Adik-adikku,
Kalian memikul 3 harapan serentak, satu dari ibu bapa, kedua dari guru dan satu dari pelopor penubuhan Kolej Islam.
Dari ibu ayah, pastinya setiap mereka punyai expectation tinggi kepada adik-adik kerana memilih Kolej Islam selepas PMR buat adik-adik adalah kerana mereka merasakan 15 tahun membesarkan adik-adik sehingga cemerlang dalam PMR, maka di tempat inilah medan terbaik adik-adik menerima latihan seterusnya untuk terus berjasa dengan ibu ayah. Betapa ramai cemerlang di PMR namun tewas dan tumpas di SPM lantaran tersilap membuat pilihan sekolah dan lantas pengaruh kawan menghancurkan masa depan.
Di Kolej ini juga kalian memikul harapan dan kasih sayang guru-gurunya. Guru-guru di KI bukan sekadar 1st class degree, namun mereka berjiwa murabbi dan sangat kasihkan kalian. Lihatlah Ustazah Nik Hazifah sendiri, cukup hebat "dream" beliau mahu melihat kembali kukuhnya pengaruh tarbiyah Badar di KISAS dan bersatunya Badar dan LKP dalam misi melahirkan world-class leader dari KISAS sebagaimana Visi Sekolah Cluster KISAS itu sendiri. Beliau sanggup berkorban wang dan tenaga demi melihat kejayaan kem-kem kepimpinan dan kem-kem tarbiyah seperti KPTI. Cuba sebut kepada saya ada tidak di sekolah lain guru-guru yang sekental Ustazah Nik Hazifah ini, yang juga punyai suami dan anak-anak, namun kalian menjadi keutamaannya.
Dan di kolej ini kalian memikul harapan besar dari pelopor penubuhannya, seorang negarawan Islam terkemuka yang pidatonya di Parlimen menggerunkan kawan dan lawan dari Parti Perikatan pada masa itu, inilah politikus muda yang membicarakan soal Kolej Islam mestilah melahirkan "pemimpin", bukan pengikut, pemimpin yang mantap penguasaan syariatik dan saintifiknya, kerana itulah keperluan masa depan perjuangan Islam di Malaysia, dan Almarhum sememangnya seorang yang dikenali pemikir Islam 10 tahun ke hadapan berbanding zamannya.
“Kolej ini akan menjadi sebagai satu benih yang akan menghasilkan buah di masa hadapan untuk bangsa Islam negeri ini, dan seterusnya untuk keamanan dunia seluruhnya. Di Kolej inilah terletaknya tinggi rendah, baik buruknya dan mundur majunya agama Islam kita yang maha suci ini.” (Prof Zulkifli Muhammad, Utusan Melayu, 25 Feb 1955)

Kalian bertuah kerana terpilih ke Kolej Islam. Siapa tahu adik-adik, mungkin inilah benteng terakhir tarbiyah sekolah yang masih bertahan dan kukuh di Malaysia ini, dan sistem pendidikan informal bernama "tarbiyah" yang berpusat di asrama inilah mungkin rahsia KISAS dahulu sangat luarbiasa kecemerlangannya. Wujud bi'ah solehah (ranting dan buah kepada pohon Islam di KISAS) adalah datang selepas wujud terlebih dahulu benih yang sihat dan akar tunjang yang kukuh di kolej ini yang bernama tarbiyah.
Terima kasih buat isteriku, untuk kali ke seterusnya bukan sekadar teman perjalanan, bahkan an effective brainstormer, ice-breaker dan orator on this topic.
0 kesannya:
Post a Comment