15 February 2013

Ikhtilat , Muhasabah Mutiara Berharga Waqafan


بسم الله الرحمن الرحيم


Sekadar renungan buat kita , pelajar Kolej Islam yang mengamalkan gaya hidup Islam ..
Ini adalah apa yang ditulis oleh Alkis (Alumni Kisas) beberapa tahun yang silam ..
Mungkin yang kabur akan lebih jelas dengan huraian mereka ,



"ikhtilat? what's that?
ikhtilat itu pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi..dan ia perlu dijaga.
owh, kalao tak jaga?
itu yang jadi kes 'coupleee' , 'teman tapi mesra', 'bestboyf' ,'kawan lelaki' and all lah..
lah,, xboleh ke sume tu?
of course lah tak boleh.. sbb, Allah ade berfirman "Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. " [al-isra':32].. Allah guna perkataan mendekati bukannya membuat zina sbb Allah tahu kita mmg susah nak kawal nafsu kita.. once da jumpa, mesti ade ter-pegang, once da touch-go-jerla..faham?
owh,, baru faham.. habes tuh mcm mne kalau..... kita nak berhubungan ngun diorg (muslimin@lelaki)?
kita nih hanya dibenarkan berkomunikasi dgn mereka atas 3 perkara iaitu ; pendidikan, perubatan, perniagaan.. itupun, niat still tak halalkan cara..kalau mmg dah terdesak sgt time tu baru boleh... dan still lagi ade syarat-syaratnya. ;1. jaga pandangan, sbbnye kita pun tahu dari mata jatuh bergolek-golek ke hati.2. jaga suara, jgnlah gunakan suara yang ayu yang tangkap lentok kalau dengar. bkn bermakna kena tukar suara jdi suara lelaki tapi, cukup sekadar tegaskan suara ikut nada yg seuai.3.jaga body language, cuba utk kawal body language kita kerna dikhuatiri mereka akan salah tafsir bahasa tubuh kita..4.jaga jarak.
owh, maknanye tak bolehlah nak gosip2 or borak dgn budak lelaki?
yes,, exactly mmg tak boleh sbbnya we don't know whats gonna happen next. who knows kita tak dapat kwl diri kita n ter-ber-tepuk tampar pulak dgn die.. or maybe, dia ter-suka kat kita bila tgk reaksi kita.. byk kemungkinan yang ada.
mcm mane kalau saya yg tgh couple nih? tapi, kitorg couple islamik perh.. gune ana-anta.. die selalu kejutkan saya qiam dan selalu ade slot tazkirah bile berbual.. dia selalu igtkan saya pada Allah
owh,, there's no such thing 'couple islamik'. sesungguhnya, syaitan telah mengaburi mata kita yg gne istilah itu utk membenarkan perbuatan kita. lagipun, takkan lah all the time kita igt Allah bile mesej/borak dgn dia.. sekali-sekala pasti akan terucap ucapan sayang atau rindu pada dia. betul tak? kita kena syaitan tu always hve another way to cheat us..
ala,, kitorang dah aim nak kahwin dah lepas nih.. confirm punye.. skrg cume tgh fasa perkenalan hati budi masing2 dgn lebih mendalam..
and again niat tak menghalalkan cara. kalau nak kahwin, kahwin saje lah.. tak yah tunggu nanti and berkenalan ketika dlm hubungan yg sah.. lagi best,, takde batas2..
saya tahu "lelaki yang baik utk perempuan yang baik and vice versa" [an-nurr: 26].. andailah kalau saya break up dgn dia skrg.. possible tak saya nak dpt lelaki yg baik?
nothing is impossible.. if u repent and change into a better person, with Allah's will, u'll get someone much2 better.. tapi,, igt kalau nak berubah niat kena betul kerana Allah.. dan berubahlah step by step supaya dapat istiqomah.. bykkan doa dan solat taubat kpd Allah..kawan2,, isu hati nih mmg sgt susah nak diubah.. mmg fitrah kita akan suka pde yg berlainan jenis even magnet pun.. tapi,, kita kena bijak dalam menyalurkan fitrah kita kpd jalan yg benar dan diredhoi Allah.."

Liqa' M dengan diri




Jadi kita dah dengar wasiat , pesanan dan taujihad abang-abang dan kakak-kakak kita dahulu ,
Begitulah pemahaman mereka pada ikhtilat ,
dan jika di renungkan kembali , sememangnya ,
setiap kalam mereka itu adalah kebenaran ..

Jadi , kita terima , ambil , dengar , faham dan persoalkan ..
jangan terus hadamkan apa yang mereka katakan ,
tetapi timbulkan persoalan ,
Biar minda kita berfikir sejenak ..

"Sejauh manakah ikhtilat yang mereka khabarkan dengan ikhtilat yang kita amalkan .."

Ana yang bertanya juga tidak mampu menjawabnya .. mungkin yang mampu menilainya hanyalah Allah ,
tetapi , semakin jelas ,
hari demi hari ,
ianya berkurangan ,
sedikit demi sedikit ,
sehingga kini , ia menjadi suatu perkara yang membimbangkan .

Bumi Waqafan ini bumi warisan Ulama sahabat ,
adalah tanggungjawab setiap daripada kita ,
sebagai warga bumi ini untuk memelihara amanah ulama kepada kita ,
Sekadar muhasabah pada diri kita ..

"Bersamalah memelihara Kolej Islam Sultan Alam Shah!!!"

الله اعلم


 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung