10 June 2014

Al-Mulk


Surah Al-Mulk adalah surah yang ke-67 daripada 114 surah yang terdapat di dalam Al-Quran Nul Karim. Al-Mulk boleh didefinasikan sebagai “Kerajaan atau Kekuasaan”. Surah ini mengandungi 30 ayat dan ia telah diturunkan di Kota Mekah.

Selain itu Surah Al-Mulk ini juga dikatakan surah keamanan dan kesejahteraan kerana ia boleh menyelamatkan para pembaca surah ini dari seksaan kubur. Ini telah terbukti pada zaman Rasulullah s.a.w dari Ibnu Abbas menceritakan :

Pernah pada suatu ketika para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al-Mulk dari mula hingga akhir surah tersebut. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Maka tahulah mereka bahawa sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal tersebut telah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda yang bermaksud ; “Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindarkan para pembacanya dari azab neraka” – diriwayatkan oleh Iman Tirmidzi.

Maka fahami maksudnya dan bacalah surah tersebut setiap hari secara istiqamah, semoga kita terlepas dari siksaan azab kubur dan ia akan menjadi pelindung kita semasa kita berada di dalam kubur. InsyaAllah



 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung