بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bacalah bacaan Quran yg mudah, sambil berjalan, sambil duduk, sambil berkenderaan. Jadikan minit² tersebut penuh berkah kerana Allah SWT suka kpd hamba-Nya yg sentiasa membaca & melazimi al-Quran.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yg membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan & setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yg semisal dgnnya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf & Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]
Firman Allah SWT lagi:
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan & pengajaran, maka adakah sesiapa yg mahu mengambil peringatan & pelajaran (drpdnya)?”.
[al-Qamar:17]
Masyallah banyak sungguh faedah dan manfaat membaca Al-Quran. Tunggu apa lagi kawan-kawan, mari baca Al-Quran.
0 kesannya:
Post a Comment