26 December 2022

[2022] Tazkirah Pendek : Masbuk?

 

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ




Sebahagian makmum apabila masuk masjid dan mendapati imam sedang sujud, mereka akan menunggu sehingga imam bangkit dari sujud, barulah mereka menyertai jemaah.

Nabi ﷺ bersabda:

إذا جِئتُم إلى الصَّلاةِ ونَحنُ سُجودٌ فاسجُدوا.
"Jika kamu datang ke tempat solat ketika kami sedang sujud, sujudlah sekali."

—Sunan Abī Dāwūd, no. 893. Ḥasan lighayrih.

Justeru tidak perlu menunggu imam bangkit, sebaliknya sujud sahaja terus bersama jemaah. 





Walaupun tidak mendapat rakaat bagi sujud tersebut, tetapi tetap akan mendapat pahala—dan alangkah besarnya pahala sujud!

Shaykh kami menyebutkan, apabila beliau masuk ke masjid dan mendapati ramai orang berdiri tidak bersujud bersama jemaah, beliau teringatkan ayat dalam surah al-Qalam:

﴿يَومَ يُكشَفُ عَن ساقٍ وَيُدعَونَ إِلَى السُّجودِ فَلا يَستَطيعونَ، خاشِعَةً أَبصارُهُم تَرهَقُهُم ذِلَّةٌ وَقَد كانوا يُدعَونَ إِلَى السُّجودِ وَهُم سالِمونَ﴾ 

42. (Ingatlah) pada hari ketika betis disingkapkan dan mereka diseru untuk bersujud; maka mereka tidak mampu melakukannya,

43. Pandangan mereka tertunduk ke bawah, diliputi kehinaan. Dan sungguh, dahulu (di dunia) mereka telah diseru untuk bersujud waktu mereka sehat (tetapi mereka tidak melakukan).

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ

0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung