23 July 2014
Ramadhan
Badar KISAS
Wednesday, July 23, 2014
Kalau kita nak capai sesuatu matlamat, adakah kita akan berusaha untuk mencapai target kita ataupun kita hanya berdoa agar apa yang kita kehendaki itu datang tanpa usaha yang gigih? Sudah pasti kita akan berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Di sini ana nak buat sedikit analogi. Sebagai contoh, kalau kita pergi bertanding dalam sesebuah pertandingan, kita pasti akan berusaha untuk mencapai kejayaan, kita pasti akan berusaha untuk mencapai target kita. Begitu juga Ramadhan, kalau kita imbas kembali ayat Allah
"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ"
“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu supaya kamu bertaqwa” (Al -Baqarah:183)"
Kalau kita lihat Allah telah letakkan target kita, tujuan kita dan matlamat yang perlu kita capai iaitu menjadi orang yang bertaqwa.
Sahabat-sahabat,
Ramadhan bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga. Ramadhan bukanlah satu adat yang tidak ada nilai.
Ramadhan melatih kita untuk kita menjadi orang yang bertaqwa. Allah beri kita satu bulan untuk kita sama-sama meningkatkan amalan kita...Adakah kita telah mencapai target tersebut? Adakah kita sudah menjadi orang yang bertaqwa? Tepuk dada tanya iman.