30 May 2013

Filem-Filem terbitan Kisas Batch 58

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekadar selingan , video-video yang diterbitkan Batch 58 Kisas 2013 :) :

Video Hari Guru 2013




Video MJK (Minggu Jalinan Kasih T4)




Laporan Nadwah Kepimpinan Kisas 2013

Malam Mahabbah Rasulillah 2013

بسم الله الرحمن الرحيم



Pada 2 Mac yang lalu , pihak Badan Dakwah dan Rohani telah mengadakan Malam Mahabbah Rasulillah yang sebenarnya merupakan acara Malam Mahabbah atau Mahabbah yang di katakan antara aktiviti berwajib BADAR Kisas .

Untuk tahun 2013 , inilah kali pertama aktiviti ini dijalankan dan ianya di kendalikan di bawah Exco Biro Kesenian iaitu Saudara Mustaqiim Shahrizal dengan kerjasama Soutul Mujahideen iaitu pasukan nasyid Kisas SBT .

Seawal sebelum maghrib , pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah terutama tingkatan empat , Batch 59 telah di arahkan turun ke Musolla Saidina Ali dengan berpakaian putih , berserban (sekiranya ada) dan memakai syal (sekiranya ada)

Selesai solat maghrib secara berjemaah , Beberapa buah video ditayangkan kepada para pelajar Kisas , Video seperti 'Kemuncak Cinta Rasulullah oleh TG Haji Musa' dan video yang berkaitan yang menceritakan gambaran Akhlak dan peribadi Rasulullah S.A.W sebagai qudwah dan uswah yang sempurna yang boleh diteladani ummat manusia masa kini .

Usai tayangan video , majlis diteruskan dengan bacaan Qasidah secara berjemaah yang dipimpin oleh saudara Ismail Isman iaitu Exco Penerbitan Dan Mutimedia bersama SMJ (Soutul Mujahideen),
Sesungguhnya qasidah di Kisas merupakan perkara yang paling dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu para pelajar Kolej Islam . Para pelajar khusyuk melahirkan dan menzahirkan cinta mereka pada Sayyiduna Rasulullah ..

2 Qasidah baru diperkenalkan , iaitu Qasidah 'Ya Habibi' yang masyhur dan di popularkan oleh Habib Syech dan Qasidah 'Ya Sayyidi'

Selain itu , juga diperkenalkan Lagu Tema Badar 2013 yang merupakan lagu rasmi Badar untuk Batch 59 Kisas SBT .




Berikut adalah antara suasana qasidah di malam Mahabbah Rasulillah 2013 :



Alhamdulillah , malam ini berjalan dengan lancar dan jayanya dengan izin Allah . Sesungguhnya , malam ini merupakan penyaksian dan bukti ukhwah kami dan ia juga menjadi saksi yang kami semua sangat cinta akan Rasulullah S.A.W.

PERINGATAN: "Selawat pada Rasulullah bukanlah terhad pada masa-masa dan tarikh-tarikh tertentu , tetapi , ianya adalah amalan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan keadaan"


-BITAN MUSLIMIN- 



 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung