بسم الله الرحمن الرحيم
Tidak kenal Allah, maka boleh jatuh fasik hukumnya... Ingkar dan melawan suruhan Allah maka boleh jatuh kafir hukumnya ... Tidak kenal Allah, maka tidak sah iman seseorang, apabila iman tidak sah, Islam juga tidak sah, apabila Islam tidak sah, tidak sah lah Ibadah.
Sabda Rasulullah S.A.W:
"من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع"
maksudnya: "Barangsiapa yang keluar menuntut ilmu, maka dia berada di jalan Allah sehingga ia pulang (dari menuntut ilmu)"
Dalam hadis di atas, dapat kita lihat, betapa Allah memuliakan orang yang menuntut ilmu, sehinggakan, sekiranya mereka keluar untuk menuntut ilmu, Allah memuliakan mereka menjadi pejuang di jalan Allah.
Sehinggakan, ulama' berpendapat bahawa mereka yang mati ketika menuntut ilmu itu syahid di jalan Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu, Allah akan mudah kepadanya jalan ke syurga." (Hadis Riwayat Muslim)Subhanallah,
Sungguh banyak kemudahan dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada para Talib (طالب) yang menuntut ilmu di ikhlas kerana Allah. Semoga kita yang membaca ini tergolong dalam kalangan mereka yang menuntut ilmu dan Allah beri kelebihan yang disebut Rasulullah ke atas kita.
Menuntut ilmu adalah jihad di jalan Allah. Tetapi, ilmu apakah yang penting yang mesti kita tuntut untuk kita tergolong dalam golongan yang dimudahkan syurga Allah ke atasnya?
Antara ilmu yang penting ialah ilmu Tauhid.
kenapa ilmu Tauhid penting?
Ilmu Tauhid penting kerana ilmu tauhid adalah asas kepada Akidah dan kepercayaan kita dalam Agama Islam. Ilmu Tauhid juga diperlukan untuk asas mengenal Allah.
Banyak disebut tentang mengenal Allah...
kenapa kita perlu mengenal Allah ?
Ini disebut dalam sepotong hadis Rasulullah S.A.W:
"أول الدين معرفة الله..."
Maksudnya: ...Awal agama itu adalah makrifah Allah (kenal Allah).
Bertepatan dengan apa yang disabdakan Rasulullah, awal agama adalah mengenal Allah.
Bermakna, sebelum kita terus hidup sebagai seorang Islam, kita kenalah mengenal Allah. Ibaratnya, bagaimana kita hendak berkhidmat untuk seseorang andainya kita tidak mengenali penyuruhnya ? Sudah tentu sukar untuk kita berkhidmat dengan yang terbaik. Mungkin benar kita akan berkhidmat. Tetapi, adakah kita akan berkhidmat sepenuh hati kita ?
Oleh itu, adalah satu perkara yang wajib untuk kita kenal Allah dan untuk kenal Allah, kita kenalah belajar Ilmu Tauhid.
Hakikatnya, ilmu wajib ada Tiga iaitu Tauhid, Feqah dan Tasawuf dan untuk belajar ilmu ini, kita mestilah berguru. Kita mestilah berkitab dan belajar, dan bukan hanya membacanya sahaja kerana jika tiada guru maka syaitanlah gurunya. Moga kita dihindari daripada syaitan.
Jadi memandangkan masa cuti sekolah yang dikurniakan Allah kepada kita,
sepanjang awal muharam ini, mari kita penuhkan cuti sekolah dan masa lapang kita dengan pergi mengaji di Pondok Baitul Qurra, Sungai Udang, Melaka.
Daurah ke Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' ini adalah seperti tahun sebelum-sebelum ini. Butirannya di bawah:
Masa: 4-16 Disember 2012 (kelas akan bermula pada 5 Disember)
Yuran: RM155
Yuran ini termasuk 3 buah kitab dan makan selama 12 hari.
"sekiranya ada sesiapa yang hendak pergi ke sana selama seminggu sahaja , bolehlah berurusan di pondok pada hari pendaftaran."Kitab:- Kharidah Bahiyyah (Kitab Tauhid) diajar oleh Ustaz Zulkifli Hj Ismail- Safinatun Najaa (Kitab Fiqah) diajar oleh Ustaz Syauqi Hj Ismail- Al Maui'zatul Hasanah(Kitab Dakwah) diajar oleh Ustaz Zulkifli Hj Ismail
Tempat: Pondok Baitul Qura' wal Fuqaha, Sg Udang, Melaka.
Transport: kepada yang pergi, masing-masing akan bertolak dari kawasan kediaman masing-masing dan akan berhenti di Melaka Central (MC). Seterusnya, anda diminta untuk menaiki bas yang menuju ke Masjid Tanah dan meminta pemandu bas menurunkan anda di Payasum.
(Jika ada yang berkereta, digalakkan membawa kereta sendiri bagi memudahkan urusan)
Sekiranya ada sebarang persoalan dan masalah, bolehlah berhubung di sini:
Bagi sesiapa yang berminat tetapi tidak tahu suasana dan keadaan Baitul Qura'
anda bolehlah melihat video di bawah untuk mendapat overview Baitul Qura':
Gambar-gambar Baitul Qura' di bawah:
anda bolehlah melihat video di bawah untuk mendapat overview Baitul Qura':
Gambar-gambar Baitul Qura' di bawah:
Dewan sebelah penempatan |
Kawasan beriadhah pelajar BQ |
Penginapan para pelajar BQ |
Semoga dalam daurah kali ini,
Habib-Habib ramai yang akan turun ke Baitul Qura'
dan kepada sesiapa yang tidak dapat hadir ke daurah Baitul Qurra' kali ini,
jangan bersedih kerana,
Insya Allah akan diadakan daurah lain untuk tahun hadapan.
Dan kepada Tingkatan 5 dan 6 atas yang baru habis peperiksaan,
jangan risau, Daurah akan diadakan khas untuk mereka yang mengambil peperiksaan tahun ini.
Maklumat daurah seterusnya akan diberitahu dan di update dari semasa ke semasa.