24 April 2017

HIJRAH

 Dengan nama dan izin Allah SWT, aku menaip . 
Mungkin tak seberapa . 
Tapi , semoga apa yang anda baca ada faedahnya  yang  boleh masuk dalam hati kita yang terlalu kenyal .
Tak banyak , sikit . Tak sikit , banyak.
 Aku manusia biasa , yang buat dosa yang berusaha kumpul pahala . Dan yang cuba untuk berubah . 
Ya ,  aku  tahu manusia masuk syurga sebab rahmat , bukan pahala . Dan aku masih berusaha serta perlukan bimbingan . 
Aku bangun malam . Tapi kenapa mereka masih tidur ? Penat , mungkin . 
Sebab tiada sokongan , aku tidur semula . 
Aku cuba puasa sunat . Tapi mereka tidak . Aku batalkan . 
Semua aku buat jarang ada sokongan . 
Mereka yang baik dengan yang baik . Mereka yang kurang baik dengan yang kurang baik . 
Aku ? Masih terpenyek di tengah . 
Aku duduk dengar ceramah , “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri “ . Dushh , kena muka sendiri . Ehh tak , sempat elak haha . Okayy okayy serius . 
Ya ! Itulah cara yang aku lupa . Kenapa aku tak berubah sendiri ? 

Mungkin lepas ni aku boleh bangun qiam dan kejut mereka yang lain . 

Mungkin aku boleh puasa sunat dan ajak mereka yang lain .
Mungkin aku boleh jadi penggerak daripada duduk menanti hidayah datang ketuk pintu hati yang hampir kosong tiada isi .
Ya , memang susah untuk berubah . Satu hari , aku jatuh . Bukan tergolek . Jatuh yang buat aku betul betul lemah . Aku tak mampu . 


Aku ambil wudhu
, buka quran .
Surah al-
muddathir , ayat 7-9 . “ Dan kerana Tuhanmu , bersabarlah . Maka apabila sangkakala ditiup maka hari itulah yang serba sulit “ . Basah . Tempat aku duduk ada air aircond . Aku pindah tempat . Menangis . Sebab ? Sebab aku lupa janji Allah , “ Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan “ . 
Ya , sebab syurga Allah itu mahal . Dan untuk mereka yang sangat istimewa
Serta mereka yang sado dalam merangkak melalui dunia yang penuh mehnah . Onak . Duri . Kaca . Petir . Kilat . Paku . Skru . 
Dan aku harap orang itu aku . 
Baiklah ,  berhenti mengharap dan cuba menjadi .  
Aku ulang , berhenti mengharap dan cuba menjadi . 
Dan sekarang aku tahu , kekuatan itu datang saat aku cuba menghampiri Tuhan pada dua per enam malam . 
Dan aku minta agar Tuhan izinkan aku untuk terus mampu melakukannya.

Semoga kita sama sama mampu lakukannya . AllahummaAmiin …


-FARAH AIMI YASMIN BT ARSHAD-

0 kesannya:

Post a Comment

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung