19 December 2014

aku tak mahu riya'!


Takutkan diri kita ini daripada tertimpa penyakit riya’ dengan kita meninggalkan segala amalan kita. Segala amal kebajikan kita, kita tinggalkan. 




Kalau dulu,

kita seorang yang rajin pergi ke majlis ilmu,
membaca Al-Quran, 
bangun malam untuk tahajud,
mengamalkan sunnah dalam kehidupan
dan sedeqah kepada fakir miskin

semua ini sekarang kita tinggalkan; mengapa? 

Kita rasa dengan kita tinggalkan segala amalan kita ini, kita dah menghilangkan penyakit riya’ dalam jiwa kita ini. 

Persoalannya, adakah ini solusi yang betul? 

Adakah ini penyelesaian yang benar mengikut agama kita? Demi Allah ini bukan cara yang betul mengikut agama kita.

Seseorang yang meninggalkan sesuatu amalan kerana dirinya takut ditimpa penyakit riya’ adalah riya’. Manakala seseorang yang melakukan amalan kerana manusia adalah syirik kecil. 

Sesungguhnya seseorang yang melakukan amalan kerana takut orang panggil dia riya’ dan takut penyakit riya’ berada dalam dirinya, maka perkara ini adalah sebenar-benarnya riya’.

Oleh itu, jalan tengah antara keduanya adalah ikhlas kerana Allah.

Seseorang yang meninggalkan amalan kerana takut perasaan riya’ ataupun penyakit riya’ dalam hatinya sebenarnya dia telah memudahkan kerja syaitan kerana syaitan itu tujuannya adalah supaya manusia meninggalkan amal kebajikannya. 

Tujuan dan maksud daripada was-was dan pujukan syaitan ini adalah supaya manusia meninggalkan amal kebajikan dan amal ibadat. Tetapi apabila seorang manusia itu pada awalnya meninggalkan amal ibadatnya kerana takutkan riya’,

Maka dia telah memudahkan kerja syaitan.

Maka ulama’ menyatakan cara terbaik dan benar bagi mengatasi penyakit riya’ adalah dengan meneruskan amalannya dan istiqomah. Setiap kali dia melakukan amalan hendaklah dia berdoa, 

“Ya Allah aku belajar untuk mendapatkan ikhlas keranamu ya Allah. Aku belajar untuk mendapat ikhlas daripada amalan ini ya Allah”. 

Dia belajar untuk melawan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan akar umbi riya’ dan cintakan sanjungan dan pujian daripada manusia dalam hatinya dan melakukan amalan dengan istiqomah. 

Maka lama-kelamaan dia telah meresap ke darah dagingnya akan keikhlasan itu. Natijahnya, dia sudah tidak melakukan amalan kerana manusia. Maka, fokusnya hanyalah kepada Allah.

"Fokusnya semata-mata hanya pada Allah."

* kalam tarbawi excoceramah 1314

0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung