8 May 2010

BIODATA RINGKAS DAJJAL

bayi Dajjal

Sudah lama saya menerima e-mel seorang anak Yahudi yang dilahirkan di Israel (moga Allah memusnahkan negara ini) bermata satu. Ditanya: Inikah Dajjal yang dijanjikan dalam hadis Nabi bahawa ia akan muncul di akhir zaman? Sementelah pula kita memang berada di akhir zaman sekarang. Tanda-tanda kecil Kiamat sudah meratai dan hampir menyeluruh. Hanya menunggu tanda-tanda besar sahaja yang di antaranya Dajjal.

Saya memetik beberapa perkara penting tentang Dajjal seperti di bawah. Saudara boleh merujuk kepada kuliah tafsir surah al-Kahfi yang saya telah uploadkan di ruangan koleksi ceramah dan kuliah, serta beberapa siri kuliah (akan diupload kemudian insyaAllah) dari kitab Bahr al-Mazi tentang Dajjal yang saya sampaikan di sebuah masjid di Kemaman ini.

Dari segi bahasa, ia berasal dari ad-Dajl iaitu menyelubungi. Dinamakan orang yang sangat pembohong sebagai Dajjal kerana ia menyembunyikan kebenaran dengan menzahirkan kebatilan.

Beberapa perkara asas yang perlu diketahui tentang Dajjal ialah:

-Adakah ia Ibn Sayyad atau selainnya? Dan jika Dajjal itu ialah selain Ibn Sayyad, adakah ia telah muncul di zaman Nabi SAW atau belum?

-Bila ia keluar?

-Kenapa ia keluar?

-Dari mana ia keluar?

-Apa ciri-cirinya?

-Apa yang ia dakwakan?

-Apakah fenomena yang berlaku ketika munculnya sehingga pengikutnya begitu ramai?

-Bilakah ia binasa dan siapakah yang membunuhnya?

Menjawab soalan-soalan di atas:

Pertama: Dalam Kitab ‘al-I’tisam’ ketika dihuraikan hadis Jabir bahawa Ibn Sayyad itulah Dajjal. (Ibn Sayyad ialah seorang kanak-kanak lelaki Yahudi yang mempunyai ciri-ciri Dajjal, menjawab balik jawapan Nabi dengan biadab. Hadis berkenaan dengannya sangat terkenal dan boleh dibaca dlm kitab-kitab Hadis)

Kedua: Hadis Fatimah binti Qais tentang kisah Tamim ad-Dari yang dikeluarkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu telah muncul semenjak zaman Nabi SAW lagi. Ia ditahan di satu pulau.

Ketiga: Hadis an-Nawwas yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu keluar ketika orang Islam membuka Qonstantinopel.

Keempat: Sebab keluarnya ialah kerana ia marah terhadap satu perkara. Ini di sebut di dalam hadis Ibn Omar dari Hafsah yang driwayatkan oleh Muslim.

Kelima: Keluarnya dari Timur. Dalam satu riwayat yang dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dari hadis Abu Bakar ia keluar dari Khurasan. Dalam riwayat lain oleh Muslim ia keluar dari Isfahan.

Keenam: Sifatnya ialah bermata satu dll

Ketujuh: Ia mendakwa pada awalnya iman, baik, kemudian nabi, dan kemudian Tuhan. Ini di sebut dalam riwayat yang dikeluarkan oleh atTabrani dari Sulaiman bin Shihab.

Kelapan: Ia binasa selepas munculnya di bumi dan memasuki semua tempat melainkan Mekah dan Madinah. Ia menuju Bait al-Maqdis. Nabi Isa turun lalu membunuhnya.

Abu Nuaim mengeluarkan ketika menerangkan tentang Hassan bin Atiyyah, katanya: Tidak terlepas dari fitnah Dajjal melainkan 12, 000 lelaki dan 7 ribu wanita. Wallahua’lam. (Ibn Hajar al-Asqalani j 13 ms131)

Kesimpulan dari hadis tentang Dajjal:

  • Dajjal ialah seorang Yahudi
  • Disebut juga sebagai al-Masih ad-Dajjal
  • Dajjal hanya bermata satu kerana matanya yang sebelah buta
  • Ramai pengikutnya Yahudi
  • Dajjal akan menguasai dunia untuk satu tempoh masa dengan izin Allah dan mendakwa dirinya Tuhan
  • Bakat ilusi dan tipudayanya tersangat hebat yang tidak pernah disaksikan sebelumnya
  • Ia akan dibunuh di sebuah kampung bernama Bab al-Lud di Bait al-Maqdis

Kepercayaan orang Yahudi tentang personaliti yang disebut-sebut akan muncul di akhir zaman:

  • Kedatangan Nabi atau Raja Bani Israel di akhir zaman yang dikenali al-Masih
  • Al-Masih ini didakwa akan mewujudkan Kerajaan Tuhan di dunia atau ‘Kingdom of God on Earth’ dan membinasakan semua agama lainKabbala
  • Penduduk kerajaan Tuhan di Dunia adalah semata-mata bangsa Yahudi yang mengikut agama Judaisme (Kebanyakan anggota Illuminati yang merupakan golongan pemodal elit antarabangsa adalah orang Yahudi yang beraliran mistik Kabbala dan bertuhankan Lucifer. Simbol mewakili Lucifer ialah mata satu yang bermaksud ‘Tuhan Lucifer’ melihat semuanya. Freemasson (kuda tunggangan Illuminati) juga menggunakan simbol mata satu ini. Aliran Yahudi Kabbala mendapat publisiti meluas di media antarabangsa sejak akhir-akhir ini berikutan penganutan bintang terkemuka penuh kontroversi AS, Madonna yang menjadi pengikut setia dan menyebarkan dakyahnya) fremason
  • Terdapat satu aliran mistikal di kalangan umat Yahudi yang percaya kepada kemunculan Tuhan Lucifer yang bermata Satu. Mempunyai tipu ilusi yang tiada tolok banding (ingat Hollywood dan media maya)

(rujukan:

Sesungguhnya Tuhan kamu tidak bermata satu, Crescent News (KL) Sdn Bhd, cet 1, 2007 ms 126)


SUMBER: http://www.niknasri.com/

0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung