بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
bismillah, semoga dipermudah.
insya-Allah, dengan pkp ini, kita cuba upgrade usaha kita bersama.
okay, harini kami nak bawa kisah dua orang pemuda. ya, pemuda.
kedua - dua pemuda ni nak pergi ke suatu tempat.
nampak sama je dorang ni tapi sebenarnya, tak.
pemuda pertama, dia sambil travel tu, dia kutip apa yang dia jumpa and mostly batu.
dan batu tu dia masukkan dalam beg dia.
berbeza pemuda kedua, dia hanya fokus ke destinasi dia semasa dia travelling tu.
akhirnya, apa jadi?
alhamdulillah, kedua- duanya selamat sampai ke destinasi.
cuma, lelaki pertama tu dia lebih penat daripada lelaki kedua.
sebab apa? haaa sebab batu tadi tulah, yang dia masukkan dalam beg dia tu.
Walhal, pemuda kedua tu rileks dan masih bersemangat selepas travelling.
Dia rasa bersyukur kerana telah selamat sampai dan perjalanannya lancar.
Untuk cerita 2 pemuda tersebut, telah pun tamat.
Jadi, kamu semua boleh dapat apa - apa ibrah ?
Baiklah, antara ibrah yang kami nak tekankan melalui cerita dua pemuda tadi ialah ;
Dalam dunia ni, kita mempunyai pilihan dan kita berhak untuk memilih tentang kehidupan kita.
Kita boleh tentukan sama ada kita nak jadi pemuda pertama atau pemuda kedua.
Kalau kita fikir balik, pemuda pertama tu ambil tanpa sebab, sekadar saja - saja dan kemudiannya sendiri penat. Sedangkan, dia tidak mempunyai keperluan untuk mengambil batu itu, betul tak?
Sama lah seperti kehidupan kita di akhir zaman ini.
Akhir zaman, sarat dengan fitnah.
Dalam sekelip mata sahaja, sesuatu perkara boleh tersebar.
Pemuda tadi ibarat kita, beg tadi ibarat tanggungan kita, batu yang dikutip tu sama macam sesuatu yang tidak menjadi keperluan kita dan perjalanan tersebut seakan perjalanan kita di dunia sebelum dibawa ke alam seterusnya.
Jadi, kita dapat lihat yang sebenarnya,
kita tidak perlu melibatkan pengetahuan kita dalam semua berita terkini atau gossip yang hangat.
Kalau perlu, mungkin atas beberapa perkara sahaja.
Kita perlu bijak memilih.
Cukuplah kita menjaga hati kita, menjaga anggota - anggota kita yang lain supaya tidak berkait dengan mana - mana isu.
Tak perlu kita gigih, berhenti dari perjalanan dan menunduk untuk mengambil batu di sepanjang jalan.
Sebaliknya, fokus lah ke destinasi kita supaya tiada anasir lain yang menyekat kita daripada menikmati kemanisan berjihad di dunia Allah.
Sekian.
0 kesannya:
Post a Comment