16 November 2019
12 October 2019
WARKAH BUMI WAQAFAN
Warkah puitis sebagai persiapan buat Sang Bakal Helang, juga mungkin sebuah peringatan buat Helang yg megah menyusuri ardhullah berbekalkan sayap sepasang.
Bermulanya saat melangkah masuk pastinya bermacam rasa dan bisa yg tidak dizahirkan melalui bicara
Ada yg merasa seakan impiannya sudah menjadi nyata,
Ada yg berkata "Ah, mimpi ngeri aku sudah
bermula"
Hari demi hari, makin berkurang pipit di sisi,
Mungkin berancang utk mencari kwsn pergunungan yg lain utk bermutasi.
Kenapa aku masih setia menanti saat berakhirnya mutasi?
Pelbagai alasan zahir yg aku bagi,
Namun hakikatnya aku sudah mula merasa manisnya berada disini.
Bantulah agama Allah, Allah akan bantu kita.
Bantu tempat yg membantu agama Allah, Allah
akan membantu kita.
Kini tiba saatnya, kita melebarkan sayap-sayap
berpaksikan ketaqwaan terhadap Yang Maha Berkuasa,
Melaksanakan janji pasti setiap hamba ilahi,
MENEGAKKAN KALAM RABBI,
Adapun begitu masih ada antara mereka
Memilih utk meneruskan mutasi sedangkan kita mampu utk terbang sendiri,
Mungkin masih mencari saki baki masa utk mempersiapkan diri dgn lebih lagi.
Segalanya kembali ke masyiatillah.
Ingatlah,
Kita bermula drpd jahiliyah
Dibimbing, diasuh juga ditarbiyah.
Siapa kita hari ini segalanya kerana percaturan indah,
yg dirancang oleh Sang Khaliq bagi segala yg indah.
Pesanku, buat sekalian helang bumi waqafan,
Usah persia mutiara yg sudah dijumpa kerana kadang kita tidak sedar dalam kita berterbangan di udara dgn gagah,
Mutiara yg terikat di dlm jiwa terlerai dek terleka dan terduga dgn mehnah serta fitnah yg mengaburi mata.
Karya oleh : Iffah Zulaikha (STAM 2019)
14 September 2019
Muktamar Sanawi ke-38
"القيادة تكليف ولا تشريف"
Kepimpinan itu satu tanggungjawab bukannya kemuliaan
Alhamdulillah telah selesai Muktamar Sanawi kali ke-38 dengan jayanya.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada saf kepimpinan BADAR 2018/2019 atas
segala usaha , sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang
memimpin demi penjagaan kelangsungan tarbiah dan biah solehah yang ada
di KISAS.
Dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh murabbi yang tidak putus-putus memberi
nasihat dan bimbingan kepada kami untuk melihat seluruh warga KISAS berjaya
bukan dari segi akademik sahaja bahkan sahsiah serta rohaninya.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga Kolej Islam Sultan
Alam Shah atas kerjasama yang diberikan sepanjang pimpinan yang dikelola
oleh saf kepimpinan BADAR 2018/2019.
Semoga segala usaha kita demi melihat kelangsungan tarbiah dan biah solehah
di bumi waqafan ini akan terus diberkati oleh-Nya.
Untuk melepaskan satu tanggungjawab kepada yang lain bukannya satu perkara
yang mudah.
Semoga saf kepimpinan BADAR 2019/2020 akan terus berusaha sebaik mungkin
untuk memberikan yang terbaik bagi penjagaan kelangsungan tarbiah
dan biah solehah yang ada di bumi waqafan,
bumi yang kita semua cinta dan sayang ini.
Demi melahirkan insan-insan yang terus berbakti kepada ummah.
Menjadi qudwah hasanah baik daripada segi intelektual bahkan sahsiahnya.
In Shaa Allah.
Semoga segala usaha kita diberkati oleh-Nya.
Sirru Ala Barakatillah!
15 August 2019
14 August 2019
Doa Qunut Nazilah
Demi mempertahankan agama dan negara,
Mereka mati sebagai syuhada'!
Sedangkan kita, masih di sini.
Jauh, terlalu jauh untuk membantu.
Apatah lagi untuk berperang.
Dan, mungkin juga kita tidak mampu sebenarnya.
Tapi, kita juga ada senjata bukan?
DOA
Ya, itu senjata kita.
Teruskan tembakan senjata kita.
Dengan bantuan Allah, untuk membantu mereka.
Kerana tujuan kita tetap satu.
-Allah
Persidangan Pemimpin Muda Islam (PPMI) 2019
Ahlan wa sahlan kepada semua SBP yang telah menyertai Persidangan Pemimpin Muda Islam SBP Peringkat Kebangsann Kali Ke-2 bagi tahun 2019 yang bertempat di Kolej Islam Sultan Alam Shah pada kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)