Showing posts with label perancangan BADAR 2011. Show all posts
Showing posts with label perancangan BADAR 2011. Show all posts

20 February 2011

Tanggal 18 februari 2011 bersamaan 15 Rabiulawal 1432H yang lalu, pihak Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) mengadakan sambutan Maulidur Rasul yang membawa tema 1 Malaysia, 1 ummah. Perarakan sempena Hari Memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW turut diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut. Sasaran untuk program ini adalah untuk semua siswa dan siswi KISAS SBT. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Tuan Pengetua KISAS SBT, Tuan Haji Abdullah B Jusoh. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis dan memperingati pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya ialah pertandingan kuiz antara rumah, pertandingan sepanduk, persembahan Qasidah dan nasyid. Berikut adalah keputusan bagi setiap pertandingan yang dianjurkan.

1. Pertandingan sepanduk.
pertama: Rumah Ali
kedua: Rumah Omar
ketiga: Rumah Thariq
keempat: Rumah Khalid

2. Pertandingan kuiz antara rumah.
pertama: Rumah Ali
kedua: Rumah Thariq
Ketiga: Rumah Omar
keempat: Rumah Khalid

Diharapkan program yang telah dilangsungkan dapat memberi kesedaran buat para pelajar untuk sentiasa terus istiqamah dalam perkara kebaikan dan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh dan ikutan terbaik sepanjang zaman. فاستقم کما أمرتpelan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul

15 February 2011

TAKWIM BADAR KISAS SESI 2011


Takwim BADAR ini menjadi satu rujukan dan perancangan program bagi sesi 2011. Dengan adanya tarikh-tarikh yang telah disepakati, usaha-usaha dakwah dapat dijalankan bagi menjaga kelangsungan dakwah di Bumi Waqafan ini. Tidak ada kekuatan apabila tidak ada jemaah. Badan Dakwah dan Rohani sememangnya bergerak dalam satu wadah yang sama dan melaksanakan usaha-usaha dakwah secara berjemaah. Inilah perancangan yang telah ditetapkan pihak BADAR dan telah dipersetujui oleh pihak sekolah. Semoga pentarbiyahan di Bumi Waqafan ini terus-menerus dari generasi ke generasi yang lain. Sesungguhnya pendidikan dan tarbiyah berjalan seiringan. Amiin!!

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung