24 March 2014

Qasidah


Qasidah merupakan bait-bait syair yang memuatkan puji-pujian dan penghormatan mereka kepada tokoh-tokoh tertentu. Qasidah terkenal dalam kalangan orang Arab. Qasidah kemudiannya dialunkan dan dilagukan seperti yang terdapat dalam masyarakat hari ini.

Terdapat beberapa jenis Qasidah yang memuji Rasul kita nabi Muhammad s.a.w.

Berikut merupakan antara jenis-jenis Qasidah yang dialunkan oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf.

                                                                         Ya Hanana

                                                             Solatun Bissalamil Mubin

                                                                       Busyrolanaa

                                                           Ya Rasulullah Salamun Alaik

                                                                   La Ilahaillallah

                                                                 Ya Maulidal Musthofa

                                                                  Ya Robbi Makkah

                                                                Bijahil Musthofalmuchtar

                                                                         Da'uni

                                                           Qod Tamamallahu Maqashidana

                                                               Maulana Yaa Maulanaa

                                                          Ya Dzaljalaali Wal Ikram

Sebenrnya terdapat lagi beberapa qasidah yang lain seperti Ya Arhamarrahimin, Almadat, Burdah dan sebagainya. Terdapat juga qasidah yang telah ditukar kepada versi Bahasa Melayu. Qasidah seperti ya hanana juga telah dipelbagaikan lagunya. Qasidah juga merupakan antara cara kita melahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah.

Kasihnya Rasulullah kepada kanak-kanak



Rasulullah sangat baik kepada anak-anak dan sangat mencintai mereka. Baginda s.a.w suka mengusap kepala kanak-kanak kerana rasa cintanya dan berdoa untuk mereka. Apabila kanak-kanak mendekati baginda Rasulullah, baginda akan menggendong mereka dan menunjukkan perasaan cintanya yang besar kepada mereka. Kadang-kadang baginda menjulurkan lidahnya didepan kanak-kanak sehingga si anak sangat senang dan tertawa.

Apabila Rasulullah baring,baginda memerintahkan agar si anak duduk di kaki baginda atau di dada baginda. Apabila ada beberapa kanak-kanak, baginda memerintahkan aga membentuk barisan, kemudian rasulullah merentangkan tangannya dan bersabda, "larilah ke mati, siapa yang paling cepat menyentuhku, akan memperoleh hadiah." Kanak-kanak pun berlari kepada baginda. Beberapa anak akan jatuh di dada baginda dan yang lain akan jatuh di perut baginda. Baginda memeluk dan mencium mereka.         (Khasail-Nabawi)

Mulianya sifat Rasulullah. Kita juga dapat lihat kasihnya rasulullah terhadap kanak-kanak melalui cucu rasulullah, iaitu Hasan dan Husin. Ketika rasulullah hendak sembahyang bginda meletakkan cucu baginda disampingnya. Bahkan ketika rasulullah sedang sujud mereka berdua lompat ke belakang baginda.

Tetapi pada zaman sekarang ini berlaku sebaliknya. Jika kita lihat akhbar hari ini, ramai kanak-kanak menjadi mangsa untuk dijadikan sebagai pelacur dan diperdagangkan. Di mana hilangnya sifat kasih kepada kanak-kanak? Ayuh kita contohi sifat rasulullah.




18 March 2014

Aurat

Aurat?



Situasi A :

"Eh, kenapa awak pakai baju lengan pendek je ni? Bukan ke kita kena tutup aurat dengan sempurna?"

" Rilekla sis, ala lengan je pun, bukannya tak pakai tudung"

Situasi B :

"Bro, weyh aku panaslah, penatlah main ragbi petang tadi, nasib baik sekolah kita menang"

"Tapi kan,aku peliklah, kau dah duduk bawah kipas, asal kau nak buka baju bagai nih? Boleh tu boleh, tapi cuba kau tutup sikit aurat kau tu"

"Aish, Ok, fine! Hish payah betul duduk sebilik dengan orang yang baik-baik ni"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pada zaman sekarang, umat Islam banyak mengabaikan tentang kewajipan menutup aurat. Mereka kata mereka sudah menutup aurat seperti pakai tudung dan sebagainya.Hakikatnya mereka tidak menutup aurat dengan sempurna.

Sebagaimana sabda Rasulullah :
" Dua golongan ahli neraka yang aku belum melihatnya iaitu satu golongan yang memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan satu golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk tubuh badannya, mereka ini seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat baunya sekalipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian-sekian." ( Riwayat Muslim )

Sebelum kita pergi jauh, di sini ana ingin tekankan beberapa perkara mengenai batas-batas aurat lelaki dan perempuan.

1. lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan
- dari pusat hingga ke lutut

2. perempuan dengan lelaki ajnabi
- seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan

3. perempuan dengan perempuan
-  dari pusat hingga ke lutut

Pakai tudung? Tak wajib. Pakai handsock? Tak wajib. Yang wajib tutup aurat, nak pakai baldi pun tak apa.
Janji tutup aurat.

16 March 2014

Belajarlah Untuk Beristighfar

Belakangan ini Malaysia dihujani dengan pelbagai bencana, musibah dan ujian daripada Allah. Jika kita senaraikan terdapat banyak musibah yang menimpa kita seperti :
Bermula banjir besar Disember
》Suhu sejuk January
》Panas Kering February
》MH370 Mac
》Jerebu Mac




Cuba kita refleks balik, adakah Allah menurunkan ujian ini hanya semata-mata kerana Allah ingin menguji kita? adakah Allah menurunkan ujian ini untuk sedarkan kita? adakah Allah menurunkan ujian ini untuk kita saling menyalahkan antara satu sama lain? 

Mari kita ikuti kisah Hasan Al-Basri

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Al-Qurtubi riwayatkan cerita dari Ibnu Shabih. Pada suatu hari ada seorang datang mengadu kepasa Hasan al-Basri tentang masa kemarau. Hasan berkata kepadanya “Beristighfarlah kepada Allah”

Ada pula lelaki lain mengadu akan kemiskinannya. Beliau juga berkata “Beristighfarlah kepada Allah”

Ada pula lelaki lain berkata "Doakanlah supaya Allah memberikan ku anak.” Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah”.

Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Beliau berkata “Beristighfarlah kepada Allah”.

Ar-Rabi berkata kepada Hasan “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua membaca intighfar”

Hasan jawab “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman: 

“Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak2 mu dan mengadakan (pula di dalamnya) untuk mu sungai2” (Nuh: 10 - 12)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah sendiri berfirman dalam surah nuh menyuruh kita beristighfar. Kalau kita lihat di sebalik musibah-musibah yang Allah datangkan kepada kita, adakah Allah mengirim sesuatu musibah itu secara sengaja? Tidak, Allah menyuruh kita untuk muhasabah diri balik, Allah mengirim ujian-ujian ini untuk kita sedar akan kesalahan kita, Allah mengirim sesuatu musibah itu untuk menguji tahap keimanan, kesabaran dan kecekalan hati kita. Allah menurunkan dugaan itu bukan untuk kita saling menuding jari antara satu sama lain, tetapi untuk kita refleks kembali kesalahan kita. Sahabat, Allah tidak akan menurunkan sesuatu ujian tanpa apa-apa tujuan. Istighfarlah, istighfarlah, istighfarlah. Mudah je kan?

15 March 2014

Rasulullah Kami Merinduimu!



R.A.S.U.L.U.L.L.A.H

Engkaulah Rasulullah
Engkaulah Habibullah
Engkaulah Syafiullah
Mmbawa sinar cahaya

Padamu Ya Allah kami berdoa
Ampunkan segala dosa
Bukakan kami jalan ke syurga
Selamatkan dari seksa

Kau pilih susah payah
Untuk umat tercinta
Kau korbankan iwa raga
Membuka jalan hidayah

Padamu Ya Allah kami berserah
Atas segala-gala
Curahkan rahmat dan juga hidayah
Untuk kami amal sunnah

Curahkan rahmatdan juga hidayah
Untuk kami amal sunnah

Pilihlah kami insan yang lemah
Tuk mati dalam kalimah

--> lirik lagu hasil nukilan Alumni Kisas <-- comment-----="">

Rasulullah sangat mencintai kita...sehinggakan saat dia menghadapi sakaratul maut, baginda tetap mengingati kita, tatkala sedang berkumpul dengan sahabat baginda meluahkan rasa rindu kepada sahabat-sahabatnya. Jom ikuti kisah ini...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: ”Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah sangat merindui kita kan? Bagaimana pula dengan kita?
Adakah kita merindunya setiap masa atau saat kita menyambut Maulidurrasul sahaja?
Renung-renungkan...

Jadilah seperti Bilal bin Rabah yang sangat mencintai Rasulullah sehinggakan sanggup pergi ke Syam kerana terlalu sedih. Pernah ada suatu ketika, sewaktu Saidina Umar menjadi pemerintah, beliau bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"
Suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihiasi suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.
Dalam satu riwayat menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.
Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata kesayangan Rasulullah tu erat erat. Diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. Oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.
Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seakan-akan hidup kembali.
Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .
Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka terus menangis kerana perasaan rindu yg teramat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW.. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut..
Mari kita sama-sama berselawat ke atas Baginda...Nabi Muhammad S.A.W kerana tanpa baginda Islam tak sampai kepada kita...Ya Rasulullah kami merinduimu! 


14 March 2014

Jihad --> The True meaning <--

If you open a modern Oxford English dictionary, you would probably
find the definition of Jihad as “a holy war undertaken by Muslims against
non-believers”. This is a very poor definition.  Before trying to define what 
Jihad is, we should first define what it is NOT.

Jihad is NOT terrorism.
Jihad is NOT killing innocent people
Jihad is NOT the strong bullying the weak
Jihad is NOT collateral damage
Jihad is NOT Holy War
Jihad is NOT blowing up one’s self  (Suicide is a sin in Islam)
Jihad is NOT flying a plane into a building packed with civilians
Jihad is NOT fighting out of anger and hatred
Jihad is NOT killing others just because they don’t agree with you
Jihad is NOT killing others just because they are not Muslims

"If anyone killed an innocent it would be as if he had killed the whole of mankind. And one who saved a life would be as if he had saved the lives of all mankind"
- The Noble Qur'an 5 : 32 - 

Jihad has many forms 
- Jihad bil qalb
- Jihad bil lisan
- Jihad bil qalam
- Jihad bil yad
- Jihad bis saif

As a student, the main jihad for us is jihad bil qalb and jihad bil qalam.
Jihad bil qalb is jihad refraining oneself from whispers of Syaitan. This process involves allowing Islam to transform one's soul to achieving internal peace..
Next jihad bil qalam involves scholarly research of Islam in aiding the spread and defence of Islam and publishing articles in clearing misconceptions and correction lies against Islam. As a student, let us improve our knowledge either islamic studies or other studies to spread Islam in future. Study hard and smart for Islam!

In addition, other than the above jihad, students can do jihad bil yad and jihad bil lisan at the same time. Jihad bil yad is jihad by action rather than words. For examples it is include giving charity to the needy and helping others who need help. Jihad bil lisan is jihad by speeches, lectures or debates. It often overlaps with Da'wah.

In a nutshell, what is our duty? we are Da'ie! Let's spread Islam together and jihad fisabilillah!

For more information, open this web : http://www.justislam.co.uk/product.php?products_id=2

#sorry for spelling errors, grammar mistakes and others

10 March 2014

Kenapa Allah Tak Tolong?



"Weyh, exam addmath ana fail la. Sedih kot! Dah 3 subjek ana fail , lepas ni apa pulak?"

"Rilekla Syafiq, lain kali usahalah lebih sikit, baru tak fail..."

"Masalahnya Imran ana dah usaha dah, enta nak ana buat apa lagi? Stay up sampai tengah malam? Tinggalkan semua game yang ana main 24 hours pegang buku ? Fuyoo! ulat buku ana macam ni!"

"Ana tak cakap pun enta kena tinggalkan semua benda tu, cuma...ana nak tanya kau beberapa soalan boleh tak? Enta solat tak harini?"

"Mestilah! Enta ingat ana tak solat ke? Agak-agakla, ana ada iman lagi, ana tahu tanggungjawab ana as a muslim. aku takdela jahil mana."

"Rilek-rilek, enta kata enta solat, solat awal ke lambat?"

"Imran, enta nak uji tahap keimanan ana ke ni? Ana...ana solat lambatlah jugak, tapi at least ana solat..Ish, penatla usaha hari-hari tapi result tak naik gak! Tu budak cina kat luar tu, pelikla ana dengan dia, die bukannye solat pun.. result gempak gak asal ana yang solat ni tak dapat! Kenapa Allah tak tolong ana ha?"

"Syafiq, sekarang enta nak salahkan Allah la ni?"

"Eh, ana tak cakap pun ana salahkan Allah, ana  just cakap kenapa Allah tak tolong ana padahal ana dah usaha"

"Inilah masalah enta! enta tak jaga hubungan enta dengan Allah... Enta solat tapi lambat, enta belajar tapi adakah enta letak Allah No.1? Enta berusaha tapi adakah enta berusaha, belajar kerana Allah? atau enta belajar sebab exam? Syafiq, ini baru hubungan enta dengan Allah, belum lagi dengan manusia...."

"Imran..ana..ana sentapla, ana menyesal, baru ana ingat ana dah lama tak mengalunkan ayat-ayat Allah, ana suka lambat-lambatkan solat, ana belajar sebab exam,ana takut parent ana marah,ana menyesal!"

"Alhamdulillah nasib baik enta menyesal, enta sedar dari kesilapan enta..Still belum terlambat enta nak ubah diri... Allah Maha Pengampun..Allah takkan pernah kecewakan kita hamba2nya... kita mintalah dari dia.. memang la orang ada persoalkan kenapa kita kena minta? bukan ke Allah tu Maha Mengetahui? betul la Allah Maha Mengetahui... tapi konsep dia tu salah... kita minta pada Allah bukan nak bagi tau Dia apa yang kita nak... kalau kita tak bagi tau pun Allah tahu dah... kita kita takbir, kita qiam, kita rukuk, kita sujud, kita doa untuk mengaku yang kita ni hamba Dia yang lemah, yang hina, yang tak mampu buat apa-apa tanpa izinNya...
So,as a friend, ana nasihatkan enta kita kena perbaharui niat kita balik, duduk sekejap dan muhasabah balik apa yang kita dah buat selama ni.."

"Ish, enta ni macam adakan sesi tazkirah je dengan ana...kan kita ada kat padang ni, tazkirah tu semua kat musolla nanti la.."

"Hah! ni lagi satu konsep enta ni salah ni. Tazkirah tu maksudnya peringatan. So,kat mana-mana je mesti ada peringatan..even enta tengok bumi ni pun..Allah sebenarnya tengah bagi peringatan kat kita..tapi bukan semua antara kita ni yang sedar..masih ramai yang leka dek kemewahan dunia..eceh.."

"Hmm..yela..insyaAllah..ana harap enta tolong la bawak ana sekali dengan enta. Apa orang kata, sama-sama nak ke syurga..hehe..ana bukannya apa..kadang-kadang tu terlampau leka sampaikan terlupa ada Yang Maha Kuasa. Terima kasih la tegur ana ni."


Alhamdulillah ya Allah..Engkau telah permudahkan lisanku supaya sahabatku ni mampu memahami dengan hatinya ya Allah. Ya Allah,kuatkanlah ana dan juga dirinya supaya kami mampu bersama-sama menempuhi dunia ini..sesungguhnya Engkaulah Yang Maha penerima taubat dan Yang Maha memakbulkan doa-doa kami. Amin...

 

Subscribe to Badar KISAS

Contact us

Email us: badarkisas@gmail.com

Penaung