30 December 2014

Ardul Fuqaha'


"Errr.. Fizi, aku rindu lah."

"Kau rindu apa lagi ni Mail, melamun je manjang."

"Rindu pondok." 

*Fizi tersedak*

"Aku pun." jawab Fizi pendek.



Ada apa dengan tempat ni? Apa best sangat tentang Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' sampai senior-senior ajak pergi macam nak ajak orang pergi berperang?

Sebab ia memang best lagi mem-best-kan.

dan tak bosan lagi membosankan, malah jauh sungguh dari sifat itu.

Jadi apa sebenarnya menarik kat sini?

Ana yang tak ikut daurah sepenuhnya (yakni dua minggu) pun dapat rasa best-nya.
Malah, rasa menyesal pula. Kenapa? sebab tak ikut daurah seminggu awal.

Ana ni orang biasa-biasa je, menuntut ilmu baru di level rumput, dan ketahuilah level rumput itu sangat dekat dengan tanah (level 0) dan sangat jauh dengan awan (level 100) apatah lagi dengan langit (level 10000). paham tak analogi yang ana bawa ni?

Nak katakan yang orang macam ana ni yang biasa-biasa, yang tak selalu ikut pergi daurah, tak pernah merasa pondok, bila keluar dari daurah, rasa macam terikat dengan majlis ilmu.

Dulu rasa seolah buta, sekarang, baru sedar macam wujud lebih daripada 100 pengajian & daurah kat luar sana, cuma kita tak ambil peluang. sebab kita rasa ilmu dah cukup, dah padat, dah mantap. sedangkan ilmu kita itu sekadar di kertas, bukan di dada. cuma poyo lebih je.

Kisah seminggu di sana, didik kami jadi seorang mujahid.

Kata Al-Fadhil Ustaz Syauqi (seorang muallim di sana), "apa yang antum buat di sini, sama macam apa yang ulama'-ulama' buat, sama macam apa yang para habaib buat, pagi belajau, siang belajau, tengahari belajau, malam belajau."

Belajar dan belajar, tapi ajaibnya, tak pernah rasa letih. Orang yang tak pernah nak mampu duduk dalam majlis berjam-jam tiba-tiba boleh constant duduk bersila 4 jam. Berkat yang Allah nak beri, berkat orang yang berjuang menuntut ilmu.

Kalau nak cerita rutin makan di sini, mungkin anda akan rasa "peghh biar betul" atau "deh selamat aku tak pergi" tapi ini yang mendidik nafsu kami dalam menuntut ilmu, dalam tak rasa mengantuk dalam majlis.

Walaupun makan 3 kali sehari, berlauk ayam mungkin satu atau dua bahagian dan kongsi seramai 5 orang, tapi kenyang itu terasa, sebab apa? sebab dasarnya kesedaran itu ada, dan ingat sentiasa bahawa Allah yang memberi kekenyangan.

Tapi yang paling best, ialah nikmat dalam rasa tak puas menuntut ilmu. Setelah 'graduate' dari Daurah Kubra, ana rasa macam sentiasa dahagakan majlis ilmu. Rasa nak cari dan terus mencari majlis ilmu. Kalau ada kawan ajak tu sangat berlapang dada nak pergi berbanding sebelum-sebelum ni.

Kadang-kadang tersentap dalam hati, "mungkin ini nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang alim." malah lagi teringin rasa nak menjadi alim, tiba-tiba terpasang cita-cita nak jadi macam Imam Ghazali, Imam Nawawi dan sebagainya, cita-cita yang nak jadi pensyarah dan sebagainya seolah terpadam sebentar, dek seronok sangat menuntut ilmu.

Sedikit sebanyak perkongsian, wallahua'lam.

19 December 2014

aku tak mahu riya'!


Takutkan diri kita ini daripada tertimpa penyakit riya’ dengan kita meninggalkan segala amalan kita. Segala amal kebajikan kita, kita tinggalkan. 




Kalau dulu,

kita seorang yang rajin pergi ke majlis ilmu,
membaca Al-Quran, 
bangun malam untuk tahajud,
mengamalkan sunnah dalam kehidupan
dan sedeqah kepada fakir miskin

semua ini sekarang kita tinggalkan; mengapa? 

Kita rasa dengan kita tinggalkan segala amalan kita ini, kita dah menghilangkan penyakit riya’ dalam jiwa kita ini. 

Persoalannya, adakah ini solusi yang betul? 

Adakah ini penyelesaian yang benar mengikut agama kita? Demi Allah ini bukan cara yang betul mengikut agama kita.

Seseorang yang meninggalkan sesuatu amalan kerana dirinya takut ditimpa penyakit riya’ adalah riya’. Manakala seseorang yang melakukan amalan kerana manusia adalah syirik kecil. 

Sesungguhnya seseorang yang melakukan amalan kerana takut orang panggil dia riya’ dan takut penyakit riya’ berada dalam dirinya, maka perkara ini adalah sebenar-benarnya riya’.

Oleh itu, jalan tengah antara keduanya adalah ikhlas kerana Allah.

Seseorang yang meninggalkan amalan kerana takut perasaan riya’ ataupun penyakit riya’ dalam hatinya sebenarnya dia telah memudahkan kerja syaitan kerana syaitan itu tujuannya adalah supaya manusia meninggalkan amal kebajikannya. 

Tujuan dan maksud daripada was-was dan pujukan syaitan ini adalah supaya manusia meninggalkan amal kebajikan dan amal ibadat. Tetapi apabila seorang manusia itu pada awalnya meninggalkan amal ibadatnya kerana takutkan riya’,

Maka dia telah memudahkan kerja syaitan.

Maka ulama’ menyatakan cara terbaik dan benar bagi mengatasi penyakit riya’ adalah dengan meneruskan amalannya dan istiqomah. Setiap kali dia melakukan amalan hendaklah dia berdoa, 

“Ya Allah aku belajar untuk mendapatkan ikhlas keranamu ya Allah. Aku belajar untuk mendapat ikhlas daripada amalan ini ya Allah”. 

Dia belajar untuk melawan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan akar umbi riya’ dan cintakan sanjungan dan pujian daripada manusia dalam hatinya dan melakukan amalan dengan istiqomah. 

Maka lama-kelamaan dia telah meresap ke darah dagingnya akan keikhlasan itu. Natijahnya, dia sudah tidak melakukan amalan kerana manusia. Maka, fokusnya hanyalah kepada Allah.

"Fokusnya semata-mata hanya pada Allah."

* kalam tarbawi excoceramah 1314

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung