1 July 2009

KISAS Johan Debat Bahasa Arab


Pasukan KISAS muncul johan debat bahasa Arab antara sekolah menengah peringkat kebangsaan di USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor (KISAS) muncul juara Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah peringkat kebangsaan kali ke-2, baru-baru ini.

KISAS menewaskan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), Shah Alam pada peringkat akhir pertandingan yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pada pertandingan akhir kedua-dua sekolah berdebat mengenai tajuk Kelalaian Ibu Bapa Punca Utama Keruntuhan Akhlak Remaja dan KISAS selaku pihak pencadang telah mendapat kiraan markah juri sebanyak 5:2.

KISAS membawa pulang RM2,500, piala pusingan Naib Canselor, piala iringan dan sijil penyertaan manakala SAMTAJ berjaya membawa pulang RM2,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pendebat Terbaik disandang oleh Siti Aisyah Mohd Ramli dari KISAS dengan membawa pulang RM800, piala iringan dan sijil penghargaan.

Semasa pertandingan berkenaan, KISAS sebagai pihak pencadang bersetuju bahawa kelalaian ibu bapa punca utama keruntuhan akhlak remaja.

Mereka menegaskan pendidikan awal anak-anak adalah bermula dari rumah, justeru perlakuan anak-anak sama ada positif atau negatif ditentukan melalui pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa.

Menurut mereka, sesetengah ibu bapa pada masa kini kurang memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak disebabkan kesuntukan masa.

Justeru anak-anak hanya dilimpahi wang ringgit tanpa mengetahui tujuan wang itu disalurkan.

Manakala SAMTAJ selaku pihak pembangkang menegaskan bahawa kelalaian ibu bapa bukan punca utama keruntuhan akhlak remaja.

Sebaliknya keruntuhan akhlak remaja berpunca daripada persekitaran, media massa dan kawan-kawan.

Sebanyak 52 sekolah dari seluruh negara menyertai pertandingan selama lima hari bermula pada 12 Jun lalu yang turut disertai oleh sekolah-sekolah menengah dari Sabah dan Sarawak.

Menurut USIM, pertandingan itu bertujuan untuk menyemarakkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah di samping mewujudkan perkongsian pintar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pertandingan akhir itu telah dirasmikan Pemangku Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Abdullah Salleh.



p/s : Pihak Badan Dakwah dan Rohani KISAS mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Debat Bahasa Arab KISAS kerana berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua..Takbir!!!

2 kesannya:

  1. Alhamdulillah...tahniah sgt2 pd adik2...dah johan 2tahun kan? tahniah skali lg..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung