku-liku hidup melawan musuh dan nyata sekali Harry juga amat memerlukan beliau ketika menghadapi kesusahan.

Teringat penulis kepada kata-kata Aristotle yang berbunyi:

“Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya”

Di sini penulis dapat simpulkan bahawa keturunan bukan faktor utama ketinggian darjat atau penentu kejayaan seseorang, tetapi usaha dan tawakal yang berterusan dan bersungguh-sungguh sahaja yang mampu mendorong kejayaan masa depan individu tersebut dengan keizinan Allah S.W.T. InsyaAllah. Ketekunan Hermione menafikan segala tohmahan masyarakat yang menganggapnya hina apabila beliau akhirnya menjadi ahli sihir yang hebat dan menjadi kunci utama kejayaan Harry.

Apa yang ingin penulis nyatakan di sini bukan untuk menentang mereka yang berketurunaan baik, tetapi untuk memberi amaran supaya berjaga-jaga dan memberi semangat kepada mereka yang sebaliknya. Tidak dapat dinafikan, Rasulullah S.A.W. juga berasal dari keluarga yang mulia dan dihormati, tetapi itu tidak menyebabkan baginda sombong dan lupa diri, malah baginda lebih berjaga-jaga dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.

Sebagai pelajar juga, kita seharusnya sentiasa bersungguh-sungguh menuntut ilmu mencapai kejayaan dan janganlah kita leka dengan kejayaan ibu bapa kita yang mungkin lepasan universiti di peringkat master atau phD. Berasal dari keturunan bangsawan tidak menjamin kejayaan seseorang, malah dia juga perlu berusaha keras seperti mana keturunannya dulu. Sebagai peringatan, ingin penulis menegaskan bahawa janganlah terlalu berharap dengan kehebatan keturunan, tetapi “mind set”kan dalam minda untuk mencipta nama sendiri dan biarkan orang yang berbangga dengan nama kita, bukan kita yang berbangga dengan nama orang lain.

Terkenang sedutan syair Arab yang berbunyi:

“Bukan dikatakan seorang pemuda yang mengatakan ini adalah kejayaan ayahku, ini adalah kejayaan datukku. Tetapi seorang pemuda ialah orang yang mengatakan ini adalah aku.”

KHAIRUL AZRY BIN KHIR KAMALIAN
EXCO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

1 kesannya:

  1. khairul Azry..is yr father ex-student polytechnic of Wales, uk dulu??
    if yes, can u sent me email at leen7892@gmail.com.tq

    ReplyDelete

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung