26 December 2022

[2022] Tazkirah Pendek : Surah Yusuf Ayat 8

 

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ





Tadabbur Surah Yusuf Ayat 8 :


1- Adik beradik Nabi Yūsuf as berfikiran bahawa bapa mereka melebihkan Nabi Yūsuf dan adik mereka Bunyamin sedangkan ini hanya anggapan mereka.

2- Mereka berkata-kata dalam kalangan mereka dan menatijahkan buah fikir yang buruk kepada bapa mereka. Ini perlu dijauhi. Jika ada sesuatu yang kita sangkakan, berbincanglah dengan orang itu sendiri bukannya bersangka-sangka dalam kelompok kita sendiri


3- Mereka menyangka kuantiti semata-mata boleh membawa kepada kualiti, ini mesti dielakkan 

4- Menyangka bahawa sangkaan tanpa usul periksa pihak kedua itu benar dan terus membuat kesimpulan bahawa bapa mereka sesat, ini juga mesti dielakkan

5- Al-Imam al-Qurtubi رَحِمَهُ الله di dalam tafsirnya menyatakan kalimah لَيُوسُف disertakan dengan huruf lam yang membawa maksud “demi Allah”, bererti mereka seolah yakin sangkaan mereka itu benar

6- Ulama’ tafsir menyatakan bahawa kalimah عُصْبَة itu : bilangan 1-10

7- “Adiknya” merujuk kepada adik Nabi Yusuf iaitu Binyamin

8- Inilah bahaya apabila kita hanya buat kesimpulan tanpa melihat kepada sudut berbeza dan tidak tabayyun. Hanya bersangka-sangka, tidak ada perbincangan dari pihak lain, kemudian keputusan akan menatijahkan taksub

Yusuf : 8

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ

[2022] Tazkirah Pendek : Masbuk?

 

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ




Sebahagian makmum apabila masuk masjid dan mendapati imam sedang sujud, mereka akan menunggu sehingga imam bangkit dari sujud, barulah mereka menyertai jemaah.

Nabi ﷺ bersabda:

إذا جِئتُم إلى الصَّلاةِ ونَحنُ سُجودٌ فاسجُدوا.
"Jika kamu datang ke tempat solat ketika kami sedang sujud, sujudlah sekali."

—Sunan Abī Dāwūd, no. 893. Ḥasan lighayrih.

Justeru tidak perlu menunggu imam bangkit, sebaliknya sujud sahaja terus bersama jemaah. 





Walaupun tidak mendapat rakaat bagi sujud tersebut, tetapi tetap akan mendapat pahala—dan alangkah besarnya pahala sujud!

Shaykh kami menyebutkan, apabila beliau masuk ke masjid dan mendapati ramai orang berdiri tidak bersujud bersama jemaah, beliau teringatkan ayat dalam surah al-Qalam:

﴿يَومَ يُكشَفُ عَن ساقٍ وَيُدعَونَ إِلَى السُّجودِ فَلا يَستَطيعونَ، خاشِعَةً أَبصارُهُم تَرهَقُهُم ذِلَّةٌ وَقَد كانوا يُدعَونَ إِلَى السُّجودِ وَهُم سالِمونَ﴾ 

42. (Ingatlah) pada hari ketika betis disingkapkan dan mereka diseru untuk bersujud; maka mereka tidak mampu melakukannya,

43. Pandangan mereka tertunduk ke bawah, diliputi kehinaan. Dan sungguh, dahulu (di dunia) mereka telah diseru untuk bersujud waktu mereka sehat (tetapi mereka tidak melakukan).

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung