12
Rabiulawal 1437
Dulu
sekitar 1500 yang sudah
Terlahir
dari rahim suci Aminah,
Isteri
kepada lelaki mulia Abdullah,
Telah
lahirnya Muhammad Ya Rasulullah.
Terbukti
kebijaksanaannya dalam menyusun langkah,
Hebat
kendali pasukan bergajah,
Melalui
kepimpinan Abrahah,
Telah
gagal menyerang Kota Mekah.
“Wei,
harini birthday kekasih kecintaan aku. Seseorang yang sangat berjasa pada aku.
Kepada ummah. Dulu aku pernah terjatuh dalam lubang kejahilan. Lalu Allah
hadirkan seseorang yang kenalkan aku kepada kekasih aku yang bimbing aku ke
jalan yang lurus. Dia selalu rindu aku. Rindu kau.”
“Rindu
aku? Ceh tak pernah pernah orang rindu aku. Selama ni aku je rindu orang. Eh
kau tak kisah ke dia rindu aku ni. Dia kan kecintaan kau.”
“Dia
kecintaan kita”
“Siapa?
Handsome tak? Bawak la aku jumpa dia”
“Orangnya
sempurna. Sempurna pada iman dan akalnya. Tapi… dia dah takde. 1400 tahun lalu
dia pergi tinggalkan kita. Tapi dia tak biarkan kita terkapai-kapai. Dia
tinggalkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pembimbing kita.”
“………….”
“Lepasni
jangan sedih kalau takde orang rindu kita. Pujuk hati, Rasulullah rindu kita.
Baginda rindu umatnya.”
“Ya
Rasulullah…………”
Ya
Rasulullah, Berderai air mataku *bunyi muzik sedih*
12
Rabiulawal merupakan detik kelahiran rasulullah. Detik yang sangat bermakna
buat seorang yang bergelar umat Muhammad SAW. Detik kelahiran kekasih
kecintaan kita. Kerana baginda, kita menerima Islam. Kerana baginda, kita
dijamin masuk syurga Allah yang mashaAllah sungguh indah.
Hadirnya
baginda Rasulullah, pembawa rahmat kepada seluruh alam.
“Dan
tiadalah Kami mengutuskan kamu melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian
alam”
(Surah
al-Anbiyaa’, ayat 107)
“Dia ialah Muhammad, dia ialah Ahmad, dia ialah Nabi Rahmat dan Nabi Taubat,
dia ialah Al-Muqaffa (yang menjejaki, dituruti, diteladani), dia ialah
al-Hasyir (pengumpul) dan dia ialah Nabi al-Malahim.”
Tiada
kata yang keluar dari mulut ini..
Tiada
ungkapan yang dapat digantikan dengan betapa kasihnya Baginda SAW kepada
umatnya.
Pernah
suatu ketika, ada sebuah hadis yang disabdakan oleh Rasulullah berkenaan
umatnya yang tertera di dalam kitab Kanzul Ummal.
Suatu
ketika berkumpullah Nabi Muhammad SAW bersama para sahabatnya yang mulia.
Disana hadir pula sahabat yang paling setia, Abu Bakar as-Siddiq.
Kemudia
terucap dari mulut baginda SAW,
“Wahai
Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku),”
Suasana
di majlis itu hening sejenak. Semua yang hadir diam seolah-olah memikirkan
sesuatu. Lebih-lebih
lagi Saidina Abu Bakar, itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat
dikasihinya melafazkan pengakuan sedemikian. Seulas
senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang
berubah warna.
“Apakah
maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini
saudara-saudaramu?” Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula
menyerabut fikiran.
“Tidak
wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan
saudara-saudaraku” Suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami
juga saudaramu wahai Rasulullah” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan sambal tersenyum. Kemudian
baginda bersabda,
“Saudara-saudaraku
adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan
mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka.”
Pada
ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’
baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka
sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam
seketika. Kemudian mereka berkata lagi,
"Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada
mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah
kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,"
jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup
selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.
Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali
lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa
denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah
lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Begitulah
Allah menciptakan cinta yang Agung antara nabi dan umatnya. Bukan jarak dan
masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah yang menjadi syarat sebuah cinta
yang suci. Sebuah
kerinduan yang pasti berbalas, iaitu kerinduan yang mendalam terhadap kekasih
kecintaan, Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Suatu
ketika dahulu, Rasulullah SAW tengah menuju kepada seorang ketua kabilah untuk
menyampaikan dakwah.
Setelah
baginda SAW sampai dan berhadapan dengan ketua kabilah itu yang disaksikan oleh
pengikut-pengikut ketua kabilah itu. Baginda berkata kepadanya
'Laillahaillallah Muhammadur Rasulullah'. Tetapi ketua kabilah itu terus
memaki dan menghina bagindaSAW. Tetapi baginda SAW tetap bersabar lalu meninggalkan mereka.
Baginda
menaiki unta untuk beredar dari situ tetapi ketika baginda SAW naik ke unta
itu, ketua kabilah telah menikam unta baginda SAW sehingga baginda jatuh ke
tanah.
Baginda
SAW sapu muka dan baju baginda tetapi...
Baginda
SAW dipukul dan dicampakkan pasir. Tetapi masyaAllah
begitu indah akhlak baginda SAW, baginda SAW tetap bersabar lalu pergi
meninggalkan mereka.
Zainab
anak baginda SAW risau akan Rasulullah SAW, lalu setelah baginda pulang, Zainab
terkejut dengan keadaan ayahnya lalu berkata
"Kenapa
ayah tetap untuk berdakwah kepada mereka sehingga jadi begini?"
Tetapi
apa jawab Rasulullah SAW yang mulia,
MasyaAllah
mulia sungguh baginda SAW.. :') Baginda SAW sanggup berkorban untuk kita.
Tetapi
cuba tanya pada diri, apa
kita korbankan untuk agama Islam? Sungguh
ke kita cinta kepada baginda saw? Berapa
banyak kita sudah selawat kepada baginda SAW hari ini sempena dengan Maulidur
Rasul?
Tanya
hati tanya iman.
“Ya
Rasulullah, kami umatmu akhir zaman. Yang kau rindu yang kau cintai. Walau
tidak pernah bersua, walau tutur tidak pernah terdengar. Namun setiap bait
doamu ada kami umatmu kini.”
“Perjuanganmu
tidak pernah patah, hingga luka tubuhmu demi agama, Kau rela berpanas terik,
dicaci maki, demi kami umatmu yang telah tertulis sejak azali.”
Wahai
umat akhir zaman,
Pernah
kamu terfikir?
Kerana
kamulah darah Rasulullah SAW mengalir,
Kerana
kamulah air mata Rasulullah mengalir,
Dia
terlalu cintakan kamu,
Dia
terlalu rindukan kamu,
Walau
tidak pernah berjumpa dengan kamu.
Menangislah,
luahkan kerinduan kamu kepada junjungan Rasul.
Tidak
akan pernah sia-sia air mata yang dialirkan kerana merindui Baginda.
Basahkan
lidahmu dengan selawat rindu kepada Habibullah,
Tidak
akan pernah sia-sia lidah yang sering basah berselawat dan menyebut nama
Baginda SAW.
Tidak
akan sia-sia seluruh pancaindera yang digunakan untuk terus mengingati dan
mencintai Baginda SAW.
Cintailah
baginda Rasulullah SAW kerana baginda amat menyayangi kita semua khususnya
kepada umatnya yang tercinta.
‘Inni Uhibbuka Ya Rasulullah’
Allahumma Solli’ala Saiyidina Muhammad
Salam
Rabiulawal
Buat
pencinta kekasih tercinta.
Aku
malu mengaku cinta,
Tapi
selawatnya entah berapa.
Aku
malu mengaku sayang,
Tapi
fikiranku selalu melayang.
Ya
Rasulullah,
Hadirmu
pengubat luka,
Hadirmu
penyejuk mata.
Dirimu
hadiah terindah dari Allah buat ummah,
Tangisanmu
mengalir kerana kerisauan.
Andai
tidak melihatmu dalam jaga, cukuplah dalam lena.
Ya
Sayyidi Ya Habibullah..
Kita
tidak pernah bertemu,
Tapi
hati ini tetap merindu.
Kita
tidak pernah bersua muka,
Bertatap
mata,
Tetapi
tetap saja jiwa ini merasa
Engkau
sentiasa ada di balik jiwa.
Ya
Rasulullah… Aku Rindu.